Showing posts with label Pujuk hati. Show all posts
Showing posts with label Pujuk hati. Show all posts

Terlanjur kata

Pernah tak korang berada dalam situasi hendak membantu orang tak kiralah adik beradik ke, saudara, kawan, jiran dan sesiapa je. Di mana korang berjanji (atau tak janji tapi sekadar bercakap) hendak membantu walau apa jua masalahnya termasuk kalau susah sangat terdesak tak de duit bagilah tahu, korang sanggup membantu. Kasihan pada orang itu.
Mula-mula ok. Seikhlas hati.

Separuh jalan, hati mula dihasut dengan gusar dan tak suka.

Lama-lama macam menyesal tapi apa nak buat, dah terlanjur kata.

Asal niat memang ikhlas. Bila diduga orang itu meminta-minta lebih dari sekali mula hati ini jadi dah ikhlas. Mulut ringan aja nak mengadu pada orang lain. Akhirnya jadi mengumpat pula. Pada hal maksud hanya hendak mengadu...

Dalam hal memberi nasihat, mulanya dia macam nak berubah. Lepas tu, 2-3 kali beri nasihat dia macam selesa pulak dalam keadaan susah itu. Tak nak berubah. Kita yang menasihati mula rasa bosan.

Menjadikan diri sebagai kaunselor tidak bertauliah juga cabaran bila acap pula orang itu datang mengadu sehingga kita terasa masa senggang kita terganggu. Seandainya bertauliah tak mengapalah juga. Orang sudah pasti datang dengan temujanji dan masa tersebut berbayar!

Aduhai cabaran dalam nak berbuat kebajikan. Diri ini akan dialasi dengan bermacam alasan:

"aku pun susah jugak"

"aku pun ada masalah jugak"

"kalau aku kaya tak pelah jugak"

"aku macam kena ambil kesempatan je ni.." (wasangka buruk)

"Apa dosa Mat Yo pada awak?"

Soalan pada tajuk itu sangat menyentap hati saya. Ia ditanya oleh suamiku beberapa hari lalu ketika kami berborak pasal keputusan perlawanan Malaysia lawan Bahrain pada perlawanan pertama kelayakan Piala Asia. Dalam perlawanan tersebut, Malaysia seri 1-1 dengan Bahrain. 

Mengejutkan juga kerana saya sangka kita pasti akan kalah kepada pasukan Bahrain. Jadi, jaringan Mat Yo atau Nur Shahrul dikira menyelamatkan maruah Malaysia dan masih ada peluang untuk menang di Bahrain pada pusingan kedua. Harap-harap. Ya, harapan masih ada selagi wisel penamat belum berbunyi.

Berbalik pada cerita...

Suamiku bertanya, " Siapa score?"

"Emm menyampah." Jawab saya acuh tak acuh.


Terus dia boleh meneka siapa penjaring gol tunggal Malaysia tersebut.

"Siapa? Nur Shahrul ke?" Ha, nama betul pulak dia sebut tu. Hehe... Sambil mimik muka saya mengiyakan. 

"Nasib baik, dia tak buat aksi jelir tu," kata saya sambil beraksi tak puas hati. Suami gelak sambil cakap,

"Laaa, awak ni, apalah dosa dia pada awak?" terus saya sentap. 

Ya, memang Mat Yo tak salah apa-apa pun terhadap saya. Cuma kontroversi yang lepas tu sedikit 'mengusik' hati ini. Saya yakin, kejadian itu turut menyentuh hati semua rakyat Malaysia. Malah turut mendapat komen beberapa tokoh terrnama. Apapun, saya tak de lah mengumpat atau memaki dan mengeluar kata-kata tak elok pada dia suami isteri. Hanya tak puas dalam hati dan simpan dalam hati. Bila suamiku bertanya, automatik keluarlah aksi tak puas hati itu...

Sentap? Ya, mungkin saya yang berdosa sebenarnya sebab marah/kutuk dalam hati. Huk...huk...Inilah akibatnya banyak membaca komen negatif, jadi kita dapat input negatif. Bak kata Prof Muhaya, banyak keladak. Keladak tak keladak dalam hati/diri kita boleh dilihat pada apa kita lihat, baca, dengar... Input negatif melahirkan output negatif... 

Banyakkan zikir dan selawat!



Jangan berkira

Secebis perkongsian...

Dalam satu siri motivasi oleh Dr. Muhaya (maaf saya lupa tajuknya, dan dalam program apa), dia pernah menyebut ayahnya pernah berpesan supaya jangan tawar-menawar dengan peniaga kecil. Saya cuba memahami maksudnya ialah kita dalam sesetengah keadaan perlu bertoleransi dan tidak terlampau berkira dengan orang lain. Peniaga kecil juga mencari makan dengan keuntungan yang tidak seberapa. Kalau boleh jangan berkira sangat. 

