Kisah pengorbanan seorang anak

Salam... Selamat hari raya Aidil Adha 😊

Selepa tular kisah seorang ibu yang membawa ibunya yang tua ke sebuah restoren mewah sehingga 'menyakit' pandangan seorang wanita lain. Hari ini lagi satu kisah inspirasi kepada anak-anak muda supaya tidak melupakan kedua ibu bapa setelh berjaya dan hidup senang.

Bagi anak muda ini yang bekerja hanya sebagai pemandu ambulans tidak langsung kisah duit di dalam akaunnya tinggal hanya berbaki RM 24 asalkan hajat menghadiahkan ibunya gelang emas tercapai. Bukanlah gelang diminta ibu, bahkan keinginannya sendiri untuk membalas pengorbanan ibu suatu masa lalu.

Ikuti kisahnya dalam Mstar Online.





PETALING JAYA: Kisah dua beranak tular menerusi video yang memaparkan seorang ibu sebak menerima hadiah hari lahir berupa gelang emas daripada anak lelakinya dan pasti menyentuh hati sesiapa saja yang menonton.
Siapa sangka di sebalik wajah kacak dan berbadan sasa, jejaka ini menyimpan kasih yang cukup kuat buat ibunya yang menyambut ulang tahun ke-63 pada Selasa lalu.

Beberapa kali ibunya mengalirkan air mata, dan mengesatnya dengan tudung dan lengan baju kerana sebak di atas pemberian anaknya.
Ibu yang cukup terharu dengan kejutan anaknya berkata: “Kenapa nak susah-susah belikan untuk mak ni Min. Berapa ribu ni, mak tanya. Membazir je beli ni. Mak nak anak-anak mak jangan tinggal solat saja." 
Bagaimanapun pemuda itu terus menyarungkan gelang emas pada pergelangan tangan kiri ibunya dan kemudiannya mencium wanita itu sebelum memeluk ibunya berkali-kali.
Muhamad Amin Azlan, 26, berkata, apa yang dilakukannya hanya kecil berbanding jasa dan pengorbanan ibu, Jaimah Shadan ketika membesarkan mereka empat beradik.
Wang boleh dicari tetapi tidak kasih ibu, dan keputusan menghadiahkan sesuatu pada hari istimewanya hanya sebahagian kecil usaha Amin untuk merapatkan hubungan mereka.
“Duit dalam akaun bank saya hanya tinggal RM24 lepas beli gelang emas untuk mak. Alhamdulillah saya boleh ‘survive’ sehingga dapat gaji sebab saya selalu masak di rumah. 
“Tapi bagi saya, pengorbanan mak tidak ternilainya untuk saya balas. Apa saya buat ni sekurang-kurangnya menggembirakan hatinya,” katanya kepada mStar Online.



Kasih ibu membawa ke syurga. 

Namun ada rahsia di sebalik hadiah gelang emas itu, Amin yang bekerja sebagai pemandu ambulans mendedahkan keluarga mereka pernah berhadapan dengan masalah kewangan pada 2013.
Mereka memerlukan sejumlah wang untuk membuat bayaran bagi urusan rumah dan ketika itu ibu mengambil keputusan untuk menggadaikan gelang emas yang merupakan hantaran perkahwinannya bagi melunaskannya.
“Saya pun baru dapat tahu perkara ini tahun lepas. Saya cuba untuk mendapatkan gelang emas milik mak semula tapi saya diberitahu ia telah dijual kepada orang lain. 
“Sedihlah juga, tapi saya cuba cari gelang emas yang hampir sama rekaan dan saiz untuk gantikan dengan yang asal. Bila tengok mak gembira masa dapat gelang tu, saya memang teruja. Pada awalnya risau juga sebab mak tak suka anak-anaknya membazir, tapi mak faham niat saya,” katanya.
Cerita penuh di sini ya