Letak anak di dalam mesin basuh

sumber
السلام عليكم

Mesih basuh atau washing mechine ialah untuk membasuh baju. Masukkan baju kotor kita ke dalam mesin, switch on dan berpusinglah ia sampai siap. Harap bersihlah baju yang di basuh secara mesin tersebut.

Letak anak di dalam kesin basuh??? 

Masuk anak kita ke dalamnya supaya kita tidak perlu mandikan ia di bilik mandi??? Ya ampun!!! Sebenarnya begini...
Foto Google imej

Anak tersebut dimasukkan ke dalam mesin basuh seumpama dia berada di dalam baby cot atau walker.  



Saya pernah dinasihatkan oleh seorang kakak semasa bujang trang tang tang dahulu.

"Esok kalau kau dah ada anak, tolonglah jangan letak dalam mesin basuh. Bahaya..." 

Alkisahnya beliau menziarah ke rumah salah seorang kenalan rapat kami. Kakak ini terperanjat besar melihat kawan kami itu meletakkan anaknya yang berusia setahun di dalam mesin basuh tatkala dia sedang memasak.

"Kalau yepun nak mudah, letaklah dalam baby cot..." Keluh kakak itu lagi. Saya hanya mengangguk mendengar nasihatnya...

Sepanjang beranak 4 ini, tidak pernah walau sekali saya meletak anak-anak saya di dalam mesin basuh. Begitupun juga saya tidak mempunyai baby cot atau walker untuk anak-anak. Seandainya anak di dalam mesin dan dibuatnya suis mesin dalam keadaan on, anak tersalah tekan dan mesih berpusing, tak ke bahaya nanti?

Berita ini boleh kita ambil iktibar. Walaupun bukan salah ibunya meletakkan anak di dalam mesih basuh, kisah tersebut boleh kita jadi panduan untuk lebih berhati-hati dengan keselamatan anak-anak semasa di rumah.


TELUK INTAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mengalami saat cemas apabila kaki kirinya tersangkut pada sebuah mesin basuh semi automatik hampir 40 minit di rumahnya di Kampung Bahagia di sini semalam.
Kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu berlaku selepas mesin yang tidak lagi digunakan itu tiba-tiba tumbang selepas Sharul Muhammad Syammil, dikatakan melompat masuk ke dalamnya.
Mangsa cedera ringan akibat kejadian itu.
Kaki anak bongsu daripada tujuh beradik itu hanya dapat dikeluarkan daripada mesin basuh terbabit dengan bantuan lima anggota bomba pada pukul 2.10 petang.
Mengimbau semula kejadian itu, ibu mangsa, Norlizah Midon, 41, berkata, sewaktu kejadian dia sedang memasak tidak jauh dari mesin basuh tersebut.

0 comments: