Keajaiban pada kematian Hero - si kucing bertuah

Hari ini Papa Hero keluar TV9 - Nasi Lemak Kopi O. Hari ini PH buka rahsia bahawa saat Hero disemadikan pada jam 12 tengah malam, badan dan anggota badan semua masih lembut seperti kucing hidup. Ini diakui juga oleh doktor yang merawat Hero. Sedangkan Hero meninggal lebih kurang 730 pagi... Maha suci Allah, Tuhan yang menghidupkan dan mematikan makluk-Nya. DIA juga berkuasa atas tiap sesuatu.

Papa Hero berkongsi cerita bersama Luq dan FBI
Air mata Papa Hero...
 Hero hilang dua kaki semasa berusia beberapa bulan akibat kekejaman manusia. Sejak ditemui dalam keadaan sengsara akibat dipotong kakinya, insan mulia bernama Hairey Yahya yang lebih dikenali sebagai Papa Hero merawatnya dan menjaga selama 8 tahun. Kisah hero tersebar luas dan menjadi inspirasi kepada kita supaya lebih menyayangi dan mencintai haiwan. Mereka juga makluk Allah dan punya hak hidup bahagia di bumi ini sama seperti manusia. Kasih sayang di antara Hero dan tuannya sangat mengagumkan dan semoga Allah membalas pengorbanan Hairey dengan pahala berlipat ganda.

Kata Papa Hero mengakhiri bual bicara dalam NLKO tadi, biarpun Hero telah pergi selamanya, dia berharap seribu hero lagi akan datang padanya. Moga kecintaannya dalam menjaga haiwan terbiar terutama kucing terus bersemi walaupun Hero kucing kesayanganya sudah tiada. Kisah hero dan gambar-gambar kenangan boleh dilihat di Facebook Kakimotong atau blog Papa Hero.

Dalam kenangan



0 comments: