Kenapa ibu tak jemput?

السلام عليكم
Sedang duduk-duduk depan laptop dan mengadap tv tetiba terdengar suara Salahuddin memberi salam di luar rumah.

"Aik, belum pun pukul 10 pagi dah balik?"

Rupa-rupanya tadika dia takde air. Minggu ni kerap juga bekalan elektrik terputus. Bila jadi macam tu susah juga nak belajar. Mungkin sebab itu waktu persekolahan ditamatkan lebih awal.

"Ibu, tadi cikgu telefon suruh ibu jemput. Kenapa ibu tak angkat?" Beritahu Salahuddin.

Eh, takde pulak 'miskol' atau bunyi telefon berdering. Jadi, taklah saya menunggu dia di bawah. Makanya dia balik sendiri ke rumah di tingkat 10.

"Kenapa ibu tak jemput? Ooo supaya ibu nak buat kerja dan mengadap tv yer?"

Amboi, anak Aku!!! Mengata ibunya nampak... Huhuhu

"Ibu, cikgu cakap hari Isnin cuti!" Katanya lagi. Hemmm...Iyolah :D

PEACE! Addin dan Adik:)



0 comments: