Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Panduan untuk blogger baru

Antara perkara penting yang mesti diambil perhatian oleh blogger baru ialah meletakkan iklan di dalam blog. Mungkin ada blogger yang blogging bukan kerana duit. Maka mereka tidak berminat dengan iklan, dan segala yang sewaktu dengannya. Fine.

Bagi blogger yang baru belajar menulis blog, sama ada kerana suka-suka atau kerana minat tetapi dalam masa yang sama ingin juga menambah pendapatan, maka bolehlah mendaftar dengan Nuffnang dan Churp Churp. Dua brand ini umpama adik beradik. Maksudnya, kedua iklan dari brand ini boleh berada di blog kita dalam masa yang sama. No conflict of interest! Nuffnang dan Churp Churp menyediakan iklan/kampen untuk dimuatkan di dalam blog/laman sosial kita. Ganjaran yang akan kita terima berdasarkan setiap klik dan jumlah pengunjug blog. Jika ramai yang datang, maka kencanglah akaun tabung korang.

Bagi yang berminat tu, bolehlah pergi ke website Nuffnang dan Churp Churp. Yang menariknya,  Churp Churp kini telah berwajah baru setelah makeover! Si burung comel ini merupakan simboChurp Churp.


The birdy looks purdy! 

Apa tunggu lagi, jom daftar Nuffnang dan Churp Churp.


Kepada blogger baru yang tidak berminat untuk menampal iklan diblog, apa kata ringankan tangan untuk support blogger dengan klik iklan di blog mereka. Kemudian, merajinkan diri blogwalking ke blog-blog untuk membaca tutorial, mencari follower dan mendapatkan tips-tips dan panduan lain yang berguna untuk menjadi blogger yang berjaya. Apa susah, Google sahaja.

*** Ini adalah panduan untuk blogger baru sahaja. Pemberitahuan ini secara umum dan bukan untuk manfaat blog ini sahaja. Harap maklum.

Wordless Wednesday: After few piu piu days...


Bilalah nak dapat BE??


"Bilalah nak dapat BE?"

Mengeluh atau soalan cepu emas untuk encek Nuff?

Bagi yang belum pernah mendapat BE, teruskan usaha anda. Googlelah tips-tips yang disediakan oleh para blogger otai di laman blog mereka. Insha Allah kalau ada rejeki, tak kemana.

Sebenar-benarnya, Kak Aina sendiri pun dah lama tak mendapat BE. Yelah sejak tahun baru ni haaa....huk huk..Now dah bulan Mac, seketul pun tak masuk masuk..... So, kalau sesiapa yang dah dapat BE tu kena mentenlah performance dalam blogging ni. Jangan jadi umpama chipsmore (kejap ada kejap hilang) dan lagi malas update blog serta status di Nuffnang

So, korang pahamlah kan kenapa penulis ni dah lama tak dapat BE. Heee....

Ok, akak nak ucap tahniah buat featured blogger bagi bulan Mac 2012 ni iaitu Cik Epal. Haaa...mesti ada yang tak tahu kan. Kalau sesiapa yang teringin nak terpilih jadi featured blogger oleh encek Nuffy juga silah baca terma dan syarat-syaratnya:

Be a featured bloggerIf you like a chance to be Nuffnang's Featured Blogger Of The Month, contact us at helpdesk and tell us:
1) Who you are (Photos of yourself would be a bonus).
2) Why you think we just HAVE to make you the Featured Blogger Of The Month. If you are selected, a member of our Nuffnang Team will contact you.
If you are not selected, don't be disappointed. There are after all 12 months in a year. [more]

Cik Epal femes dengan aktiviti 'menternak lemak' nya....(pic copied from here)


Selamat berusaha :)

Nak dapat BE dari Nuffnang: Cara mana paling berkesan?

*Salam Sejahtera*

Pertama sekali nak ucapkan terima kasih kat Nuffnang sebab sudi memberikan BE seketul lagi walaupun sekarang ni trafik tak berapa bagus dan jarang update blog :D

Sebenarnya semua orang kat rumah ni berebut pc yang seketul. Jadi priority terpaksa diberi kepada big boss En. Mat P sebab dia tuan besar. Kalau dia tak kerja, makan gaji buta pulak nanti kan. Ahaks...nak wat caner, lappy dia ada problem sket, jadi kena guna pc. Alhamdulillah nasib baiklah  dia boleh buat kerja dari rumah. Kalau kena travel luar tu agak leceh sikitlah bagi dia....so, lewat malam baru ada ruang untuk akak pulak. Tapi selalu mata ni mengantuk pulak ler time cam tu. Tat y blog akhirnya ber'habuk'....(ceh alasan jer tu....)

Berbalik kepada tajuk. Nak dapat BE dari Nuffnang: Cara mana paling berkesan? Ada sesiapa boleh berikan jawapan?

Alhamdulillah & puji- pujian hanya bagi Allah

*Salam sejahtera*

Sejuk je pagi ni. Hujan renyai tetapi lebat membasahi bumi AU2, AU3, Ampang dan Ulu Kelang sekejap tadi. Tapi, ada pulak tukang kebun/sapu yang membakar sampah pagi ni. Udara segar sedikit tercemar dan mencucuk hidung...Cuaca yang cerah sedikit kelam dan berkabus buat dek asap. 

Pagi ni inbox emel dan phone dimasuki ucapan selamat. Terima kasih buat semua dan Alhamdulillah sebab berpeluang lagi untuk berkelana di muka bumi. Moga saya mampu untuk menjadi insan lebih berguna di masa depan. Walau banyak dugaan dan cabaran, hidup perlu diteruskan. Walau saya sering kalah dengan kelemahan diri sendiri, berjuang tetap mesti berjuang supaya kelak saya tidak akan rugi besar..

Terima kasih mak, abah sebab jaga saya sampai dewasa :) Tadi mak tepon dan bagi ucapan kat saya. Sebak rasa hati. Saya menyeka airmata.

Ada sesiapa yang dapat emel yang sama dengan saya?




Dear Nuffnanger,

Happy birthday from all of us at Nuffnang and the good people at TGV Cinemas!

As part of the TGV Birthday Surprise for Nuffnangers, you've been selected to receive FOUR (4) complimentary passes for any movie* at TGV Cinemas outlets nationwide, which we hope will make your birthday a special one indeed :)

If you are nuffnangers, please read this

A Nuffnang Community Announcement

We take a break from our regular programming to bring you a community service message about something that is rather worrying to us lately.

As you might already know, there are 2 types of Nuffnang campaigns that bloggers may earn from: Metered Cost per Impression (mCPM) Campaigns, which pay according to the number of blog visitors who view the ads running on blogs; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.

We’ve noticed that certain groups have been engaging click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog’s owner. We understand that some of you may just be anxious about earning some side income from displaying the banner ads, but do note that this is in fact a violation of our Terms & Conditions under Section 6.

Among some of the actions which constitute click fraud are;
- clicking on other bloggers’ ads and leaving a comment behind asking/hinting to the owner to click on their ads back
- asking for blog visitors’ help to click on the ads
- registering a large number of blogs and clicking on ads on each of them
- repeatedly switching to a different IP to click on own ads

Banner ads spaces are bought by advertisers to promote their advertising campaign. Ads are are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, not for the intention of earning extra money. Merely clicking on banner ads for the intention of earning extra money would jeopardize the effectiveness of a campaign. It may seem harmless, but click fraud benefits no one in the long run because should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as advertisers will be selective to only advertise on blogs with no records of click fraud, reducing the number of ad space available to advertisers.

Our system is capable of tracking these actions mentioned above, which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for involved with this offence. However, as the number of bloggers who engage in click fraud has been growing in an alarming rate within our community, we are forced to be more vigilant to bring this to an end. We would take the necessary action to preserve the quality of blogs and ad space available to advertisers so other members of the community are not affected by those who engage in click fraud.

We realize that many Nuffnangers may not be aware that they might unintentionally be involved with click fraud, therefore we ask that you please help us spread the word. If you are aware of any of your friends or other Nuffnangers who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly educate them on the harms of engaging in click fraud activities.

Thank you for your attention.

Say NO to click Fraud.

Sesaper nak baca Malay version, bole check kat umah kakinakl yaaaa....:)

Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. Nampaknya amaran penyalahgunaan di kalangan nuffnangers sudah dikeluarkan. Sebagai ahli baru komuniti nuffang, perkara ini menjadi pengajaran kepada saya supaya tidak melakukan penyalahgunaan klik. Harap pengujung setia dan follower blog Cahayamata sudi melakukan 'klik' pada iklan yang disediakan dengan ikhlas hati dan betul-betul mahu melihat info produk/servis yang ditawarkan. Jika sebelum ini saya ada melakukan kesalahan, tobat dah tak mau buat. Sila abaikan jika saya ada memujuk, meminta dan memaksa anda untuk klik. Apa pun sehingga entry ini ditulis saya masih belom terima sebarang pendapatan(kesian nyer, hehe..). Sebagai orang baru belajar, saya belum terdesak dan berharap dapat yang betul-betul bersih selepas ini... Amin.

p/s Jangan marah yaaaaa...

DiGi iPhone 4 Life



Jika saya tanya, apa yang anda mahu dalam kehidupan ini? Kekayaan? Kebahagiaan? Cinta? Kalau dapat semuanya dalam satu masa tentu kitalah orang yang paling bertuah dalam dunia kan?

Setiap orang sudah ditentukan rezeki masing-masing. Usaha dan terus berusaha untuk mencapai cita-cita dan impian dalam kehidupan. Kemudian kita akan berserah kepada Tuhan semoga apa yang kita telah usahakan akan tercapai.

Dalam setiap usaha dan pekerjaan yang kita lakukan akan lebih mudah jika mendapat bantuan dan sokongan moral orang yang tersayang. Jika anda seorang ketua, anda akan bertuah jika memiliki pekerja yang berkemampuan, pakar dan setia untuk menguruskan syarikat anda.

Sebagai suri rumah, saya tiada pembantu. Bertuah jika saya mempunyai seorang pembantu atau setiausaha untuk menolong dalam melaksanakan urusan harian. Dengan DiGi iPhone 4, ia melengkapi kehidupan saya! Dengan pelbagai aplikasi bersedia membantu dan plan iDigi yang menarik menjadikan segalanya lebih MUDAH, LANCAR dan CEKAP dalam pengurusan rumahtangga saya.


Terima kasih semua kerana sudi membaca entry terakhir saya dalam pertandingan merebut iPhone 4 dari Digi. Kisah ditamatkan. Jumpa lagi dipertandingan yang seterusnya.

DiGi iPhone 4 Real


iPhone 4 dari Digi memang berbaloi dan plan yang ditawarkan sangat menarik. Oleh itu, pengguna boleh memilih mana yang terbaik buat diri masing-masing KERANA tak semestinya yang saya suka itu awak pun suka dan tidak semestinya yang awak pilih itu, saya mampu membayarnya. TAPI!!! Walaupun seorang suri rumah, ada pakej yang sesuai dengan kemampuan saya.

Kalau mahu lebih, kena tanya Mr. Hubby lah kot kot dia mahu support kan...(huk huk dia dah geleng kepala).


Bak kata pepatah, 'biar kalah membeli, menang memakai'...maksudnya, lebih elok beli barang yang mahal asal dapat menggunakannya dalam tempoh yang lama, berbanding beli barang murah, baru sekali guna dah rosak..Saya setuju, kerana yang penting kepuasan maksima. Di Digi, setiap tawaran hampir memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Harga bagi setiap tawaran juga sangat berpatutan. Klik pada jadual berikut:

Saya akan pilih pakej RM58/sebulan. Sebab apa? Jawabnya tentulah kerana ia paling murah dan terendah. Maknanya saya mampu. Jika dibandingkan dengan lagi 2 pakej, walaupun kadar caj untuk setiap sms, mms, dan panggilan nampak lebih 'sen'nya tetapi ia masih ok kerana berdasarkan kepada penggunaan semasa saya sekarang. Dengan 1GB bagi Internet, saya tidak sabar untuk mencuba dan merasai sendiri kehangatan dan kehebatan iPhone 4.

Kesimpulannya....

Saya sangat suka tawaran ini. Saya berharap dapat merasakan kepuasan apabila memiliki iPhone 4 dari Digi nanti. Hahaha ayat berangan lagi. Jangan marahhhh...

Anda bagaimana?

DiGi iPhone 4 Play

617330958
Sangat bergaya kan kaler pink ini untuk seorang wanita. Once this iPhone be mine, huh tak de sorang pun dari my heroes yang akan dibenarkan menyentuh sesuka hati. Akan ku tatang bagai minyak yang penuh, laksana my baby girl....oooooo so sweet! (errr saya belum ada anak perempuan lagi lah).

Yang menariknya dengan telefon pintar ini macam-macam ada...(aci ye pinjam tagline astro jap). Dengan aplikasi iTunes, pelbagai aplikasi sama ada percuma atau berbayar boleh digunakan....iTunes??
iTunes adalah aplikasi percuma untuk Mac atau PC anda. Ini mengatur dan memainkan muzik digital dan video di komputer anda. Seumpama sebuah store di komputer, iPod, iPhone, iPad, dan Apple TV, ia mengandungi segala yang diperlukan dan boleh diguna di mana sahaja pada bila-bila masa....
DiGi iPhone 4 Play
Sebab saya ni seorang wanita aka perempuan, jadi perkara-perkara yang selalu dikaitkan dengan golongan kami ialah suka shopping dan ingin sentiasa cantik (walaupun bukan semua perempuan macam itu tau). Sebab saya juga seorang ibu dan isteri, maka memasak itu wajib. Tambahan lagi, saya seorang suri sepenuh masa, duniaku kebanyakkannya ialah berada di dalam rumah. Tidak perlu keluar jauh untuk bersosial atau menghadap pc 24 jam sehingga mengabaikan urusan rumahtangga jika hendak bersosial atau berhibur. iTunes store memudahkan urusan dan menunaikan keinginan dalam waktu yang terhad. Tak percaya???
Hanya buat pilihan dihujung jari anda...Sambil memasak, menyusukan anak, sambil baring dan duduk di bilik termenung (huih tak pernah buat ler..), sentuh sahaja skrin dan semuanya ada!


