Badan naik

Semasa menghantar anak menunggu van sekolah, seseorang memanggil saya dari belakang.

Saya menoleh. Owwh, Kak Su rupanya. Lama tak jumpa.

"Tulah, nak panggil tadi takut salah orang. Panggil jugaklah..."kata Kak Su.

"Perasan tak badan awak ni dah naik, kan?" Amekkaw, soalan cepun emas di pagi hari.

"Aahlah, Kak Su," Saya iyakan jelah. Takkan kata tidak kalau timbang jarum penimbang makin ke kanankan. Langsung Kak Su bercerita dia berjaya mengurangkan berat badan.

"Akak dah 3 bulan tak makan nasi. Tengah hari akak makan sayur, sup dan ikan panggang je."

Wah kagum saya pada Melayu tipika yang berjaya menukar menu hariannya tanpa nasi. Tak tahu lah kenapa diri ini tak boleh. Bukan sebab tak kenyang-kenyang, tapi tangan akan menggigil...hehe

1 comments:

Sya_Merpati Putih 88 said...

relaks kakaina..jgn stress..
boleh senaman, atau boleh cuba berdiet...
tak semestinya diet tak makan nasi tu sesuai dgn semua org...bgantung pd antibodi masing2 jugak...