Showing posts with label GST. Show all posts
Showing posts with label GST. Show all posts

Hebohnya GST !!!

Salam

Semalam, 1 April bermulalah GST di Malaysia. Kedatangan GST 'disambut' begitu meriah sehingga pelbagai ucapan selamat dan muatnaik resit belian menghiasi di media sosial. Bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak juga pandai bermain kata tentang GST. Masakan tidak, begitulah hebat pengaruh iklan/drama GST yang dilakonkan di tv. Anak-anak saya juga boleh menghafal sesetengah dialog pelakon-pelakon drama GST tersebut.

Saya sendiri sebelum GST memang turun padang membeli stok barang dapur dan peti. Kononnya nanti barangan akan lebih mahal selepas GST. Memang betul ada barang yang takkan naik dan menten harga asal. Ia ditandakan dengan S (kena GST) dan Z (tiada GST) dalam resit.

resit by PM sewktu membeli belah sambi observed pelaksanaan GST semalam
Credit FB DS Najib Razak


Jangan lupa semak resit. Ada peniaga yang tidak mendaftar perniagaan untuk GST tidak layak mengenakan GST kepada pengguna. Tapi, ada peniaga yang mengenakan GST juga! Pengguna pula nak tak nak terpaksa membayar walaupun terfikir diri sudah dianiaya. Begitulah nasib seorang yang saya temui di laman muka buku yang memberitahu resit yang dikeluarkan tiada id GST atau GST no. Laporan salah laku begini boleh dilaporkan kepada KPDNKK di talian 03-88826245. Syaratnya, segala resit pembelian jangan dibuang untuk menjadi bahan bukti. Pengguna harus berani dan peniaga juga seharusnya takut untuk menipu! Jangan hendak mengejar untung beberapa sen atau ringgit, kelak didenda beratus ribu. Tak berbaloi!


Kawan saya bercerita anaknya mahu duit belanja lebih sempena GST. Hahaha...bijak punya anak kecil tu. Anak saya juga eksited bercerita sempena hari pertama GST.

"Ibu nasi lemak tadi masih seringgit. Tak kena GST pun" begitulah ceritanya ketika balik sekolah agama pagi semalam. Cuma ada satu kedai mak cik tu, biasanya menjual kuih muih RM1 bagi 3 ketul kuih sudah menaikkan menjadi 40 sen seketul kuih. Memang di mana-mana juga peniaga sudah meletakkan harga kuih 40 sen seketul. 

Tak tahulah berapa lama cerita tentang GST akan berlangsung. Selagi ada GST, selagi itulah orang akan bercerita kerana semua pihak pasti akan mencari kelemahan dan ketirisan sepanjang pelaksanaannya. 

GST dah dekat tapi ramai masih tidak faham?

Assalamualaikum dan salam sejaahtera.

Entri sebelum ini mengenai pengalaman akak membeli barang di kedai runcit. Akak dan tauke kedai bergelak tawa tentang harga barang yang mungkin naik selepas GST dilaksanakan.

Selepas menyemak semula senarai harga barang yang tidak dikenakn GST, Kalau berdasarkan apa yang akak beli tempoh hari, cara kiraan yang akak buat tu salah. Ini kerana beras, ayam dan bendi termasuk dalam senarai barang yang tidak dikenakan GST. Bagaimanapun tempe akan dikenakan GST sebab ia bukan makanan keperluan. Jadi, berasa sen sahaja kena cukai jika tempe berharga sekeping seringgit?

Ok, noted :D


Sebagai pengguna, penting untuk kita memahami GST dan tahu harga barang mana yang patut dicukai atau tidak dicukai. Nanti selamat kita dari ditipu penjual dan kita pun tidak sewenangnya nak marah orang lain sebab tension kena bayar lebih. Paling hikmah, pengguna boleh berkira-kira untuk berbelanja secara berhemah bagi mengelak berbelanja lebih terhadap barangan bukan keperluan.

Dear blog,
Aku cuba positive thinking ya :)

Sebelum GST kita ketawa bersama-sama. Selepas GST...?

Dear blog,
Hari ini aku pergi ke kedai runcit dengan berbekal duit RM30. Apa aku nak beli? Plannya:
1- Beras 5kg sahaja (RM 13.00)
2- Ayam seekor (RM 8.00 / kg)

Sampai kedai teringat nak buat asam pedas ikan kerisi, lalu aku capai bendi sebungkus. Lepas tu nampak pulak tempe. Terbayang kalau buat sambal tempe dengan kentang dan bilis...adeh, meleleh air liur basi. Akupun capai 2 bungkus.

Pergi kaunter nak bayar. Dalam hati kalau tak cukup duit, kena lepaskan tempe. Huhuhu...

"Dik, kira ayam dulu ya, nak kira cukup tak duit 30 ringgit akak bawak ni", kata aku.

Tauke kedai runcit bernama Zam mengira. Aku pun mengira juga. Kalau tempe tak jadi beli, lain harilah baru buat sambal tempe yang diidamkan. Tidak, tidak, aku bukan mengidam.

"RM29.80, kak. Cukup duitnya. Ada baki lagi kak." Beritahu Zam.

"Ow ada baki ya.",aku lega sebab duit cukup.

"Aah, ada baki..." Zam sambil pulang baki 20 sen.

"Lepas ni, kalau dah campur GST cukup?" Aku bertanya soalan yang dah tahu jawapannya.

"Ada GST kena tambah lagi lah. Hahaha..." Zam ketawa. Akupun ketawa sambil beredar.

Dalam hati merintih..."sekarang kita ketawa bersama-sama Zam. Lepas GST, tak tergamak akak nak ketawa dengan ko..."

Hasil carian imej untuk cry emoticon

Kalau selepas GST berapa akak kena bayar ye? Tolong  jawab soalan matemtik  ni...

RM29.80 harga belian + 6% GST
= ?

--->> 6/100 X 29.80 = 1.788
--->> 1.788 + 29.80
--->> 31.588

# Jumlah kena bayar, RM 31.60

Ada yang lebih sadis. 2 orang budak sekolah singgah di kedai Runcit Zam untuk membeli. Seorang nak beli ais krim Mat Kool yang berharga seringgit. Seorang lagi nak beli gula-gula getah yang harganya seposen 2 biji. Dia nak beli 4 biji sahaja. Selepas GST berapa yang perlu mereka bayar? 

Zam kata kasihan budak-budak tu. Zam cuma berkata-kata.

Kita pula kata apa?

"Wahai anak-anak, inilah masa terbaik untuk engkorang berhenti membeli jajan!"

"Baik mak, bapak. Bapak pun berhenti hisap rokok ya!" - Bertuahlah kalau ibu bapa yang mendapat jawapan macam ni.

GST: Cukai kepada semua

GST? Semua orang sebut pasal GST..apa GST? Tetiba aje orang nak marah kerajaan, aku pun nak marahlah! Aku pun nak bantah GST!

Boleh?

Sebenarnya saya sendiri ada kekeliruan tentang GST atau goods  and service tax ini. Sebelum ini saya sebut G=government, rupanya goods. Maksud dalam melayunya, cukai barangan dan perkhidmatan. Bukan cukai kerajaan. Nampak? Kat situ pun dah nampak ada yang kurang pengetahuan. Macam sayalah tu... Ia kerana kurang membaca atau kerana tiada penjelasan kepada umum?   Err..saya kurang membaca kot

Jadi, bila kerajaan sudah memutuskan untuk melaksanakan pada 1 April 2015, ada yang bangkit membantah. 6%, banyak tu... Sudahlah harga gula ditarik subsidi, sekejap lagi harga barang naik dan ditambah dengan cukai baru tentu sahaja ia menekan rakyat marhaen macam kita kita, awak awak dan saya. Kalau awak masih meminta duit dengan mak ayah, mungkin tak tahu perasaannya penat lelah mengerah titik peluh dan otak sampai stress mencari sesen duit. Bagi yang sudah bekerja sudah tentu lebih faham, lebih-lebih selepas dapat gaji, semua duit akan dihabiskan untuk membayar hutang PTPTN, sewa rumah, lone kereta dll. Jika sudah berkahwin dan ada anak, duit nak membeli lampin anak, susu anak, bayar sekolah anak dll. Pendek cerita semua orang ada tanggungan masing-masing.

Sebenarnya kenyataan di atas ialah salah. Ya salah tentang GST. Rasanya bukan saya seorang berfikir demikian. Maka kita masih ada tempoh setahun lebih untuk difahamkan apa GST itu dan akhirnya menerima dengan rela... atau terpaksa rela.Jadi apa yang betul atau salah kefahaman kita tentang GST?

1- GST tidak dikenakan ke atas semua jenis barang. Barang tertentu sahaja. Jadi jelaskan apa barang yang ada GST dan tak. Kalau sesiapa yang tak mahu membayar GST bolehlah dia mengelakkannya. PM sudah memberitahu bahan makanan asas dan perkhidmatan awam tidak akan dikenakan cukai. Tapi, apa lagi?

2- GST bukan cukai baru dan tambahan terhadap cukai sedia ada. GST ialah cukai yang akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan pada masa kini. 

Berapa ye cukai jualan dan perkhidmatan sekarang? Sampai tak 6%? Haa...kalau ia kurang dari 6% dan GST nanti 6%, maka terbebanlah kita! Tapi, kalau cukai jualan dan perkhidmatan sekarang lebih 6% dan digantikan dengan cukai baru iaitu GST sebanyak 6% sahaja, maka ia mungkin membantu.

Itu apa yang dijelaskan oleh PM semalam. Rakyat sebenarnya perlukan lebih pencerahan dan banyak penerangan supaya boleh menerima maksud kerajaan untuk melaksanakan GST ini dan kami akan lebih bersedia apabila masanya tiba.

GST