Dalam banyak-banyak aplikasi ni, paling saya tertarik ialah aplikasi untuk wanita dan hanya jantinanya wanita sahaja;

1) iPeriod Ultimate - Ia menunjukkan kalendar bagi kitaran period(haid) dan menganggar waktu ovulusi dan masa subur. Ini membolehkan setiap perempuan menjaga kesihatan mereka dengan baik.


2) Womans Calendar - Membantu wanita yang ingin mengandung, mengelakkan kehamilan, membuat jadual kitaran kesuburan dll. Ini membolehkan mereka mengesan tempoh menstruasi dan memantau kesihatan fizikal dan aktiviti mereka secara teratur. Lebih kurang macam aplikasi iPeriod Ultimate, so, wanita boleh buat pilihan terbaik dan yang mana lebih digemari.

3)The pill - Saya memang jenis yang selalu missed makan ubat. Semasa mengandung, kekadang pil obimin yang mesti dimakan waktu pagi diambil belah petang atau malam. Dengan aplikasi ini, ia dikatakan dapat membantu. Bagus kan...hope so.

4) Pregnancy tracker - memantau perkembangan kehamilan setiap bulan sehingga bersalin.

5) Baby monitor and alarm - Tak tahulah sejauh mana praktikalnya, tapi inilah aplikasi paling best lah saya rasa! 2 thums up! Ibubapa tidak perlu risau meninggalkan anak sendirian dibilik, kerana aplikasi ini bertindak macam 'bibik' pun ye juga. Rakam sahaja suara kita mendodoikan bayi, setkan masa untuk dimainkan kepadanya dan jika kedengaran suara tangisan, telefon akan berdering. Sangat membantu bukan. Jadi, saya tak perlu lah risau untuk berada di dapur memasak, menidurkan diri sebentar dan macam-macam lagi lah...
Bertuah sungguh jika dapat memiliki iPhone 4...Senang dan mudah dihujung jari, bergaya dan hebat walaupun berada di rumah:) Let's play!

DiGi iPhone 4 Me

Cleaning
Ini lebih kurang macam sayalah. Suri rumah sepenuh masa yang sentiasa sibuk dengan macam-macam kerja rumah. Saya ada 4 orang hero(setakat inilah). Bila sebut pasal phone, my heroes ni semuanya lebih handal dan bijak dari saya. Terutama bab main games. Ibu? Fesbuk terer lah..

My 1yr old son, Alfatih paling suka main phone. Sudah berkali-kali saya punya phone kena campak ke lantai. Dulu pakai phone mahal, hari ini hanya pakai phone murah je...Nak buat macam mana, my phone just like his toys jugak lah. Marah anak kejap je, later bagi jugak diorang buat mainan...
Lately, my phone dah meragam. Terasa nak campak je kat dalam tong sampah dan beli yang baru. Tapi...nak beli jenis apa ye???? Apabila Nuffnang buat contest di mana hadiahnya ialah sebuah iPhone 4, wah terasa macam bagus je kan kalau saya pakai iPhone pulak! Tapi layak ke saya??? Ahhh ada sape-sape kesah ke??? Saya pun nak iPhone 4 dari Digi.

Persoalannya, kenapa iPhone 4 dari Digi ni? Bagus sangat ke??? Kalau baca maklumat yang ditulis kat sini, gud gud banyak bagus maa...






Tersangatlah menepati sasaran! As gud as our requirements!Haha...tapi, kalau saya ni eksekutif ke, pengurus bank ke, lawyer ke, lecturer ke bergaya jugak lah kalau bercakap tu pakai iPhone 4...Let's imagine;
Gantikan buku resepi tu dengan iPhone 4...konon-konon tengah check recipes kat Internet lah kan..kan..padahal tengah facebooking...bace emel...dan bla bla bla hiiiii.. hiiii ok ok cantek cantek. Setuju lah cam tu...
Kalau nak bagi 2, 3 dan lebih free pun lagik baik. So, everyone in the house will get one. Superb!!! For those yang nak juga tapi kena belilah ye...Check kat bawah ni
Sangat berbaloi kan. Apa tunggu lagi, shopping le sekarang! GO>>> Saya nak tunggu iPhone 4 dari Digi punya:D. Kalau sapa-sapa banyak soal, sila baca sini. Terima kasih yaaaa....

owwhhh sangat cool..ada gaya..pastinya hebat! Digi lah!