Alkisah: Cerita di kaki lima



السلام عليكم
Baru-baru ni saya menghantar telefon yang rosak untuk dibaiki di kedai. Kedai membaiki telefon yang terletak di Setiawangsa itu bergabung dengan kedai cermin mata. Kiranya dalam sebuah kedai ada 2 kedai. 2 in 1. Sangka saya ia telah dibuka, tetapi rupa-rupanya dibuka oleh tauke kedai cermin mata. Elok juga gabungkan kedai begitu, jimat kos sewa kedai. Fikir saya.

"You tunggu dululah. Nanti sekejap lagi dalam pukul 11 setengah dia mari". Beritahu lelaki cina tersebut. Dia yang berkemeja lengkap kelihatan berpeluh-peluh sambil menghisap rokok. Aduhai, kelemasan saya menahan asap.

"You tahu tak siapa-siapa yang mahu kerja?" Tiba-tiba lelaki cina itu memulakan bicara. Saya geleng.

"Saya sudah tak larat lah mau sapu sampah, mop lantai...berpeluh-peluh"

"Dulu saya ada pekerja. Tapi banyak masalah oooo...Yang sudah kahwin masalah rumahtangga. Yang bujang masalah dengan boyfriend. Ada satu tu, dia pergi jalan ikut jantan. Esok mari kerja pakai baju yang sama juga. Lepas tu mengantuk. Bila tanya, rupanya dia tak balik rumah tapi ikut dia punya boyfriend pergi hotel. Ada satu kali pula lagi, ada dia punya boyfriend mari sini cari, tapi dia takde ikut boyfriend yang lain. Lepas tu gaduh...."

Malu pula saya mendengar cerita apek tu. Tak tahu nak kata apa. Saya membayangkan pekerja yang diceritakan mesti seorang gadis yang sebangsa dan seagama dengan saya. Tanpa komen apa-apa saya hanya tumpu mendengar dan cakap 'ooooo'. 

Cerita di atas dipendekkan. Alkisah cerita dari kaki lima kedai. Sekurang-kurang hilang juga kebosanan saya menunggu apek baiki handphone tak sampai-sampai...





1 comments:

shinobi_haziq said...

klaka la citer kali nie akk....!sy suke sngt2....!!!hahahahaa....