Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Kucing pun selsema?

Salam...

Meh, meh, nak cerita sikit...

Tadi adik saya whatsapp tanya petua apa nak bagi kat kucing dia yang tengah batuk dan selsema. Mulanya saya gelak juga membayangkan macam manalah rupanya kucing tengah selsema. Batuk pernahlah tengok. Itupun jenis yang batuk-batuk manja sebab makan gelojoh sangat. Atau,kes tercekik tulang ikan...Serius, seumur hidup tak pernah tengok. 

Lepas ttu adik saya beriya minta petua macam mana nak tolong kucingnya yang sedang sakit tu. Apa lagi terus aja Google yang jumpa posting Namee Roslan tahun lepas punya pasal kucing dia yang juga kena selsema. Alhamdulillah memang terbaik punya tips dari Namee. 

Antara tips dari Namee yang menarik hati saya ialah dengan cara menstimkkan kucing tersebut. Macam mana kita steam  muka baby supaya hingusnya meleleh keluar, begitu juga boleh diaplikasikan kepada kucing. Cuma caranya berbeza sikit sebab dia kucing.

Nak tahu lebih lanjut masuk blog Namee kat sini.

Paling penting, kalau tak tahu nak buat macam mana, bawalah kucing jumpa pakar veterinar :)

Panduan untuk blogger baru

Antara perkara penting yang mesti diambil perhatian oleh blogger baru ialah meletakkan iklan di dalam blog. Mungkin ada blogger yang blogging bukan kerana duit. Maka mereka tidak berminat dengan iklan, dan segala yang sewaktu dengannya. Fine.

Bagi blogger yang baru belajar menulis blog, sama ada kerana suka-suka atau kerana minat tetapi dalam masa yang sama ingin juga menambah pendapatan, maka bolehlah mendaftar dengan Nuffnang dan Churp Churp. Dua brand ini umpama adik beradik. Maksudnya, kedua iklan dari brand ini boleh berada di blog kita dalam masa yang sama. No conflict of interest! Nuffnang dan Churp Churp menyediakan iklan/kampen untuk dimuatkan di dalam blog/laman sosial kita. Ganjaran yang akan kita terima berdasarkan setiap klik dan jumlah pengunjug blog. Jika ramai yang datang, maka kencanglah akaun tabung korang.

Bagi yang berminat tu, bolehlah pergi ke website Nuffnang dan Churp Churp. Yang menariknya,  Churp Churp kini telah berwajah baru setelah makeover! Si burung comel ini merupakan simbol Churp Churp.


The birdy looks purdy! 

Apa tunggu lagi, jom daftar Nuffnang dan Churp Churp.


Kepada blogger baru yang tidak berminat untuk menampal iklan diblog, apa kata ringankan tangan untuk support blogger dengan klik iklan di blog mereka. Kemudian, merajinkan diri blogwalking ke blog-blog untuk membaca tutorial, mencari follower dan mendapatkan tips-tips dan panduan lain yang berguna untuk menjadi blogger yang berjaya. Apa susah, Google sahaja.

*** Ini adalah panduan untuk blogger baru sahaja. Pemberitahuan ini secara umum dan bukan untuk manfaat blog ini sahaja. Harap maklum.

Nak berdiet mengikut jenis darah?

Wow, info menarik di blog Pn.Stoberi! Tentang diet yang sesuai mengikut jenis darah kita. 

Anda tahu jenis darah anda? Sila cucuk jari dan keluarkan darah tu, nanti anda tahulah jenisnya. No, itu salah! Anda tak boleh meng'test' sendiri. Sila buat pemeriksaan di klinik atau hospital. Lebih bagus, pergi menderma darah dan ketika itu anda akan ketahui jenis darah anda. Jenis darah kita samada A, B, AB dan O...Nak info lengkap, nanti semasa pemeriksaan silalah interview doktor, pembantu doktor, misi(nurse) atau pihak yang berkaitan okeh.

Berbalik tentang diri saya, saya jenis darah kumpulan B+. Hemm...dalam 4 orang anak saya, Luqman sahaja yang komfem darah sama jenis. Kalau tak silap, hubby pun jenis kumpulan B juga. Jadi anak-anak B lah kot semuanya. Kalau sekeluarga dah sama, senanglah nak menyediakan hidangan diet. Seperti perumpamaan, 1 saiz sesuai untuk semua orang. Hehe..

Jom baca ini dengan SERIUS. Bukan hanya untuk mereka yang NAK KURUS, tetapi juga untuk menJAGA keSIHATan.

5 Panduan untuk ke Pesta Buku PWTC

Akak nak share beberapa tips untuk mereka yang hendak berkunjung ke Pesta Buku yang masih berbaki 6 hari. Hopefully bergunalah kan;)

1- Harga makan/minum LEBIH dari biasa
"Mak aih, milo 4 ringgit???Nasi lemak 5ringgit???"

Itu adalah keluhan seorang budak sekolah sewaktu kami berbaris untuk membeli air yang dijual di dalam PWTC. Memanglah mahal dik, tengoklah tempat tu di mana kan. Pusat Dagangan Dunia Putra...Akak dahulu kejutan juga. Pertama kali baca menu di Riverside, roti canai RM4.....memang terkejut giler. Setiap kali lalu, pandang ajelah. Hanya mampu makan di gerai riverside luar jer. Kalau tak pun silalah makan di The Mall. Kalau malas nak ke TM sila bawa sendiri air dan makanan. Jimat duit anda!

Setuju?

2 - Beratur panjang dekat ATM
Oh ye, hanya ada atm CIMB. Itu yang akak jumpalah. Kunjungan sebelum ini, akak tak sempat nak keluarkan cash, jadi terpaksa beratur panjang. Rugi masa. Bagi pengguna kad kredit atau debit, tidak semua kuanter bayaran hanya terima cash, contohnya di Grup Karangkraf, kita boleh menggunakan kad untuk membuat bayaran. Mudahnya....tapi, still nak gunakan cash untuk pembelian yang sedikit.

Suka?

3 - Aktiviti MENARIK
Sila check aktiviti / jadual menarik sepanjang hari. Oleh kerana kekangan masa, kita kekadang tak cukup waktu nak terjah semua booth dan galeri buku. Untuk pengetahuan, tingkat atas pun ada booth dibuka. Seandainya kita tahu jadual dan apakah antiviti/event menarik sepanjang hari tersebut mungkin kita boleh merancang masa supaya dapat berkunjung ke semua tempat dan pada masa yang sama tidak ketinggalan mengikuti event menarik yang disediakan.

Nak check di mana jadual? mmmm entahlah, tapi anda boleh like fanpage Pesta Buku dan di sana biasanya ada sedikit info menarik untuk hari itu.Sila update diri anda selalu :)

OK?

4 - Buat BELANJAWAN sendiri

Ada yang mengeluh kerana mahu ke Book Fair 2012, tetapi ada buku yang dibeli tika Book Fair 2011/10 masih ada yang belum sempat dibaca. Kak Aina sendiri perasan, adik akak yang kaki buku itupun masih ada buku yang masih belum dibuka balutannya...Tak sempat bacalah tu.

Saat pesta begini kita sering buta mata. Nampak ada diskaun terus nak beli. Ada juga buku yang tiada diskaun yang mungkin ada boleh belinya di kedai luar. Jadi anda boleh bajet mana yang patut diberikan keutamaan. Memang betul, anda ada kemampuan membelimemborong, tetapi beli sesajapun tiada maknanya jika tidak dibaca.

Betul tak?

5 - Jika bawa ANAK KECIL
Ada sesiapa kehilangan anak di Pesta Buku????

Sebagai langkah berjaga-jaga, elok jika memberi amaran dan nasihat kepada anak-anak supaya sentiasalah bersama ibu bapa dan jangan terlepas pandang apabila berada di celahan orang ramai. Elok juga kalau anda berpakaian sedondon kan? Kalau nak cari, senang.

"Mak cik, Pak cik....saya hilang mummy/daddy saya....dia pakai baju t-shirt, sebijik macam saya pakai ni ha."

"Kak..abang...tolong telefon papa saya supaya amik saya boleh tak? nombornya 019...."

Haaa....ajar anak-anak. Ini akan memudahkan juga untuk orang lain membantu kita.

Okeylah 5 panduan ini sekadar pendapat peribadi sahaja. Anda mungkin ada pendapat lain dan kalau tak bersetuju tidak mengapa. Jika kita sependapat, moga ia berguna hendaknya.


War, warkan, boleh?
TERIMA KASIH

Kunci tertinggal di dalam rumah, macam mana nak masuk???

google image
Alkisah kecuaian akibat terlupa tadi......

Disebabkan nak cepat, terus meluru keluar rumah untuk menjemput anak balik dari sekolah tadika. Bila nak  masuk rumah, alamak terkunci!

Memandangkan keluar rumah sehelai sepinggang, tak de duit dan phone juga tertinggal di dalam rumah, makanya kepala ligat berfikir sendiri untuk cari jalan macam mana nak masuk ke rumah tanpa guna kunci.

Oklah, ini bukan tutorial nak mengajar anda bagaimana nak pecah rumah ye...sebab kalau rumah di kampung ada macam-macam cara boleh difikirkan. Jiran sebelah pun dekat nak meminta tolong. Memandangkan rumah kami ni flat, tegak semacam je dan tiada pula pintu belakang atau tingkap kiri kanan untuk dikopakkan. Hehe...Jiran sebelah pun bekerja. Mmmm fikir..fikir..fikir.

Kad phone.


Masa zaman duduk hostel dahulu, ada seorang sahabat yang sangat pandai membuka pintu guna kad phone. Kalau ada masalah kunci tertinggal di dalam bilik, pasti akan panggil dia tolong bukakan. Zaman dulu, femeslah kad phone ni untuk bergayut di public phone. Zaman sekarang mana ada dah. Kalau ada pun kad bank dan kad member mana-mana pasar raya atau insurans.

Caranya ialah selitkan kad tersebut di celah pintu betul-betul dekat kekunci. Mmm cara ni pun kena orang yang pakar. Silap-silap, kad kemek tapi pintu tak terbuka.

So, menyambung ceritanya, sebarang kad pun takde di tangan sebab wallet pun ada di dalam rumah. Maka, fikir..fikir...fikir lagi cara lain!

Tendang

Waduhh!! Kalau sesiapa tahu kung fu dan karate memang senang lah. Sekali tendang aje pintu dah terbuka (KOT). Kalau tak pun, habis kopak pintu tu....alahai, kalau ade bajet lebih, suka hati koranglah kalau nak try. Kalau tidak, jangan buat!

Anda pendengar yang baik ATAU terpaksa mendengar



Dalam sesebuah hubungan sama ada di antara sahabat, adik beradik, ibu-anak, suami isteri dan sebagainya, kita akan sering meluahkan perasaan kita dan begitu juga sebaliknya orang lain akan berkongsi perasaan mereka kepada kita. Sebagai pendengar yang baik, kita bukan sahaja akan mendengar setiap luahan perasaan mereka, malah turut sama merasakan kesedihan/kegembiraan dari apa yang mereka luahkan.

Bukan setakat mendengar dan memahami, pendengar yang baik juga akan berkongsi pendapat mereka  pula, menghulurkan bantuan atau memberi nasihat untuk menyelesaikan masalah.

"Awak ni memang baiklah"

"Kata-kata awak ni macam kaunselor bertauliahlah"

"Nasihat awak berikan ni macam orang yang ada banyak pengalaman"

....dan macam-macam lagi ucapan penghargaan yang diterima apabila yang meluahkan perasaan berasa tenang dan gembira setelah ada orang yang sudi mendengar dan berkongsi kesedihan dengannya.

Namun, adakalanya pendengar yang baik juga boleh jadi terpaksa mendengar. Kenapa? Keikhlasan yang diharapkan tetapi lakonan semata. Rupa-rupanya, kita sekadar bercakap dengan tin kosong atau tunggu kayu.

Jangan salahkan pendengar.

Penggunaan pil kurus untuk menguruskan badan


*Salam Sejahtera*

Banyaknya keyword yang berkunjung tiba mencari info pasal cara nak menguruskan badan. Mungkin kerana entri ini.


Dalam mencari cara terbaik untuk menguruskan badan, jangan dilupakan kepentingan kesihatan yang baik sebagai perkara lebih utama. Maknanya jangan abaikan cara yang betul (sehat) semata untuk cepat kurus dan sanggup (berani) pula mengambil risiko mencuba cara-cara yang berisiko mendatangkan masalah atau kesan sampingan.

Lambakan ubat pelangsingan sama ada pil kurus, jamu pelangsing, teh langsing, dll tidak semestinya berkesan untuk semua orang walaupun mempunyai testimone yang berjaya. Iklan produk dengan testimonial pastinya menggelapkan akal fikiran kita, lalu mengikut kehendak hati semata.


Berikut ada petikan soal jawab kesihatan bersama doktor yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia. Moga memberikan serba sedikit ilmu kesihatan untuk membantu membuat keputusan dan menimbangkan pilihan-pilihan yang ada sebijaknya.

Persediaan berSAHUR

*Salam Sejahtera*

Hanya beberapa jam sahaja lagi pengumuman keputusan melihat anak bulan oleh penyimpan mohor besar raja-raja akan keudara di tv. Ahha, selok amat kan. Hari pun belum senja nak melihat anak bulan. Insha Allah kita bersabar ye, kalau dah tahu nanti cepat-cepatlah bergegas ke masjid untuk bersolat terawih....

Lepas terawih, mmmm nak kena pikir apa nak dimakan bersahur. Penting ke nak pikir? Puasa pun tak mula lagi?

Pada akak permulaan berpuasa, menu untuk bersahur amat penting. Ini dapat menggalakkan seisi rumah bangun bersahur walaupun minum air seteguk. Nabi s.a.w bersabda tentang kelebihannya:
“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).  
“Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” (Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid).  
“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).

Senarai keperluan WAJIB ADA di bulan Ramadhan

*Salam sejahtera*

Dah fikir-fikir tadi, kena buat senarai barang perlu dibeli menjelang nak puasa minggu depan. So, hujung minggu ni bolehlah jalan-jalan cari barang.

1. Paling penting

Masalah tumit kaki pecah

*Salam sejahtera*

Mesti semua orang pernah dan ada mengalami masalah ini. Lelaki atau perempuan rasanya ada mengalami masalah ni. Sebab apa yer??

Tumit kaki akan pecah dan merekah bila bergesel dengan lantai dan menyebabkan ia menjadi keras, kering dan akhirnya merekah.

Untuk mengatasi masalah ini, kita disuruh supaya kerap menyapu krim pelembap sekurang-kurang 2 kali sehari. Kemudian, jika kaki kita kerap memijak lantai semasa di rumah, dinasihatkan supaya memakai selipar untuk mencegah masalah tumit pecah.


Untung orang nampak, untung sendiri kita selalu tak sedar

Menyaksikan kebahagiaan orang lain kadang-kadang membuat hati kita berasa betapa beruntungnya orang itu berbanding diri kita. 

"Untung lah awak, suami pandai jaga anak, buat susu, basuh berak anak...bla..bla..bla.."

"Awak untunglah anak semua masuk U, anak aku hemmm...tak seorang pun berjaya!"


"untunglah kau mak mertua sayang...mak mertua aku, pandang pun tidak"

"Bini ko layan ko macam raja? huhu bertuahnya badan...."

"best lah kau. Asal cuti sekolah family semua pegi makan angin. Aku duk lepak tido je kat rumah..."

"Asyik asyik dia je dapat no1...bila tah nak bagi orang pulak merasa!"

Dan macam-macam lagi dialog yang boleh keluar di kalangan kita....Pernah tak kita berfikir semula yang kita juga bertuah, malah mungkin lagi bertuah? 

Google image

Bloglistku sayang...

*Salam Sejahtera*

Bloglist...oh bloglist....hurmmmm. Tak baik mengeluhkan?

Cakap pasal bloglist ni, saya bukan nak buat segmen bloglist yer...cuma..cuma yang jadi mengeluh ni sebab senarai bloglist-bloglist saya itu telah menyebabkan berat blog ini terlebih. Bila ditimbang, dalam lingkungan overweight jugaklah. Lama-lama boleh jadi obes ni...

Orang lain siap buat segmen untuk memilih blogger yang teringin berkongsi trafik dengan mereka. Ya, dengan cara duduk di dalam bloglistnya...Setakat hari ni, hanya seorang blogger yang nampaknya rajin klik link saya di senarai bloglistnya apabila saya menyertai segmen bloglistnya. Tapi yang lain, haremmmm sepi. Mungkin Blog saya tak cukup bagus di matanya dan tidak cukup menarik untuk tarik perhatiannya.. Apa boleh buat. Kalau dia datang, pasti dapat dikesan jejak blognya. Apapun sangat sangat terharu bila ada yang meletak link blog ini dengan percuma di blog mereka. Terima kasih sangat sangat....Jaminan saya (bukan janji tau), saya akan cuba jadi follower u olls yang baik (terbaik tu takut tak mampu. Ramai lagi lebih terbaik).