Salam sejahtera...
Semoga sahabat semua sihat dan diberkati Yang Maha Kuasa sentiasa hendaknya. Maafkan saya kerana sudah lama tidak mengupdetkan diri di laman ini. Keterbatasan masa menghambat saya ketepi dunia blogger untuk seketika. Blog walking juga sudah lama tidak dibuat...
Pilihan raya umum Malaysia masih lagi menjadi tanda tanya bila bakal berlangsungnya. Namun, pilihan raya universiti sudah pun bermula. Beberapa universiti telah pun selesai mengira undi dan beberapa IPT lagi akan menjalankannya pada minggu depan (selasa, 25 Sept).
Teringat zaman masa belajar dahulu. Macam-macam cerita apabila tiba musim pilihan raya dan gelagat para penyokong serta calon-calon yang bertanding. Syukur, dalam tempoh itu tidak pernah terjadi apa-apa yang buruk dan kontroversi. Saya sempat mengikuti 2 kali pilihan raya semasa di kolej dan 2 kali juga masa di universiti. Semua pilihan raya tersebut saya mengundi. Kononnya malas nak pergi membuang undi tetapi ada rumors yang mengatakan kalau tidak mengundi akan dikenakan tindakan oleh HEP. Pilihanraya pertama kali, masa tu masih junior. Sebab takut, maka pergilah juga... Pilihanraya kali ke-2 masa sudah jadi senior. Masa itu sudah berani 'melawan' dan ramai kengkawan yang tidak pergi mengundi. Alasan, kelas penuh. Malangnya saya, masa dalam perjalanan ke kelas, termakan pujuk pula dengan penyokong parti dan akhirnya pergi jugalah mengundi.
Dalam banyak-banyak pilihanraya, PR di kolej paling happening. Calon-calon siap mencuri masa ketika di bilik kuliah untuk memberikan speech mereka. Adoi, pasang telinga luas-luas! Kemudian masa dekat di asrama, ada penyokong bertindak memadamkan lampu seketika dan bila dihidupkan semula, terdapat kertas-kertas yang terselit di bawah pintu bilik. Gimmick? Itu belum lagi ada yang ketuk pintu dan mohon kita mendengar ceramah mereka. Masa itu memang rasa sangat-sangat 'terganggu', namun bila sudah berada di 'depan' seperti hari ini, saat-saat tersebut menjadi suatu momen yang sangat bermakna untuk dikenangkan...
KAK AINA: Ada kawan yang berkecil hati bila poster gambarnya yang digunakannya untuk promosi akhirnya digunakan oleh kawan yang lain sebagai alas baju di dalam locker. Hahaha...lawak pun ada. Dari dibazirkan, ada lebih faedah ia menjadi alas kan? Lebih baik dari dipijak orang di jalanan...