السلام عليكم
Menjelang Mei, saya sudah terbayang hari-hari istimewa untuk disambut...Hari kelahiran yang banyak, Hari Ibu, Hari Guru dan hampir saya terlupa, satu lagi ialah Hari Jururawat Sedunia...Thanks MHI kerana mengwar-warkan pagi tadi.
"Bayangkan jururawat-jururawat kita di pendalaman, mereka kena naik bukit, turun bukit, naik perahu, pergi ke pulau-pulau demi untuk bertugas. Saya berpengalaman mengikut anak buah saya di pendalaman. Saya amat takut. Naik bot kecil dengan dalam air nampak buaya. Saya amat takut, tapi saya bayangkan, bagaimana anak-anak buah saya yang bekerja; bertugas menghantar pesakit (dalam situasi macam itu)"
Itulah cerita lebih kurang dari (kalau tak silap) Pengarah Jururawat...Maaf tak ingat jawatan puan itu tadi. Tapi, memang best cara dia bercakap. Rasa insaf kejap dengan tanggapan lampau tentang jururawat. Dalam setandan pisang tak semua ok, dan begitu sebaliknya. Pengalaman berada sendiri dalam posisi menjadi pesakit di hospital, senyuman jururawat adalah salah satu penawar yang turut mempercepatkan proses penyembuhan kesihatan ke tahap yang lebih baik.