Tiada air, tak sekolah...

السلام عليكم

Walaupun sudah dimaklumkan oleh Salahuddin esok tadikanya cuti sebab tiada air, saya hubungi juga pihak tadika untuk comfirm. 

"Sebab sudah dimaklum kepada semua parents maka esok cuti sehari. Selasa sekolah seperti biasa" Beritahu pihak sekolah pada saya.

Beberapa hari lepas sepertimana sedia maklum paip pecah di Gombak yang menyebabkan bekalan air terputus di kebanyakkan tempat di KL dan sebahagian Wilayah Gombak. Salah satu kawasan terlibat termasukkan sekolah tadika Salahuddin. Rasanya masalah tersebut sudah pun diselesaikan.

"Ibu, apa kaitan air dengan sekolah? Kenapa kena cuti pulak" Tanya Luqman.


"Ala nanti kalau ada budak yang nak kencing ke... ber** ke... kan susah?" Terang Almustofa.

Ya betul jawapan tu. Tak perlu ibu terang lebih lanjut. Luqman boleh menerima jawapan adiknya. Apapun, saya sangat bersyukur kerana rumah kami tak terputus bekalan. Alhamdulillah... Kalau tak...
Googe image



2 comments:

Sya_Merpati Putih 88 said...

nasib baik rumah kak aina tak terputus bekalan air ye..Alhamdulilah..
mesti bebudak tue suka dpt cuti..ehehehe..:)

Aina said...

Sya,
ibu dia pun suka. Hihi...