Saya nak kensel

Sebulan ni rasa duit macam mengalir deras dari biasa...

Bila saya semak semula surat tadika anak saya yang meminta duit rm50 untuk hari graduasinya, baru saya perasan tarikhnya sama dengan hari ujian diagnostik kemasukan ke darjah 1. Masa pun sama.

"Yahoo... tak payah bayar!" Punyalah saya suka giler sebab tak payah bayar rm50. Duit tu boleh digunakan untuk beli hadiah untuk dia sebab dapat nombor 1. Itu rancangan saya. 

Elok-elok saya plan, dia balik sekolah bawa surat lagi. Aduh, lagi lagi surat! Surat amenda lagi ni???

'Hari Penyampaian Hadiah ditukar kepada hari Jumaat malam pukul 7 hingga 11 malam'

Berderai rancangan yang saya atur dalam kepada. Hiks...hiks..

"
"
"
"
"
"
Jeng...jeng...jeng...

Kemudian saya terfikir idea baru. 

"Anak, dekat sekolah mengaji tak hari ni?"

Dia jawab tidak. 

Bagus.

Bayaran sebulan tadika anak anak saya rm200. Termasuk untuk mengaji Iqra' sebanyak rm30(optional). Hari ni dah lebih seminggu bulan November. Satu haripun tak mengaji + hari tu ada cuti umum. Dah rugi seminggu, dan berbaki seminggu lagi.

"Hari ni tak belajar pun ibu, main je..."

"Hari ni tengok tv je..."

Oklah, rm 200 untuk bulan ni sangat tak berbaloi.+ lagi 50 nak bayar untuk majlis penyampaian hadiah. Lalu saya telefon cikgu tadika dan minta nak kensel mengaji (yang memang tak diajar walau dah bayar 200)

"Boleh tak saya nak bayar untuk majlis penyampaian hadiah nanti rm20 je tolak dengan duit mengaji tu?"

Cikgu kata ok.

Sekarang tak mau horey horey. 

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Bukan nak berkira, tapi kalau untuk baki lagi seminggu sekolah, kita bayar penuh tapi anak kita tak belajar, terpaksalah saya fikirkan 'sesuatu'. Saya tak bekerja dan mengharap gaji suami seorang. Pening kepala tau.

Seandainyalah anda memahami hati ini...

0 comments: