Showing posts with label TV9. Show all posts
Showing posts with label TV9. Show all posts

Keajaiban pada kematian Hero - si kucing bertuah

Hari ini Papa Hero keluar TV9 - Nasi Lemak Kopi O. Hari ini PH buka rahsia bahawa saat Hero disemadikan pada jam 12 tengah malam, badan dan anggota badan semua masih lembut seperti kucing hidup. Ini diakui juga oleh doktor yang merawat Hero. Sedangkan Hero meninggal lebih kurang 730 pagi... Maha suci Allah, Tuhan yang menghidupkan dan mematikan makluk-Nya. DIA juga berkuasa atas tiap sesuatu.

Papa Hero berkongsi cerita bersama Luq dan FBI

Yang boring, yang tak boring

Tak pernah tonton drama Diandra. Malam  ni episod akhir. Tertengoklah sikit tadi sebab nak tahu endingnya. Sangat boring....tak sabar nak tunggu tamat.


Mungkin jiwa saya sudah tak sesuai dengan drama romantika dengan ayat jiwang yang sudah kedengaran sengal di telinga... Tua sangatkah saya? lalu tukar channel, menonton 7th Grade Civil Sevant....Boleh pulak saya senyum- senyum dan tergelak sorang-sorang...

Fizo dan Mawar saling berbalas hantaran motorsikal

WOW... jarang kita dengar atau lihat orang bagi hantaran motorsikal. Pihak lelaki dan perempuan saling memberi motorsikal. Malah pihak Mawar juga menghadiah plat yang bernombor MF 120.

Bak kata orang, kalau mampu apa salahnya...

fizo omar dan mawar fareeda
Foto dari blog Beautifulnara
Apa lagi yang menarik pada hari perkahwinan Fizo yang disiarkan secara langsung di TV9 dalam program Nasi Lemak Kopi O?

Sementara itu, pihak pengantin lelaki telah membawa tujuh buah dulang hantaran kepada pengantin perempuan iaitu mas kahwin, jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, sebuah motosikal dan jongkong emas seberat 1.011 kilogram.
Manakala pihak perempuan membalas sembilan dulang iaitu tas tangan lelaki, jam tangan, kaca mata hitam, kasut, dua buah naskah Al-quran, komputer riba, cincin, plat motosikal MF120, topi keledar dan sebuah motosikal berkuasa tinggi.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin, rakan artis dan wakil media.
Menariknya mengenai majlis berkenaan, sebanyak lapan selebriti lelaki terkenal iaitu Datuk Rosyam Nor, Fahrin Ahmad, Kamal Adli, Nazim Othman, Iqram Dinzly, Johan As'ari, Karl Shafek dan Shaheizy Sam ditugaskan untuk membawa dulang hantaran daripada pihak lelaki.
Selain itu rombongan pengantin lelaki turut diiringi dengan konvoi 30 buah motosikal berkuasa tinggi.
Berita penuh dekat sini.

Peraduan Filem Seram

Info lanjut kat sini. Nak jawab soalan di sini

Sedikit sinopsis filem Ghastly:

Synopsis
Seo-Ni (Han Eun-Jung) raises an orphan named Bin. Seo-Ni then becomes involved in a horrifying mystery and discovers a shocking secret. 
It all begins when Ka-hee (Hwang Ji-hyeon), an emotionally and psychologically damaged woman, finds a spirit medium to help her address her troubles. Her inability to give birth to a child had long tortured her, and now she will do anything to cheat that fate. 
She ends up burying an orphan in a large traditional pot used to burry kimchi underground during the winter and killing him. What she gains for this merciless act is a child of her own. Ka-hee eventually gives birth to a son she names Bin, but Ka-hee soon meets a brutal death.



Omar Regan yang cool

Jarang kita tengok lawak yang Islamik. Omar Regan boleh buat kita gelak dengan lawak Islamiknya. Dalam Twins of Faith special series di TV9 kita boleh saksikan persembahannya. 

Tak kenal? Baca tentangnya di sini.

Google image
Lawaknya sangat cool. Minggu lepas dia buat satu lawak tentang wanita yang memakai 'niqab' atau purdah pergi ke masjid. Sebaik selesai solat, para suami mereka akan beratur di luar masjid menunggu para isteri masing-masing. Dia yang melihat tertanya-tanya, 'bagaimanakah para suami itu mengenal isteri-isteri mereka?'

Para isteri yang keluar masjid dalam keadaan berpurdah itu akan datang menghampiri para suami dan memegang tangan suami masing-masing sebelum beredar....

*** Kalau nak tonton kemudian, cari kat tonton.com.my / youtube.

Hebat ke Hujan sampai jadi Juara Versus?

Versus, program realiti yang melibatkan band-band sudahpun berakhir malam tadi dengan menobatkan Hujan sebagai Juara musim pertama. Sebenarnya dari awal episod saya memang tak follow malah program yang berlansung di TV9 itu memang kurang menarik perhatian. Entah macam mana boleh tertengok 1 episod tu (minggu rock kapak) dan terus follow. Itupun dah nak sampai penghujung.

Dalam Versus, setiap band diberikan assignment untuk mengubah lagu mengikut tema diberikan menjadi lain dari susunan asalnya. Memang kejam bila lagu-lagu rap dan balada dirockkan. Lagi kejam bila lagu irama asli juga di'musnah'kan. Kejam dan rosak secara kreatif! Itulah tugasan berat yang band-band tersebut perlu lakukan. 5 buah band yang bertanding terdiri dari Hujan, Black n Parallax, 6th Sense, Sofarz, dan Go Gerila( Aizat).

Pada hemat saya yang tak berapa padu ini, Hujan memang best. Gimmick di pentas konfrontasi akhir dengan membawa Dato' CT, DJ Fuzz dan Altimet memang berjaya meraih undi sms lebih banyak berbanding band lawan untuk battle (vs) iaitu, Go Gerilla. Tahniah Hujan!