Villa Nabila: Budak 'kena sorok' dah jumpa pun

Berita terikini tak rasmi - Dah jumpa pun.

Apapun tunggu laporan rasmi dari pihak polis ye...


Kemain lagi sensasi berita remaja hilang di Villa Nabila.

Villa Nabila: Hanya seorang gagal pulang
Peristiwa pelik ini dikaitkan dengan fenomena paranormal di kediaman dikenali Villa Nabila.

Ia sudah menjadi viral di laman sosial dalam pelbagai versi, sekali gus mengundang rasa ingin tahu dalam kalangan penduduk sekitar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, bagaimanapun, menafikan dakwaan kehilangan sekumpulan remaja berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 39 tahun dari Majidee, di sini, yang mengatakan anaknya gagal pulang ke rumah, sejak Sabtu lalu.

Menurutnya, pengadu itu menyatakan pada Sabtu lalu, jam 3.30 petang, anak lelakinya, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, keluar bersama rakan ke bandar raya ini.

Kemain ramai orang menyerbu Danga Bay.

Rupa-rupanya, budak Izzat tu 'menyorok' kat lain...

Lain kali hati-hati menyebar berita.

Lain kali jangan mudah terpedaya.

Walaupun faktanya, makhluk halus itu benar-benar wujud. Tapi tak sesuka hati hendak menyorok orang. Gelak dalam hati.
Pengasas Pusat Rawatan Islam At Tobibi Nilai, Datuk Shamsuri Shafie berkata, mangsa berkemungkinan disembunyikan makhluk halus yang menghuni villa itu.

“Kebiasaannya rumah yang sudah lama ditinggalkan akan dihuni jin dan syaitan. Sekiranya benar mangsa pernah memasuki villa tersebut, tidak mustahil dia kini disorokkan makhluk ghaib.

“Mangsa tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi dia boleh melihat orang di sekelilingnya. Kita kena percaya benda ini boleh berlaku kerana kewujudan alam ghaib sememangnya sudah dijelaskan al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. [berita penuh]



Mazidul melaporkan:
Jika ingin menghasilkan laporan lebih tepat, molek jika wartawan atau pelapor media sosial berada di lokasi, bukan hanya sekadar meraih maklumat tidak sahih melalui laman sosial.

Kisah sebenarnya di http://www.mazidulakmal.com

Yang 'menarik'nya, tindakan remaja memasuki Villa Nabila dikaitkan dengan rasa hendak tahu selepas menonton filem Highland Tower.

???

1 comments:

Anonymous said...

Haha selalu klu tempat2 tinggal mcm ni mesti budak2 suka nak eksplore