Showing posts with label penggunaan pil kurus. Show all posts
Showing posts with label penggunaan pil kurus. Show all posts

Penggunaan pil kurus untuk menguruskan badan


*Salam Sejahtera*

Banyaknya keyword yang berkunjung tiba mencari info pasal cara nak menguruskan badan. Mungkin kerana entri ini.


Dalam mencari cara terbaik untuk menguruskan badan, jangan dilupakan kepentingan kesihatan yang baik sebagai perkara lebih utama. Maknanya jangan abaikan cara yang betul (sehat) semata untuk cepat kurus dan sanggup (berani) pula mengambil risiko mencuba cara-cara yang berisiko mendatangkan masalah atau kesan sampingan.

Lambakan ubat pelangsingan sama ada pil kurus, jamu pelangsing, teh langsing, dll tidak semestinya berkesan untuk semua orang walaupun mempunyai testimone yang berjaya. Iklan produk dengan testimonial pastinya menggelapkan akal fikiran kita, lalu mengikut kehendak hati semata.


Berikut ada petikan soal jawab kesihatan bersama doktor yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia. Moga memberikan serba sedikit ilmu kesihatan untuk membantu membuat keputusan dan menimbangkan pilihan-pilihan yang ada sebijaknya.

Tips gaya hidup orang malas nak sehat

*Salam sejahtera*

Susulan entry kat sini, saya nak tambah lagi tips. Kali ni tips amalan gaya hidup sihat. untuk orang yang malas bersenam. Maaf, di sini saya akan guna ganti diri 'aku' ..... Kita lihat apa selalu orang kata dan lihat pula apa saya kata pada apa orang kata.

Kata orang jangan makan banyak nanti gemuk!!

Kata aku, makan je.... Makan semuanya asalkan jangan makan seperti ular.

Tips nak cepat kurus

*Salam sejahtera*

Ada ke cara nak cepat kurus langsing? kata orang, kita mesti kurangkan : 

makan maggie nasi

makan nasi lemak makanan berlemak

makan manis-manisan

jajan atau fast food

tido tapi banyakkan bersenam atau poco-poco melakukan aktiviti mengeluarkan peluh

dan banyak banyak lagi...as long as mengamalkan cara pemakanan seimbang dan amalan gaya hidup sihat dan malas cergas... Kalu kita Gugel di Internet, 1001 cara dan tips diberikan kepada kita.

Walaun ada 1001 tips diberikan, masih ada yang mahukan yang lebih baik. Lebih tepat yang menepati kemahuan mereka - nak kurus dan langsing dengan segera! Dalam erti kata lain jalan pintas (short cut). Ada ke? Eh ada....mana pula tak der. Ini dia:

1 makan dan pakai produk yang mahal-mahal siuuttt! yang murah tu lambat, tapi yang ratus-ratus regenyer lagi cepat nampak hasil { ini K.A.R.U.T!!!!

Jangan mudah terpedaya dengan testimoni orang kurus sebab makan dan pakai produk tertentu. Memang betul dia kurus tetapi mereka berjaya bukan disebabkan oleh makan ubat dan pakai bengkung yang kasi ketat perot semata-mata. Sebenarnya, diorang juga amalkan semua tips yang di atas di samping makan dan pakai produk pelangsingan.... Kalau korang jenis pemalas dan tak penyabar, baik tak payah membazir beli yang mahal-mahal kalau akhirnya korang akan berlari ke tandas dan termenung berkali-kali di dalamnya. Aduhai kesian, sayang buang duit jer tau. Paling penting, kalau korang nak beli juga, pastikan jangan terbeli produk yang membahayakan kesihatan. Namun, susah nak cakap, susah nak trace sebab banyak yang ada long term punya kesan. Tunggu dan lihat jelah di hari tua kelak...

2 kalau banyak duit bolehlah kasi sedut buang lemak-lemak kat badan semua tu. Tapiliposuction ni ada risiko-risiko yang perlu ditanggung. Huh seram beb baik tak yah unless korang tiada pilihan dan terpaksa melakukannya kerana faktor kesihatan. Ada berani? [info lanjut] [baca sini]

3 lepas makan muntahkan balik....hurrmmmm tu menolak rejeki namanya dan kufur nikmat. Baik tak payah dan elakkan... Cantik sangat ke kalau end result dia rupa korang jadi cam ni..
anorexia haha..google image

Kesimpulannya ambillah langkah bijak macam memandu kereta, biar lambat asalkan selamat.... Klik sini untuk entri lain tentang menguruskan badan. Selamat mencuba!