Wow, info menarik di blog Pn.Stoberi! Tentang diet yang sesuai mengikut jenis darah kita.
Anda tahu jenis darah anda? Sila cucuk jari dan keluarkan darah tu, nanti anda tahulah jenisnya. No, itu salah! Anda tak boleh meng'test' sendiri. Sila buat pemeriksaan di klinik atau hospital. Lebih bagus, pergi menderma darah dan ketika itu anda akan ketahui jenis darah anda. Jenis darah kita samada A, B, AB dan O...Nak info lengkap, nanti semasa pemeriksaan silalah interview doktor, pembantu doktor, misi(nurse) atau pihak yang berkaitan okeh.
Berbalik tentang diri saya, saya jenis darah kumpulan B+. Hemm...dalam 4 orang anak saya, Luqman sahaja yang komfem darah sama jenis. Kalau tak silap, hubby pun jenis kumpulan B juga. Jadi anak-anak B lah kot semuanya. Kalau sekeluarga dah sama, senanglah nak menyediakan hidangan diet. Seperti perumpamaan, 1 saiz sesuai untuk semua orang. Hehe..
Jom baca ini dengan SERIUS. Bukan hanya untuk mereka yang NAK KURUS, tetapi juga untuk menJAGA keSIHATan.