Home / Archive for April 2013
Wordless Wednesday: Jerry D. Gray di Pesta Buku Antarabangsa KL (PABKL)

Wordless Wednesday: Miss him very very much! (Adik balik kampung)

Maqasid syariah (tujuan syariah)
Maqasid syariah (tujuan syariah) ada 5 perkara:

Panggilan dari 'nombor tanpa nama'
السلام عليكم
Walaupun saya mengelak menerima panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali, ada masa saya terima juga jika ia melibatkan kerja.
Tapi malang, hal disagka kerja rupa-rupnya bukan...
Panggilan 1:
Saya: Hello ya...
Encik Anon: Ya, boleh saya bercakap dengan Encik P?
(Saya meneka, mungkin adik saya cuba mempermainkan saya kerana suara pemanggil itu saling tak tumpah macam suara adik lelaki saya. Lalu saya ikut rentak 'permainan'nya)
Saya: Ya, kenapa ya? (Konon-konon buat tak kenal dan tukar suara jadi halus dan skema)
Encik Anon: Macam ni, saya dari Pemuda Parti XX cawangan Jengka telefon untuk membuat soal selik....
(Amboi-amboi kemain adikku menipu.....fikir saya)
Alkisah Teksi: Pemandu VS masa
Kalau kita nak naik teksi kena tanya dulu sama ada pemandu teksi tersebut nak bawa kita atau tak nak ambil kita sebagai penumpangnya.Kalau setuju boleh naik. Kalau tak, teksi jalan dan kita pun babai!
Situasi 1
Saya menahan teksi di AU3 pada hari Jumaat, pada waktu hampir 12 tengah hari untuk ke Jalan Tun Razak.
"Maaf ye, saya tak pergi jauh. Sekejap lagi saya nak ambil anak dari sekolah" Beritahunya.
Saya ok je, sebab dia beritahu dengan elok, minta maaf dan senyum.
Tiada air, tak sekolah...
السلام عليكم
Walaupun sudah dimaklumkan oleh Salahuddin esok tadikanya cuti sebab tiada air, saya hubungi juga pihak tadika untuk comfirm.
"Sebab sudah dimaklum kepada semua parents maka esok cuti sehari. Selasa sekolah seperti biasa" Beritahu pihak sekolah pada saya.
Beberapa hari lepas sepertimana sedia maklum paip pecah di Gombak yang menyebabkan bekalan air terputus di kebanyakkan tempat di KL dan sebahagian Wilayah Gombak. Salah satu kawasan terlibat termasukkan sekolah tadika Salahuddin. Rasanya masalah tersebut sudah pun diselesaikan.
"Ibu, apa kaitan air dengan sekolah? Kenapa kena cuti pulak" Tanya Luqman.
"Apa ada hal??? Kau bukan ustaz/ustazah nak nasihatkan Aku!"
السلام عليكم
Rupa-rupanya 'kelayakan' untuk berdakwah (menasihati) orang lain bukanlah terletak pada sijil yang kita dapati dari universiti atau institusi yang diiktiraf. Menurut Ustazah Hasni Al-hafizah, kita tidak perlu menjadi ustaz/ustazah jika mahu berdakwah. Ianya terletak pada SYAHADAH. Setiap orang yang telah bersaksi bahawasanya 'TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD SAW ITU PESURUH ALLAH' sudah layak untuk menasihati orang lain. Menasihati kepada kebaikan dan berpesan-pesan pada kebenaran itulah DAKWAH.
Kita selalu kurang yakin nak menasihatkan orang, lebih-lebih jika ilmu agama kita kurang atau takut ditempelak balik jika menasihatkan mereka. Sesungguhnya nasihat itu adalah daripada agama. Ia ialah nasihat yang baik yang mana bila kita menasihatkan orang, mereka akan mendengar, rasa pilu dan akhirnya berubah kepada kebaikan. Namun bukan mudah nak menasihatkan orang kerana silap-silap kita akan rasa sakit hati (sebab orang tersebut taknak dengar kata), marah balik dan putus asa untuk terus menasihati/berdakwah. Jika tak mampu menasihhat orang dari berlaku zalim/melakukan maksiat kita boleh menegur dengan hati (menidakkan perbuatan berdosa orang itu). Sesungguhnya situasi ini adalah keadaan di mana iman kita paling lemah tahapnya.

Kenapa ibu tak jemput?
السلام عليكم
Sedang duduk-duduk depan laptop dan mengadap tv tetiba terdengar suara Salahuddin memberi salam di luar rumah.
"Aik, belum pun pukul 10 pagi dah balik?"
Rupa-rupanya tadika dia takde air. Minggu ni kerap juga bekalan elektrik terputus. Bila jadi macam tu susah juga nak belajar. Mungkin sebab itu waktu persekolahan ditamatkan lebih awal.
"Ibu, tadi cikgu telefon suruh ibu jemput. Kenapa ibu tak angkat?" Beritahu Salahuddin.
Artikel Pilihan: Jika Lisa Surihani calon PRU13...
السلام عليكم
Artikel ini disiarkan di Sinar Harian Online dan ditulis oleh Abdul Jalil Ali. Beliau merupakan ketua editor Kumpulan Karangkraf, juga seorang wartawan dan penulis buku/novel.
Antara pandangannya berkenaan artis sebagai wakil dalam pilihanraya akan datang bagus untuk memancing undi bagi parti yang diwakili. Saya setuju jika ia bertujuan untuk meraih undi. Namun tidak bersetuju jika dipilih hanya berdasarkan populariti sedangkan dia mungkin tidak mampu atau kurang upaya untuk berkhidmat dengan dedikasi, wibawa, matang dan bijaksana. Apakah nanti boleh diharap untuk berkhidmat untuk rakyat? Korang mengundi calon dengan melihat personaliti/keperibadiannya atau dasar parti yang diwakili semata?
Saya suka kalau si dia ini yang bertanding. Dia cantik, bijak, pandai bercakap, ada ilmu dan Insya Allah boleh bekerja untuk rakyat. Tapi, sayangnya dia tidak berminat nak berpolitik. Mungkin hanya pada masa ini. Akan datang siapa tahu kan?
Alkisah: Cerita di kaki lima
السلام عليكم
Baru-baru ni saya menghantar telefon yang rosak untuk dibaiki di kedai. Kedai membaiki telefon yang terletak di Setiawangsa itu bergabung dengan kedai cermin mata. Kiranya dalam sebuah kedai ada 2 kedai. 2 in 1. Sangka saya ia telah dibuka, tetapi rupa-rupanya dibuka oleh tauke kedai cermin mata. Elok juga gabungkan kedai begitu, jimat kos sewa kedai. Fikir saya.
"You tunggu dululah. Nanti sekejap lagi dalam pukul 11 setengah dia mari". Beritahu lelaki cina tersebut. Dia yang berkemeja lengkap kelihatan berpeluh-peluh sambil menghisap rokok. Aduhai, kelemasan saya menahan asap.
Kerana harta manusia sanggup...

السلام عليكم
Kata pepatah, 'air dicincang tidak akan putus'. Memang betul! Itu kalau kita mencincang air. Tetapi, kalau sesama manusia, habis putus dan hancur lumat kalau kena cincang!
Ok, ni bukan nak cerita tentang cincang orang, putus kepala atau putus kaki orang.
Letak anak di dalam mesin basuh
![]() |
sumber |
السلام عليكم
Mesih basuh atau washing mechine ialah untuk membasuh baju. Masukkan baju kotor kita ke dalam mesin, switch on dan berpusinglah ia sampai siap. Harap bersihlah baju yang di basuh secara mesin tersebut.
Letak anak di dalam kesin basuh???
Masuk anak kita ke dalamnya supaya kita tidak perlu mandikan ia di bilik mandi??? Ya ampun!!! Sebenarnya begini...
Masuk anak kita ke dalamnya supaya kita tidak perlu mandikan ia di bilik mandi??? Ya ampun!!! Sebenarnya begini...
Agrhhh...bosannya!

السلام عليكم
Anak-anak saya tidak sehat. Nasib baik tidak serentak kesemuanya demam. Mula-mula Addin, sehingga terpaksa 2 hari dia tidak bersekolah. Hari ini abangnya Almustofa pula. Maka, duduklah dia sendirian di rumah kala adik beradik yang lain bersekolah.
"Argh, bosannya ibu!" Keluh Almustofa. Kebetulan adik bongsu balik ke kampung. Langsung dia tiada kawan nak bermain.
"Ada banyak benda awak boleh buat. Macam-macam kerja ada. Baca buku pun boleh."Jawab saya.
"Tapi, jangan fikir nak bermain game!" Sambung saya lagi hingga mengundang kemarahannya.
Melatih anak lelaki melakukan kerja rumah
Sekian lama saya mendengar cerita anak-anak lelaki orang lain yang terdidik untuk melakukan kerja-kerja rumah. Bukan setakat mencuci pinggan makan sendiri, bahkan memasak, mengemas rumah, menyidai baju, melipat baju dan segalanya. Pokok pangkal segala rutin biasa seorang suri rumah atau perempuan. Lebih bagus, pandai menjahit, mengait, menyulam dan segala kepakaran yang kurang anak gadis masakini memilikinya.
Sejarah oh sejarah
السلام عليكم
Operasi Daulat oleh pihak keselamatan terhadap pencerobohan di Sabah semakin sampai kepenghujungnya. Namun rupa-rupanya ada segelintir rakyat kita yang masih tidak faham kenapa Sabah diceroboh. Kenapa pihak polis bertindak di barisan hadapan? Kenapa bukan askar (ATM) sahaja yang melawan pengganas? Teruk kan? Ini belum lagi pelbagai isu berkenaan 'Sabah' dan 'pengganas Sulu' yang menjadi mainan bicara politikus kita.
Rendah betul kefahaman kita tentang sejarah. Walaupun kita bukan orang Sabah, sebagai rakyat Malaysia, saya sangat tercabar kerana lemahnya ilmu sejarah pada diri sendiri. Bila orang bertanya 'kenapa', 'bagaimana', 'siapa' yang merujuk kepada isu tersebut tergagap-gagaplah saya menyusun ayat. Walaupun subjek sejarah ialah fevret semasa sekolah dahulu, dengan peralihan masa...sedikit demi sedikit ia meluput dari ingatan. Moga bacaan ini bermanfaat untuk kita bersama.
Pakar sejarah: Filipina perlu gugur tuntut Sabah
HASLINA KAMALUDIN & NORSHAHZURA MAT ZUKI
FOTO: ROSLI TALIB
FOTO: ROSLI TALIB
18 Mac 2013

Tan Sri Khoo Kay Kim
Isu Lahad Datu akan berterusan jika tidak dihentikan. Ia memerlukan rundingan pemimpin tertinggi Malaysia dan Filipina untuk menyelesaikannya. Rakyat perlu ingat Sulu memulakan penentangan pada 1521.
Bagaimana Tan Sri boleh menghafal fakta sejarah?
Sejarah perlukan perbincangan. Tidak perlu menghafal. Kalau hafal boleh cepat lupa. Ia akan jadi sebahagian daripada kehidupan kita. Apabila ada perbincangan dengan apa yang berlaku sekitar 50 tahun dahulu, saya terpaksa kembali ke zaman dulu dan jika menghafal dan tidak faham, ia akan menyulitkan keadaan.
Adakah sejarah sebenar negara ini terdapat dalam buku teks di peringkat sekolah?
Sejarah yang dibukukan (buku sekolah) tidak mencukupi. Biasanya yang menulis buku itu kurang faham apa sebenarnya telah berlaku. Seperti contoh, baru-baru ini, saya sedang berbincang mengenai sejarah yang berlaku sekitar lewat 1945 dan awal 1946 iaitu kekacauan dan konflik antara kaum Melayu dan Cina.
Secara umum, ia benar berlaku. Tapi, berdasarkan saya yang hidup sekitar tahun itu, pergaduhan sebenar adalah antara kaum Banjar dengan orang Cina yang menyokong gerakan komunis.
Tetapi, kaum bukan Cina tidak dapat membezakan antara orang Cina yang menyokong gerakan komunis dan bukan penyokong sedangkan gerakan anti-komunis juga ramai ketika itu. Di bandar juga tidak ada masalah kerana tidak ada orang Banjar dan tidak wujud pergaduhan.
Adakah Sabah atau Borneo pernah berada dalam pemerintahan Sulu?

Ini Entry Melekat: Re-branding 'LAMAN CAHAYAMATA"
Lama juga tidak berblogging. Saya 'ambil lajak' yang agak lama untuk kemas kini wajah blog dan akhirnya membuat keputusan untuk menjenamakan semula blog 'LAMAN CAHAYAMATA'. Tujuannya untuk mendapat mood baru dan semangat baru. Dengan beberapa peraturan baru yang dikenakan oleh 'Tuan Penasihat' saya berharap intipati dan mode merah jambu ini akan digemari pengunjung yang datang. Harap juga tidak menyakitkan hati pembaca dan mata sesiapa yang memandang.
KAK AINA: Terima kasih atas sokongan korang semua selama ini. Sayang adik-adik semua!

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)