Kenaikan Berat Badan dan Suntikan Hepatitis B

Hari ini check up ... Alhamdulillah darah dah back to normal dan berat naik 0.5 kg lg..ahaha seronok giler sbb tak naik banyak..Doktor Wan po cakap kalau macam nilah senang keje die..ahaks:D kenapa pulak? dia cakap kalau ibu mengandung naik berat badan lebih 2 kg..maka kene banyak benda perlu diambil perhatian...

Pernah terjadi patient dia pregnant 4 bulan naik berat 5kg mendadak. So, terus dia refer ke hospital. malangnya, patient itu tak mengambil berat masalah dan sering ponteng checkup doktor. Semasa kandungannya 6 bulan, baby meninggal di dalam kandungan..Mungkin sudah suratan, dan wanita tersebut mungkin tak menyangka kelalaiannya akan menyebabkan kejadian tersebut berlaku..Ini 1 dari peristiwa.Mungkin ada penjelasan lain yang kita tidak tahu..

Kenaikan berat badan sewaktu mengandung perlu diambil perhatian. Jika terlalu banyak ada beberapa kemungkinan yang boleh dijangka kan berlaku. Sama ada si ibu mengalami tanda-tanda darah tinggi atau menghidap kencing manis..semuanya perlukan pemeriksaan yang lebih lanjut dan rapi.sebagai ibu mengandung kita sendiri perlu prihatin dan mendengar nasihat doktor.Ada sesetengah doktor memberikan nasihat yang membuat kita rasa kurang pasti atau tidak yakin. Jangan malu untuk mendapatkan second opinion dari doktor yang lain..yang penting kita memperoleh info yang tepat!!

Bulan lepas saya diambil darah untuk diuji.Alhamdulillah ok...cuma, doktor mengesan yang saya tidak pernah mengambil suntikan hepatitis B sebelum ini.Suntikan ini perlu diambil sebelum mengandung.Alamak doktor wan ada sedikit membebel sebab dah nak masuk 4 anak tapi saya masih lupa..dia cakap dia dah tulis dan bagitahu banyak kali tapi still lupa lagi...hehe ye ker?? aku memang tak hingat langsung. Dia cakap adalah bahaya jika aku pembawa, nanti anak yang dikandung akan mendapat virus tersebut.Nauzubillah..Insya Allah lepas ini aku akan ingat. Lagi pun hari ini hubby berkesempatan menemankan ke klinik.Harap-harap dia pon tak lupa untuk mengingatkan aku kemudian nanti:D


Tekanan Darah Rendah

Salam..

Lama betul saya tidak update blog ini..sedar tak sedar sekarang sudah masuk 2nd trimester..Keadaan badan semakin membaik tetapi kadang-kadang pening-pening dan mual-mual juga..lepas checkup bulan lepas, doktor memberitahu tekanan darah saya sedikit rendah....100/60. Walaupun begitu kesihatan saya tak lah seteruk kawan yang mengalami tekanan darah rendah sehingga masuk wad.

Ini first time kene darah rendah semasa mengandung. Kalau ikut family saya, mak dan adik ada darah tinggi.Beza dengan darah rendah, darah tinggi lebih tinggi risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti buah pinggang yang turut dihidapi oleh emak dan adik saya. Antara tanda-tanda darah rendah seperti rasa pening macam nak pitam, rasa loya/mual,pernafasan pendek dan cepat lelah dan kulit dingin/lembab..Ada setengah orang menyangka diri menghidap migrain tetapi bukan rupanya setelah bertemu doktor.

Petua orang, untuk darah rendah elok makan bayam dan banyakkan minum air masak. Anemia juga sering dikaitkan dengan tekanan darah rendah. Namun, sebenarnya berbeza kerana anemia disebabkan kekurangan sel darah merah di dalam badan. Walau pun gejala keduanya hampir sama, seorang mengidap anemia lebih pucat muka dan tangannya dan jika lebih teruk langsung susah nak bernafas....

Puas jugak mencari info untuk darah rendah ni..akhirnya jumpa satu artikel yang menarik untuk di kongsi. Selamat membaca!