Murtad kalau tengok gereja

Seorang kenalan saya seorang physco therapist memberitahu, ada seorang pesakitnya menghidap OCD,  di mana ia tidak boleh melihat gereja atau sebarang gambar menyerupainya. Kalau sebut gereja, pastilah ia mempunyai simbol salib kan? OCD atau Obsessive-compulsive disorder  merupakan penyakit kembimbangan akibat kecelaruan fikiran. 
Obsessive-compulsive disorder (OCD) is an anxiety disorder characterized by intrusive thoughts that produce uneasiness, apprehension, fear, or worry; by repetitive behaviors aimed at reducing the associated anxiety; or by a combination of such obsessions and compulsions. Symptoms of the disorder include excessive washing or cleaning; repeated checking; extreme hoarding; preoccupation with sexual, violent or religious thoughts;relationship-related obsessions; aversion to particular numbers; and nervous rituals, such as opening and closing a door a certain number of times before entering or leaving a room. These symptoms can be alienating and time-consuming, and often cause severe emotional and financial distress. The acts of those who have OCD may appear paranoid and potentially psychotic. However, OCD sufferers generally recognize their obsessions and compulsions as irrational and may become further distressed by this realization.
Obsessive–compulsive disorder affects children and adolescents, as well as adults. Roughly one third to one half of adults with OCD report a childhood onset of the disorder, suggesting the continuum of anxiety disorders across the life span.  [read more]
Pesakit OCD tersebut, jika sekiranya dia melihat gereja (depan mata, majalah, buku, tv,dll) dia berasa dirinya sudah terkeluar dari Islam. Maka dia akan melakukan solat taubat dan mengucap kalimah syahadah bagi kembali menjadi seorang Islam. Hal ini berlaku berulang kali dan menyebabkan dia pergi mencari rawatan.

Ini mungkin pada asalnya, salah satu sebab berkaitan dengan apa yang diceritakan oleh Hilal Asyraf di laman Facebooknya tentang paranoia. Beliau memberitahu, novel tulisannya Hero pernah menjadi mangsa paranoia pembaca apabila mengatakan gambar menara yang terdapat pada novel tersebut menyamai simbol salib. Apabila diamati tulisan huruf 't' ('T' kecil) menjadi punca kerana dikatakan menyamai simbol salib.

Pada saya, sikap paranoid yang keterlaluan seseorang sehingga menjadi obses dan melakukan berulang-ulang akan menyebabkan akhirnya mereka mengidap OCD. OCD boleh berpunca akibat pengaruh sekitar yang dipupuk sedikit-sedikit sehingga akhirnya menjadi kembimbangan yang melampau. Jika anda mempunyai tanda-tanda kembimbangan, ketakutan, atau risau yhang melampau terhadap sesuatu elok dielakkan dan mencegah dari sekarang. Dikhuatiri jika tidak dicegah, anda akan melakukannya berulang-ulang sehingga melampaui melakukannya dari yang kebiasaan dilakukan oleh orang normal. Jika tidak boleh mengatasinya sendirian, segeralah berjumpa pakar.

OCD ada bermacam jenis. Ada yang risaukan keselamatan anak sehingga tidak membenarkan ia dijaga oleh orang lain, risau sama ada rumah sudah berkunci, gas dapur sudah tutup atau belum, bimbang dijangkiti penyakit hingga setiap hari melakukan ujian darah dan was-was dalam ibadah.

Berikut petikan tulisan Hilal:
Hilal Asyraf(Official) · 125,725 like this


  • Paranoia.

    Berkongsi pengalaman, saya pernah menulis sebuah Novel bertajuk Hero. Cover Novel tersebut menggambarkan sebuah menara di sebuah bandar. Pada ketika itu, kecoh sebentar dari kalangan pembaca saya yang menegur katanya menara itu mirip salib dan minta saya tukar.

    Namun bila diteliti, dilihat sekali imbas pun, jelas bahawa menara itu sah-sah bukan salib, nak kata mirip pun tidak. Namun tahap paranoia yang tinggi di kalangan masyarakat kita, membuatkan mereka sendiri yang automatik rasa terancam dengan perkara sedemikian.

    Pelik bin ajaibnya, huruf 't' kecil tak pernah pula saya lihat ianya diperdebatkan. Setiap hari huruf 't' kecil diguna tanpa masalah. Mengapa tidak kita buat protes, perarakan, agar diharamkan penggunakaan huruf 't' kecil agar ianya diubah kepada bentuk yang jauh lebih tidak mirip kepada bentuk salib?

    Pernah juga saya satu masa dahulu, ditemani seorang guru, melalui hadapan sebuah gereja di Johor. Tiba-tiba guru saya kata - "Jangan tengok salib tu, boleh berkurang hafalan enta nanti." Masa kecil, saya percaya. Tetapi bila dah besar, dah banyak membaca, dan menghafal sebahagian Al-Quran(belum jadi hafiz, 5 juzu' lagi insyaAllah), saya sedar yang kata-kata guru saya tadi tidak benar.

    Paranoia ini ditanam ke dalam masyarakat kita, berakar umbi, ditambah dengan obsesi sebahagian kita dalam teori-teori konspirasi freemason dan Illuminati. Hingga segala perkara yang merapati penyamaan simbol tertentu, terus dituduh merupakan agenda dan permainan pihak tertentu.

    Kita hentikan paranoia ini. 
  • Ia sekadar menimbulkan resah di dalam hati, rasa tidak senang, rasa lemah dan ketakutan semata-mata. Sedangkan sebenarnya tanda salib yang sebenar takkan memberikan impak negatif kepada kita. Begitu juga simbol-simbol yang lain.
    Jika benar, Islam takkan berkembang di eropah sana.
    Apatah lagi yang 'mirip'. 


    Kalau tak, kita semua yang pakat tulis huruf 't' kecil dah habis dah tergugat iman kita.

    Bahkan, lambang bulan dan bintang pun belum tentu menambahkan keimanan kita. 



    Yang paling penting sebenarnya ialah diri kita sebagai muslim ini, apakah dalam kehidupan kita, peribadi kita, rumahtangga kita, masyarakat setempat kita, kita sudah cuba amalkan Islam to the fullest, hidupkan syiar Islam, bagi faham jiran-jiran kita fasal Islam, berkawan dengan non-muslim dan tunjukkan mereka Islam rahmatan lil 'alamin?

    Mujur pembaca saya tak ada yang buat protes ke apa ke. Beli juga Novel Hero tu. Bahkan, ada orang Kristian yang baca, dan beri respon lagi.

    Sekadar perkongsian,
    al-kisah mirip lambang 'salib' 
 [sumber]

0 comments: