Tahniah Pahangku!

Alhamdulillah, hujan awal petang tadi umpama rahmat. Saya sempat berdoa ketika hujan turun supaya Pahang akan mendapat kemenangan kali ini walaupun ramai yang meramal TRW yang menang.

"Kenapa kena menjerit?"

Itu soalan yang ditanya oleh anak saya apabila melihat ibu dengan abahnya ini sama-sama menjerit dan bersorak di depan kaca televisyen. Dia tak tahu betapa stressnya kami melihat pasukan Pahang mengasak bertalu-talu dan akhirnya dapat menghasilkan satu gol. Kemudia Kelantan pula bertalu-talu mencuba namun cubaan Fakhri dan Farhan tak menjadi juga. Akhirnya tersurat dalam sejarah tahun ini, Pahang juara Piala Malaysia 2013.

Please jangan salahkan hujan dan keadaan padang punca serba tak kena malam ini ok. Pahang lebih menguasai dan layak untuk menjadi juara tahun ini. Kekalahan 4-0 pada peringkat kumpulan sebelum ini tertanya bukan ukuran untuk meletakkan nasib sebagai penyebab Piala Malaysia 2013 ini bertukar tangan.

Jangan sedih, jangan kecewa kepada peminat Kelantan. Aokme cuba lagi tahun depan yer...Puisi 'This is Pantai Timur' ini khas untuk peminat semua!

Terima kasih Dollah Salleh, Zainal Abidin dan seluruh pasukan. Sungguh manis kerana pada 1992 Dollah dan Zainal menjadi tonggak kepada kejayaan Pahang ketika itu dan hari ini mereka adalah jurulatih pasukan Pahang. Kemenangan manis juga buat kapten, Jalaluddin Jaafar yang mungkin bakal bersara tahun depan kerana usianya masakini sudah 38 tahun. Syabas!

Kalau tanya saya, saya pilih Khairul Azhan, yakni penjaga gol Pahang sebagai pemain terbaik keseluruhan. Apapun Alex @Azamuddin Akil tahniah kerana terpilihsebagai pemain terbaik perlawanan akhir kali ini. 

Syukur...syukur... syukur Ya ALLAH atas anugerah ini. 

Teringat pada 1992, piala ini diarak seluruh negeri masa tu. Sebagai peminat tegar Pahang, saya teringin sangat nak turun padang mengikuti peminat lain meraikan kemenangan. Tapi apakan daya saya hanya budak sekolah ketika itu. Perempuan pulak....

Yeay, horey horey horey...


0 comments: