Showing posts with label Cahayamataku. Show all posts
Showing posts with label Cahayamataku. Show all posts

Kita seiras ibu atau ayah kita?

SAYA memberitahu anak-anak saya, bahawa mak njang mereka bakal mendapat baby. Sebab itu dia nampak 'gemuk', kerana ada baby dalam perutnya. Mereka nampak teruja mendengarnya. Anak lelaki saya itu berumur 10 dan 8 tahun.

"Mari kita bayangkan" kata si adik. Abangnya tersenyum.

"Bayangkan apa?" saya yang berada tidak jauh dari mereka bertanya.

"Bayangkan anaknya nanti ikut muka mak njang atau pak njang." Jawab si adik.

"Ya betul tu. Rasanya kalau lelaki mesti ikut muka pak njang..."jawab si abang. Mereka berdua ketawa. 

Itu pendapat mereka berdua. Saya langsung menerangkan.

"Tak semestinya. Contoh awak berdua. Ikut muka ibu atau abah?" tanya saya.

Keduanya mengatakan muka mereka ikut saya. 

"Betul ke?Kalau Abang tengok muka adik ni, agak-agak ikut siapa?" saya bertanya kepada abangnya.

"Muka abah!" Jawabnya. Si adik tersenyum. Saya menyambung penerangan.

"Tak semestinya muka sebijik macam ibu atau abah. Mungkin iras-iras sahaja. Kalau serupa, maknanya kita kembarlah!" Kata saya. Mereka berdua gelak.

Anak lelaki tahu buat kerja rumah

Alhamdulillah...

Seronok saya sebab anak-anak saya sudah tahu macam mana nak tolong buat kerja rumah. Mereka dah reti mengemas, basuh kasut sekolah, sapu sampah, mop lantai dan jemur baju.

Kira oklah tu. Bab membasuh pinggan belum disuruh lagi. Tapi setiap pinggan makan masing-masing wajib hantar ke sinki, dan sisa buang dalam plastik sampah. Bukan mereka tak reti nak basuh, cuma saya yang tak beri izin lagi sebab takut berkencah dapur. Kalau memasak dan menggosok baju, saya takut nanti melecur tangan pula. Kesimpulannya yang merbahaya belum lagi dapat lesen walaupun yang besar tu dah sibuk nak buat itu ini.

Dengan seronoknya saya bercerita dengan adik. Almaklumlah anak-anak saya semua lelaki. Jadi terujalah sedikit. Kalau anak perempuan, tu memang dah fitrah kut si perempuan akan pandai buat kerja rumah. Tinggal lagi rajin atau malas sahaja.

Ingatkan adik saya sama teruja. Jawapannya menyedihkan hati ini...

"Hemm eloklah tu. Anak awak rajin, banyak berehatlah awak. Makin gemuklah..."

Ihiks...hiks..betul kut kata adik saya tu. Patut bila timbang berat, jarumnya makin ke kanan. Mesti penimbang dah rosak!

[Gambar] LOL

Saya nak kensel

Sebulan ni rasa duit macam mengalir deras dari biasa...

Bila saya semak semula surat tadika anak saya yang meminta duit rm50 untuk hari graduasinya, baru saya perasan tarikhnya sama dengan hari ujian diagnostik kemasukan ke darjah 1. Masa pun sama.

"Yahoo... tak payah bayar!" Punyalah saya suka giler sebab tak payah bayar rm50. Duit tu boleh digunakan untuk beli hadiah untuk dia sebab dapat nombor 1. Itu rancangan saya. 

Elok-elok saya plan, dia balik sekolah bawa surat lagi. Aduh, lagi lagi surat! Surat amenda lagi ni???

'Hari Penyampaian Hadiah ditukar kepada hari Jumaat malam pukul 7 hingga 11 malam'

Berderai rancangan yang saya atur dalam kepada. Hiks...hiks..

"
"
"
"
"
"
Jeng...jeng...jeng...

Duit mengalir macam air

November - bulan terakhir persekolahan sebelum mula cuti panjang. Horey!!!

Tapi sebelum horey  horey, saya nak menjerit dulu...
Arghhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Aghhhhhh!!!!!!!!!

Hari tu Salahuddin bawa balik surat dari tadika dia...
"Ibu, cikgu bagi surat"
"Ooo tidakkk...ni mesti nak duit untuk sesi bergambar, kan?"
"Eh macam mana ibu tahu"
Mestilah ibu tahu. Abang-abang kau dulu macam itulah juga.

Beberapa hari kemudian...Salahuddin:

Wordless Wednesday: Miss him very very much! (Adik balik kampung)


Tiada air, tak sekolah...

السلام عليكم

Walaupun sudah dimaklumkan oleh Salahuddin esok tadikanya cuti sebab tiada air, saya hubungi juga pihak tadika untuk comfirm. 

"Sebab sudah dimaklum kepada semua parents maka esok cuti sehari. Selasa sekolah seperti biasa" Beritahu pihak sekolah pada saya.

Beberapa hari lepas sepertimana sedia maklum paip pecah di Gombak yang menyebabkan bekalan air terputus di kebanyakkan tempat di KL dan sebahagian Wilayah Gombak. Salah satu kawasan terlibat termasukkan sekolah tadika Salahuddin. Rasanya masalah tersebut sudah pun diselesaikan.

"Ibu, apa kaitan air dengan sekolah? Kenapa kena cuti pulak" Tanya Luqman.

Kenapa ibu tak jemput?

السلام عليكم
Sedang duduk-duduk depan laptop dan mengadap tv tetiba terdengar suara Salahuddin memberi salam di luar rumah.

"Aik, belum pun pukul 10 pagi dah balik?"

Rupa-rupanya tadika dia takde air. Minggu ni kerap juga bekalan elektrik terputus. Bila jadi macam tu susah juga nak belajar. Mungkin sebab itu waktu persekolahan ditamatkan lebih awal.

"Ibu, tadi cikgu telefon suruh ibu jemput. Kenapa ibu tak angkat?" Beritahu Salahuddin.

Puzzle of Love







Entah dari mana datangnya idea hero yang seorang ni. Suatu hari tika balik sekolah, dimintanya ibu 'meneka' apa yang ditulis pada keratan kertas yang dipotong-potong kecil. Maka ibu pun excited menyusun puzzle...

Haha...kelakar pun ada. Dalam keterujaan dia untuk menyatakan 'perasaan' kepada ibu ini, dia terhilangkan 2 abjad.

Keesokan  harinya dia bawa pulang dari sekolah lagi. Kali ini ayat lengkap!

Ingatkan itu yang terakhir. Esok dia balik dengan puzzle ciptaannya lagi. 

"Ibu, cuba teka. Kalau ibu teka betul, Almustofa ada hadiah untuk ibu. Hari ini Almustofa tahan lapar sebab nak beli hadiah untuk ibu." Menyirap darah ibu bila dia kata dia berlapar. Antara rasa terharu dan marah, perbuatan itu sepatutnya dia tak lakukan.

Aktiviti sushi mushi :XD

Starter kit for sushi maker

Anak nak sambut Hari Guru, ibu pening kepala

"Ibu esok sambut hari guru"

"Ibu nanti kena bawak hadiah"

"Ibu ustazah cakap, kena bawak juadah jugak"

Adoi....pening kepala ibu. Anak-anak yang nak menyambut Hari Guru, ibu yang pening kepala untuk sediakan semua yang diminta. Bukan setakat di sekolah kebangsaan, sekolah agama KAFA juga akan menyambut Hari Guru.

Zaman ibu di bangku sekolah dahulu, sambutan Hari Guru tak de pulak nak bagi cikgu hadiah. Sekadar melihat cikgu-cikgu bergembira beramai-ramai bersukaneka dan melakukan aktiviti indoor seperti berbalas pantun dengan murid-murid. Tambahan pula, duit belanja pun cukup-cukup untuk makan aje. 

Memandangkan esok nak sambut, malam ini baru nak beritahu kena bawak juadah memang peninglah nak fikir apa nak masak untuk anak bawak ke sekolah esok.

"boleh bawak apa-apa ajer..."kata Luqman. 

Amboi senang aje dia bercakap. Kalau sekali petik, turun hidangan dari langit orait ler jugak. 

"Ibu, esok nak bawak hadiah apa?" tanya Almustofa pulak.

"Tak payah bawak apa-apa. Cukuplah sekadar bagi ucapan aje." jawab saya.

"mmmm tak naklah!" terus muncung...Cikgu bukan mintak hadiah pun, deme je yang lebih-lebih.

Alahai, anak-anak punya hal ibu dah naik pening ni. Sila bentang tilam ibu nak pengsan jap.

SELAMAT HARI GURU!

Suke?




Kami bukan kembar

Luqman (kanan) adalah abang kepada Almustofa. Dia anak sulung Kak Aina. Beza usia mereka ialah 2 tahun. Almustofa baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-7 pada 10 Mei lalu..

Kebelakangan ini, akak sering diaju dengan pertanyaan "kembar ke anak akak ni?" Bukan seorang dua yang bertanya pulak tu... 

"Taklah yang ini abang" jawab akak sambil merujuk kepada Luqman.

"Ooooo yeke" jawab mereka atau paling tidak hanya tersenyum.

"gap 2 tahun ni" terang akak lagi kerana memahami kekeliruan mereka.

Semakin membesar, ketinggian dua beradik ini lebih kurang sama. Jadi tidak hairan orang melihat mereka seperti kembar. Kembar tidak seiras. Mungkin faktor usia yang rapat, kebanyakan adik beradik dilihat seperti itu sehingga ada yang terkeliru melihat adik seperti abang atau kakak dan sebaliknya. 

Hari jadi siapa ibu?

Alhamdulillah dah 7 tahun usia Almustofa. Sempat juga lewat petang tadi belikan kek untuk dia. Semuanya tidak dirancang pun. Cakap-cakap dengan abahnya dan dia setuju pulak. Terus ibu capai tudung biru untuk ke Jusco. Dalam kemalasan dan ditambah hujan renyai-renyai, gagahkan kaki melangkah...

"kesian pulak anak kalau tak de kek."Getus sang hati. 

Padahal Almustofa sendiri pun tidak tahu hari ini ialah hari kelahirannya. Semuanya rahsia. Pesan pada suami, jangan bagitahu pada anak-anak. Mana tahu yang dicari tiada, nanti menangis pula demenya.

Syukur akhirnya urusan selesai. Usai Maghrib, suami bertugas buat pengumuman. Bila kek dibuka, terus mereka bertanya...

"hari jadi siapa ibu?" 

Sorang ke sorang bertanya. Abahnya tolong eksplen untuk ibu yang sibuk menyediakan meja...

Ciskek, fevret abahnyer..

Rindu dia

Gelagat Alfatih yang dimms oleh chu untuk tatapan ibu.....
Sudah hampir 3 minggu Adik di Jengka....Huk..hukk..

Teka teki, teka tekuk

Makan laksa , berulam biskut marie

Gigit biskut

Suap laksa dengan tangan jer..


p/s 
Laparnye anak ibu.....padahal dah makan nasi sebelum ke sekolah petang tadi :D

Lagi ibu kena tinggal dek anak-anaknya..


Anak-anak akak meninggalkan KL sudah untuk balik ke kampung halaman di Pahang...

Insha Allah Jumaat nanti ibu dan abah menyusul pulak.

Sangat bosan sebab tiada geng ber'gaduh' dengan ibu.

Anak-anak, jaga diri semua baik-baik ok :)

Wordless Wednesday: Main kuda-kuda

All the best

Bermula hari ini anak-anak menghadapi peperiksaan di sekolah. Macam biasa, akak akan meleter mereka untuk study sikit-sikit supaya mudah menjawab kertas soalan esok. Meleter orang bukan suatu perkara yang susah. Cakap aje apa yang patut dan kesudahannya pendengar akan muak. Apa yang didengar masuk di telingan kanan akan keluar melalui telinga kiri.

Memandangkan usia anak yang semakin membesar dan pemikiran mereka juga semakin matang, cara dan pendekatan meleter itu seakan satu hal yang mengjengkelkan sama apabila kita yang dewasa bosan mendengar orang meleteri kita. Mungkin usia muda ini tidak dapat dibalas dengan pemberontakan fizikal jadi, pencegahan awal diperlukan supaya anak tidak membentak ibubapa kerana bosan dileteri. Setiap arahan kepada anak tidak sewenangnya keluar di telinga kiri tetapi mengalir terus ke sanubari mereka....

Kali ini akak suruh Luqman tuliskan kata-kata motivasi dan keinginannya di dalam sekeping nota berwarna kuning. Dengan mengunakan pen berwarna warni dia menitipkan kata semangat untuk diri sendiri dan kemudian ditampalkan di dalam bilik tidurnya. Ini supaya setiap kali masuk dan keluar bilik dia boleh nampak dan membaca apa yang dia tulis tanpa ibu memberitahu setiap masa. Jadi, tak payahlah ibu nak cakap lagi banyak kali (berleter)..

SAYA INGIN BERJAYA

SAYA AKAN DENGAR CIKGU CAKAP

SAYA SUKA MAIN BOLA

SAYA SOLAT 5 WAKTU

LONDON

Itu di antara ayat dan perkataan yang dia tulis untuk dirinya. Setiap hari ibu hanya perlu mengingatkan kembali apa yang dia tulis. Mudah kan?

Hahaha sekarang ni Kak Aina nak bertukar menjadi pakar motivasi pulak. Semoga ada perubahan positif dalam diri anakku!

Insha Allah:)

KAK AINA:  Hari tu, dah penat membebel kat sini.

Main bola









Bagi sesiapa yang berminat boleh menghubungi jurulatih berikut. Pengambilan pelatih ialah bagi yang berumur 15 tahun ke bawah dan untuk pengetahuan Akademi Bolasepak AU2 ini berdaftar dengan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

KAK AINA: tak semua kanak-kanak berpeluang bermain bola. Mari memberi sumbangan kepada projek free balls. MAKLUMAT LANJUT.