Agrhhh...bosannya!

السلام عليكم

Anak-anak saya tidak sehat. Nasib baik tidak serentak kesemuanya demam. Mula-mula Addin, sehingga terpaksa 2 hari dia tidak bersekolah. Hari ini abangnya Almustofa pula. Maka, duduklah dia sendirian di rumah kala adik beradik yang lain bersekolah.

"Argh, bosannya ibu!" Keluh Almustofa. Kebetulan adik bongsu balik ke kampung. Langsung dia tiada kawan nak bermain.

"Ada banyak benda awak boleh buat. Macam-macam kerja ada. Baca buku pun boleh."Jawab saya.

"Tapi, jangan fikir nak bermain game!" Sambung saya lagi hingga mengundang kemarahannya. 

Sekilas ikan di air, ibu sudah tahu apa mahunya. Saya tanyakan lagi sama ada kerja sekolah sudah disiapkan belum. Almustofa menggeleng kepala. Huh, ada hati nak main-main tu!


Bosan/Boring
Kanak-kanak juga tahu apa itu bosan. 

  • Kalau tiada kawan bermain dan rasa tidak seronok itu membosankan. 
  • Kalau melakukan kerja yang tidak disukai, malah dalam keadaan terpaksa itu juga membosankan.
  • Belajar dengan keadaan yang serius tanpa diselangi rehat/aktiviti hiburan, itu juga membosankan mereka.



Dan banyak lagilah contoh-contoh situasi yang akan menjengkelkan kita sebagai ibu bapa, lebih-lebih jika pada saat itu kita pula 'tak ada kuasa' nak melayan kerenah mereka. 

Masakan tidak???



"Anak, hidup kita ni bukan hanya untuk beseronok dan bersukaria. Banyak tanggungjawab yang kita kena laksanakan. Masa bermain kita main. Masa belajar kita belajar"

Betul, kita harus bekalkan anak-anak dengan situasi belajar yang mampu menarik minat mereka supaya tidak menjemukan. Jangan habiskan masa belajar secara berterusan berjam-jam sampai mereka menjadi jemu. Selangi dengan aktiviti menghiburkan. Belajar sambil bermain atau bermain sambil belajar ialah satu teknik kreatif yang boleh difikirkan oleh ibubapa yang prihatin.

"Anak, jangan asyik berseronok dengan game, tv dan sebagainya. Dalam hidup ini, kita harus bersyukur kerana sekurang-kurangnya awak ada peluang menggunakan komputer, dapat tengok kartun dekat tv walaupun kita tak ada Astro."

Baru-baru ini saya menaiki teksi seorang kakak. Seronok betul saya kalau dapat berjumpa dengan pemandu teksi wanita. Lebih seronok jika dapat berbual mesra walaupun hanya dalam 5 minit perjalanan.

"Hari tu saya bawa budak 3/4 orang budak ke cyber cafe. Mereka berkongsi duit untuk ke sana. Entah mak bapaknya tahu ke tak aktiviti anak-anak." Cerita beliau. Kanak-kanak dalam lingkungan sebaya anak-anak saya tersebut dianggapnya sewenang-wenang merayau di luar rumah mencari hiburan. Mungkin rumah mereka tiada komputer, fikir saya.

Budak kecil manalah tahu tanggungjawab memikul amanah dan tanggungjawab sepertimana org dewasa. Kebanyakan hanya tahu nak 'enjoy' sahaja. Terpulang pada kita sebagai orang dewasa memberitahu mana yang baik dan kurang baik. Mana yang perlu didahulukan dan mana yang mesti dilakukan kemudian. 

"Bosannya, rugi tak bawa laptop dan tab!" Keluh anak saudara saya semasa berkunjung ke rumah pada cuti sekolah yang lepas. Mereka datang ada hari Jumaat, iaitu waktu hari bekerja. Maka, pc dan komputer yang ada di rumah adalah di gunakan oleh suami dan saya melakukan kerja. Kira-kiranya ia adalah waktu 'office hour' kami. Masa terluang anak-anak dan sepupunya itu dihabiskan dengan menonton tv yang kartunnya tidak semenggah channel kartun di Astro. 

Saya sedar rumah kami tidak segah keperluan di rumahnya. Serba serbi lengkap. Bukan kami tidak mampu menyediakan, tetapi memang tiada keperluan untuk Astro bertapak di rumah ini lantaran sudah cukup dengan kemudahan komputer dan Internet untuk anak-anak belajar/bermain. Astro hanya suatu kehendak yang mampu mengundang pembaziran masa bagi saya dan anak-anak. Kenapa? Kerana kami ni memang 'hantu' jadi elok dielakkan untuk kebaikan bersama. Masing-masing tahu kelemahan/kelebihan masing-masing. Jadi terpulang masing-masing memilih jalan yang terbaik.

Saya memberitahu nasihat yang sama kepada anak saudara. Dia diam dengan menunjukkan 'muka seposen'. Akhirnya, kesemua mereka membuat keputusan untuk bermain 'sorok-sorok' di dalam rumah. Tidak berapa lama...

"Wei, jangan menyorok dalam almari!"

"Jangan menyorok belakang ampaian baju!"

Berapa banyak perkataan 'jangan' telah saya gunakan. Antara peraturan kepada ibubapa dalam mendidik anak ialah jangan terlalu banyak menggunakan perkataan 'jangan' dengan anak-anak. Aduhai...Saya cepat-cepat menyiapkan kerja dan memberikan peluang kepada mereka menggunakan laptop untuk bermain game. Selamat almari baju Aku!

3 comments:

nonie said...

huhu agree... akan keluar perkataan bosan dari mulut anak2 kalau tak dapat main ipad, hp & sewaktu dengannya... maka di cadangkan utk main benda2 lain macam kita masa kecik2 dulu... sudahnya rumah jadi gegak-gempita dgn gelak ketawa derang... nak bagi main kat luar tak selamat... pastu kita pun stress & minta derang senyap sket... nak senyap, kena bagi ipad @ bukak astro la baru blh duduk senyap2 (kecuali kalau ada adegan rebut-merebut)... haish, mana budak2 tak konpius, dah maknya pun konpius huhu...

Sya_Merpati Putih 88 said...

semoga anak-anak kak aina cepa sembuh ye..
dah lama tak baca perkembangan kak aina..semoga kak aina sihat sentiasa...:)

kanak2 mmg kadang2 cepat bosan..dan suka main game atau bermain dgn kawan2 mcm main bola etc...

Aina said...

nonie,
gegak gempita dgn gelak ketawa ok. tapi kalau gegak gempita sebab bergaduh, aduh tension ibu nya! masing-masing tu tak boleh kalau.

Sya,
Terima kasih. Akak sekeluarga sehat walafiat. Alhamdulillah:)