Puzzle of Love







Entah dari mana datangnya idea hero yang seorang ni. Suatu hari tika balik sekolah, dimintanya ibu 'meneka' apa yang ditulis pada keratan kertas yang dipotong-potong kecil. Maka ibu pun excited menyusun puzzle...

Haha...kelakar pun ada. Dalam keterujaan dia untuk menyatakan 'perasaan' kepada ibu ini, dia terhilangkan 2 abjad.

Keesokan  harinya dia bawa pulang dari sekolah lagi. Kali ini ayat lengkap!

Ingatkan itu yang terakhir. Esok dia balik dengan puzzle ciptaannya lagi. 

"Ibu, cuba teka. Kalau ibu teka betul, Almustofa ada hadiah untuk ibu. Hari ini Almustofa tahan lapar sebab nak beli hadiah untuk ibu." Menyirap darah ibu bila dia kata dia berlapar. Antara rasa terharu dan marah, perbuatan itu sepatutnya dia tak lakukan.


"Apa hadiahnya?" Tanya saya. Dia mahu saya susun puzzle itu dahulu.

Inilah dia puzzle untuk hari tersebut. Kali ini lebih banyak keratan dan ibu pening kepala. Haha, nasib dia terberi sekali dengan jawapan.





Bila dah siap, dia tersenyum puas. Dia buka beg sekolah untuk ambil 'hadiah'.

"Ini, buku Gapen." Jawab Almustofa sambil menunjukkan buku Gapen.Buku Gapen ialah buku tulis biasa sama seperti buku latihan garis satu untuk subjek BM dan BI.

Marah betul saya. Apa ibu nak buat dengan buku Gapen tu? Tapi, tak mahu mengecilkan hatinya saya suruh dia simpan buku tersebut dan suruh dia mandi untuk bersiap ke sekolah agama petang pula.Ceria je wajahnya sebab dapat 'menggembirakan' hati ibu dia ini. Aduhai, sedangkan di rumah sudah ada 3 buah buku Gapen yang belum bertulis. Dibeli pula buku baharu. Setiap tahun kena beli buku Gapen, tapi tak tahu guna untuk apa. Akhirnya dijadikan buku contengan sahaja.

Kemudian saya warning dia supaya tak buat lagi puzzle. Tak mahu dia koyak-koyak buku untuk buat puzzle. Katanya dia minta kertas dari kawan. Entah betul ke tidak. Namun, jauh di sudut hati seorang ibu, saya gembira sebab dia berakal dan terang hati untuk menunjukkan kasih sayangnya walaupun baru berusia 7 tahun. Terima kasih anak ibu!

2 comments:

sakurasue said...

mashaAllah he is really sweet ^__^

Aina said...

lamanya sue menghilang....bz ke?