[UPDATED] Tahniah PDRM, pembunuh Norazita ditangkap!

Akhirnya pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai AmBank beberapa minggu lalu berjaya diberkas pihak polis. Tahniah PDRM! Semoga keadilan dapat ditegakkan.

Foto: ROHAIZAT MD DARUS/THE STAR.
Tragedi yang telah berlaku walaupun menyedihkan, namun berjaya membuka mata banyak pihak tentang kehadiran ramai pengawal keselamatan warga asing yang tidak layak bekerja di negara kita. Penyelewengan oleh pihak syarikat keselamatan dan isu mykad palsu turut diselongkar, dan pemantauan yang giat mula dijalankan bagi membanteras penyelewengan ini.

Moga kejadian yang sama tidak berulang lagi pada masa depan. InshaALLAH.


Tweet dari Ketua Polis Negara
Kenit je...

Berita penuh:

PETALING JAYA: Polis berjaya menahan suspek yang terlibat dalam kes menembak mati seorang pengurus operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan Ops Cantas Bukit Aman berjaya menahan lelaki berkenaan di Johor Baru awal pagi Ahad.
Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank itu ketika merompak cawangan bank berkenaan dalam kejadian di Jalan USJ 2, Subang Jaya, Selangor.
Pengawal keselamatan itu yang sebenarnya bertugas di bank lain, hadir bertugas di Ambank cawangan berkenaan bagi menggantikan orang lain yang tidak datang bekerja.
Suspek berjaya melarikan wang berjumlah RM450,000 dengan menaiki sebuah motosikal.
Polis telah menahan tujuh individu termasuk saudara serta rakan suspek pengawal keselamatan berkenaan. [sumber]

3 comments:

MalizaMah said...

syukur alhamdullilah sudah berjaya ditangkap...

MalizaMah said...

follow here... 201 ....

Aina said...

Terima kasih leeza)