Alkisah Teksi: Pemandu VS masa


السلام عليكم 

Kalau kita nak naik teksi kena tanya dulu sama ada pemandu teksi tersebut nak bawa kita atau tak nak ambil kita sebagai penumpangnya.Kalau setuju boleh naik. Kalau tak, teksi jalan dan kita pun babai!

Situasi 1

Saya menahan teksi di AU3 pada hari Jumaat, pada waktu hampir 12 tengah hari untuk ke Jalan Tun Razak. 

"Maaf ye, saya tak pergi jauh. Sekejap lagi saya nak ambil anak dari sekolah" Beritahunya. 

Saya ok je, sebab dia beritahu dengan elok, minta maaf dan senyum. 

Emmm... Sebenarnya saya tak berapa ok. Sedih dan kecewa. Kalau dah tahu nak ambil anak  dekat sekolah, kenapa berhenti? Mungkin dia fikir saya nak pergi dekat-dekat aja kot. Huhu...saya pujuk hati sendiri.


Situasi 2

Setiap hujung minggu saya menghantar anak berlatih bolasepak di Akademi Bola AU2. Dalam jam 615-630 saya akan ambil teksi menjemput mereka. Sambil menunggu jam 6, saya sempat shopping barang dapur di Jusco. Pada hari kejadian saya membimbit plastik beg yang agak berat menuju sebuah teksi. Saya katakan untuk pergi ke AU3(rumah). Selepas meletak barang di bonet, saya masuk teksi dan memberitahu sama ada boleh pergi menjemput anak di AU2 dahulu sebelum pusing ke AU3. Pemandu terkejut dan memberitahu...

"Kenapa tak cakap awal? Minta maaf saya tak boleh pergi sana. Saya nak cepat ni" Saya terkedu.

"Saya ingat boleh.." Jawab saya perlahan lalu turun untuk mengambil semula barang yang sudah dimasukkan ke bonet. 

Pemandu itu juga turun untuk membantu mengeluarkan barang-barang dari bonet teksi.

"Minta maaf. Saya nak cepat...tadi tak bagitahu awal" Ulangnya lagi. 

Saya tahu, dalam situasi ini saya yang bersalah sebab tak beritahu dengan lanjut kemana saya hendak pergi.  Naifnya saya kerana berfikir pemandu teksi semua baik hati akan menerima permintaan saya seperti sebelum ini. Tak semua orang akan kasihan dengan perempuan yang bawa barang banyak. Itu bukan alasan untuk mereka merendahkan prinsip mereka kot. 

Rasa panas tiba-tiba menyirap ke muka. Tebal jugalah muka sebab ada orang awam lain di situ. Dahlah barang banyak. Malu...malu sebab kena 'halau' turun dari teksi!

Situasi 3

Macam situasi di atas, saya ambil teksi dari Jusco untuk balik rumah di AU3, tapi kena pergi ambil anak dulu di AU2. Pemandu teksi setuju ke sana, tetapi setibanya di sana kebetulan anak-anak belum keluar padang.

"Boleh tunggu sekejap tak?" Tanya saya. Saya juga tidak menyangka para pemain masih di padang mendengar taklimat akhir jurulatih sebelum balik.

"Saya tak boleh lama ni. Saya ada hal ni." Keluh pemandu teksi tersebut. 

"Saya tunggu 5 minit bolehlah. Saya dah lambat ni" Ulangnya lagi.

Sekali lagi saya serba salah. Tak tahu nak kata apa. Kalau ye pun dia terpaksa menunggu, meternya tetap berjalan. Apa ade hal? Saya bayar! 

Dalam 5 minit, anak-anak dah masuk teksi. Juruatih mereka yang baik hati kalau sedar yang saya sudah sampai dengan teksi mereka akan membenarkan anak-anak keluar padang lebih awal. Kasihan teksi menunggu dan meter berjalan katanya.

Dalam perjalanan balik, sempat juga pemandu teksi membebel yang dia dah lambat. Cuma saya tertanya, kalau dah lambat, nak cepat balik sangat kenapa nak ambil penumpang lagi? Balik sahajalah terus!

Kesimpulan

Sejak itu saya akan pastikan beberapa perkara sebelum naik teksi. Adakah pemandu setuju nak pergi ke tempat yang saya nak pergi dan tanya sama ada boleh menunggu jika terpaksa. Jika pada hari mengambil anak di padang bola, saya menunggu hingga jam betul-betul hampir 6.30 baru saya mengambil teksi. Kalau boleh mengelak, saya akan 'memilih' teksi dan pemandunya supaya mendapat pemandu yang betul-betul berhemah, mesra dan tidak 'cengil' dengan pelanggan. Tapi, siapa tahu? 

Kenapa saya tak menjawab? Ya, saya malas nak 'bergaduh' sebab mereka ni kelompok 'pakcik-pakcik'. Tambahan saya selalu guna teksi area situ. 

1 comments:

shinobi_haziq said...

kalau bagi sy la...,time emergency je sy akan amik teksi sbb kbanyakan driver teksi kat malaysia ni cukup biadap...sabo yek cik akk...?