"Apa ada hal??? Kau bukan ustaz/ustazah nak nasihatkan Aku!"

السلام عليكم
Rupa-rupanya 'kelayakan' untuk berdakwah (menasihati) orang lain bukanlah terletak pada sijil yang kita dapati dari universiti atau institusi yang diiktiraf. Menurut Ustazah Hasni Al-hafizah, kita tidak perlu menjadi ustaz/ustazah jika mahu berdakwah. Ianya terletak pada SYAHADAH. Setiap orang yang telah bersaksi bahawasanya 'TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD SAW ITU PESURUH ALLAH' sudah layak untuk menasihati orang lain. Menasihati kepada kebaikan dan berpesan-pesan pada kebenaran itulah DAKWAH.

Kita selalu kurang yakin nak menasihatkan orang, lebih-lebih jika ilmu agama kita kurang atau takut ditempelak balik jika menasihatkan mereka. Sesungguhnya nasihat itu adalah daripada agama. Ia ialah nasihat yang baik yang mana bila kita menasihatkan orang, mereka akan mendengar, rasa pilu dan akhirnya berubah kepada kebaikan. Namun bukan mudah nak menasihatkan orang kerana silap-silap kita akan rasa sakit hati (sebab orang tersebut taknak dengar kata), marah balik dan putus asa untuk terus menasihati/berdakwah. Jika tak mampu menasihhat orang dari berlaku zalim/melakukan maksiat kita boleh menegur dengan hati (menidakkan perbuatan berdosa orang itu). Sesungguhnya situasi ini adalah keadaan di mana iman kita paling lemah tahapnya.

Antara tips yang diberikan Ustazah Hasni jika mahu menasihatkan orang:

- bila memberi nasihat, jangan paksa orang itu terima nasihat kita.
- jangan berputus asa dan sentiasa bersabar walaupun rasa sakit hati apabila orang yang dinasihatkan tak mahu berubah, marah kita balik atau mencerca kita.
- lakukan solat sunat sebelum pergi menasihatkan orang. Mohon kepada ALLAAH supaya dipermudahkan urusan, dilancarkan bicara, tersusun kata-kata yang baik dan nasihat kita sampai ke hati orang yang bakal dinasihatkan dengan elok.
- manusia tidak akan pernah menjadi 'sempurna' kerana yang sempurna hanya ALLAH. Oleh itu, jangan kecewa jika merasa diri tidak alim/tidak pandai/tidak baik untuk menasihatkan orang lain menjadi baik.
- sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH Taala. Banyakkan menyebut 'Allahu Ya Hadi' (ALLAH Yang Maha Memberi Hidayah)

Insya ALLAH selepas ini nak cuba tips dari ustazah. Moga ALLAH permudahkan niat baik kita semua. Info ini dikutip dari program ALHIDAYAH TV3. Boleh ditonton pada setiap Jumaat 1 petang atau ikuti ulangan di tonton.com.my.
Foto dikutip dari Gugel imej


1 comments:

Sya_Merpati Putih 88 said...

setuju..sekarang nie ramai betul org yg skpetikal, bila nak bagi nasihat tak semestinya org yg memberi nasihat tue harus jadik ustaz/ ustazah..yg penting niat baik untuk berdakwah..:)