السلام عليكم
Walaupun saya mengelak menerima panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali, ada masa saya terima juga jika ia melibatkan kerja.
Tapi malang, hal disagka kerja rupa-rupnya bukan...
Panggilan 1:
Saya: Hello ya...
Encik Anon: Ya, boleh saya bercakap dengan Encik P?
(Saya meneka, mungkin adik saya cuba mempermainkan saya kerana suara pemanggil itu saling tak tumpah macam suara adik lelaki saya. Lalu saya ikut rentak 'permainan'nya)
Saya: Ya, kenapa ya? (Konon-konon buat tak kenal dan tukar suara jadi halus dan skema)
Encik Anon: Macam ni, saya dari Pemuda Parti XX cawangan Jengka telefon untuk membuat soal selik....
Saya: Yeke? Oooo dia tak adalah minta maaf ye...
Encik Anon: Oo tak apalah. Terima kasih.
Pemanggil meletak telefon. Panggilan tersebut berlaku pada hari Sabtu petang sebab itu saya ingat adik saya sedang mengolok-olok mainkan saya. Selepas dia mematikan panggilannya baru saya terfikir, "Betul ke adik aku?"
Persoalannya, siapa pulak wakil Parti XX yang telefon nak buat survey. Oleh kerana cawangan Jengka, maknanya mungkin pihak tersebut dapat nombor telefon dari sesiapa di kampung. Pelik juga kerana dalam famili suami saya tiada yang mewakili Parti XX dan mustahil dapat nombor tersebut dari ahli keluarga. Kawan? Lagi mustahil...Bila ditanyakan pada suami, dia kata tak pernah pula bagi nombor atau mendaftar sebagai ahli parti politik tersebut. Adik saya juga menidakkan panggilan tersebut daripadanya setelah ditanya. Pelik, mana mereka dapat nombor telefon?
Panggilan 2:
Sudah 2 kali panggilan dari nombor tanpa nama tersebut saya abaikan. Bimbang terkena hal serupa. Orang nak buat survey, nak promote kad kredit, dll. Bila telefonnya berbunyi, saya tanyakan pada suami sama ada dia mahu menjawab. Memandangkan nombor tersebut adalah dari telefon bimbit, maka dia menerimanya.
Cik Anon: Saya dari XXX. Saya nak buat soal selidik tentang ^#$%^&**/)_+...
Encik suami: Untuk apa? Mana awak dapat nombor telefon saya ni?
Cik Anon teragak-agak nak menjawab. Macam tak tahu jawapan apa nak bagi.
Encik suami: Saya tanya awak dapat mana nombor saya ni? Dah pulak tu kenapa telefon hujung minggu? Kenapa tak call masa hari bekerja?
Cik Anon agaknya terkedu sebab diasak dengan pertanyaan demi pertanyaan. Suara suami saya pun dah agak meninggi. Dia tak marah, cuma geram.
Encik suami: Nak jawab ke tak ni? Kalau tak nak jawab, tak apalah. Saya pun tak nak jawab soalan-soalan awak.
Cik Anon mengalah. Dia minta maaf kerana mengganggu dan memutuskan talian. Saya ketawa gelihati. Kasihan budak perempuan yang dapat tugasan macam tu. Tapi, dari mana dia/syarikat yang dia bekerja dapat nombor telefon suami saya?
Panggilan 3:
Kali ini talian rumah menjadi mangsa. Luqman mengangkat telefon. Biasanya abah atau adik saya sahaja yang suka menefon di talian rumah. Jam waktu itu pukul 8 lebih malam. Waktu hari bekerja.
Luqman: Assalamualaikum, itu siapa?
Saya biarkan seketika dia berbual dengan pemanggil yang saya kira ialah abah saya. Saya mendengar perbualan mereka dari jauh.
Luqman: Apa abah? Nak cakap dengan siapa?
Lain macam isi perbualannya saya ambil ganggang telefon.
Cik Anon: Macam ni kak, saya dari syarikat XXX nak buat survey tentang pangung wayang. Kami perlukan responden seorang lelaki untuk menjawab soalan ini. Boleh tak suami akak menjawab beberapa soalan?
Suami yang sedang syok menonton berita TV3 tak mahu diganggu. Lebih-lebih dari orang nak buat kajian pelbagai.
Saya: Minta maaflah ye dik, suami akak tak nak jawab soal selidik ni.
Perbualan tamat. Mana dia dapat nombor rumah kami? Mmm..kesian budak perempuan tu sampai malam kena buat kerja telefon orang.
Dalam menerima panggilan-panggilan yang tidak dikenali, kita harus berani mempertahankan kerahsiaan maklumat diri dari diberitahu sewenang-wenangnya kepada pemanggil walaupun dikatakan dia dari bank, polis, dll. Banyak kes penipuan berlaku hanya kerana tersilap mempercayai pemanggil yang seolah-olah mengenali latar belakang dan tahu maklumat diri kita. Baca pengakuan seorang pekerja syarikat penipuan kad kredit di sini.
0 comments:
Post a Comment