Kita pula sebagai pembeli, memang hak kita untuk menawar harga beli yang sehabis murah yang mungkin. Saya pernah menawar harga pada barang yang harganya boleh dikatakan berpatutan. Fikir saya ketika itu, jika dapat lebih murah lagi bagus. Penjual tersebut menjawab, "Alahai dik, sewa lagi nak kena bayar, harga ni pun bukan saya ambil untung banyak. Sikit aje dik. Ni dah kira murah dah...". 

Saya hanya tersenyum. 'Saja je nak test. Aku ada hak untuk bertawar menawar apa...'. Biarpun tidak dapat harga lagi murah, Sekurang-kurangnya saya dah mencuba bertanya. Nanti tak delah rasa menyesal selepas membeli. Hard feeling? Adalah sikit kot masa tu sebab permintaan ditolak, kan?

Rupa-rupanya...


*Salam sejahtera*

Gambar kemalangan di atas pada awal Ramadhan lalu. Masih baru lagi...

Berikut petikan berita;

‘Berpisah depan sekolah’


SETIU: “Saya tidak menyangka perpisahan di depan sekolah selepas suami menurunkan saya kira-kira jam 7 pagi tadi (semalam) adalah pertemuan terakhir kami,” kata Azlina Mohd Razali, 30, yang kehilangan suami selepas lelaki berkenaan maut dalam kemalangan di Kilometer 54, Jalan Kuala Terengganu-Jertih di Kampung Sungai Tong, semalam.
 Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Ahmad Yusrizal Yusof, 35, maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di tempat kejadian.
Azlina yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tong tidak dapat menahan perasaan sedih selepas mendapat berita kematian suaminya yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Langkap, dekat sini.
Ahmad dalam perjalanan dari sekolahnya untuk menjemput Azlina pulang bersama-sama ke rumah mereka di Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu.
Bagaimanapun, dia terbabit dalam kemalangan selepas kereta Perodua Viva dipandunya bertembung sebuah lori yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, Kelantan.
Kemalangan itu berlaku kira-kira satu kilometer dari tempat isterinya bertugas.
Azlina yang baru seminggu kembali bertugas selepas bersalin anak ketiga dikatakan berulang-alik bersama suaminya setiap hari ke sekolah masing-masing. [Harian Metro]

Masa baca berita ni saya duk lihat nama isteri arwah tu macam familiar sangat. Tapi buat dono je sebab berharap ia bukan orang yang saya fikirkan.

Bila Kristian menghulurkan tangan

*Salam sejahtera*

Kita tahu di luar kehidupan kita ada golongan yang fakir dan miskin. Kita membaca kisah kesusahan orang lain di media cetak. Kita mendengar penderitaan yang ditanggung mereka dan sebagainya di media massa. Kita juga melihat paparan liku hidup golongan fakir dan miskin itu di dada media cetak. Namun pernahkan kebanyakan kita melihat dengan mata sendiri? Adakah kita menghulurkan bantuan? Jika jawapannya Ya, Alhamdulillah....namun kekadang bantuan itu tidak mencukupi untuk menampung hidup mereka. Maka kita harapkan ada bantuan sokongan yang lain dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup. Kita yakin mereka akan dibantu sewajarnya. 

Hidup di bandar metropolitan dan luas begini, dan tinggal di sekeliling orang yang  senang dan hidupnya selesa kekadang membuatkan kita terlupa. Kita aman tinggal di rumah yang berkipas angin. Apatah lagi jika dapat pula tidur di bilik yang ada penghawa dingin. Bantal empuk dan tilam tebal yang selesa. Ada pula sofa dan pelbagai perabot rumah yang menyenangkan. Rumahku syurgaku - sangat bertepatan maknanya...

Bila ke pasar-pasar malam, pasar tani, tengah bandar, di luar masjid atau kaki lima kedai dan shopping kompleks barulah kita berjumpa pengemis atau peminta derma. Mereka betul-betul susahkah? Hidup mereka tersangat dhaifkah? Lalu, kita pun melihat fizikal yang kuat, pakaian yang sempurna dan penampilan juga elok mata memandang. Maka dalam hati timbul rasa sangsi dan skeptikal dengan tindak tanduk golongan ini. Lalu kita pejam mata dengan permintaan mereka...

Kemudian, ada juga yang memang jelas kurang daya upaya mereka. Pakaian kotor dan menjijikan. Tambah hina kita lihat bila ada yang berpenyakit dan sedikit berbau bila didekati. Kita hulurkan beberapa sen atau beberapa ringgit dan berlalu segera dari situ...Bimbang, risau, khuatir dan takut jika penyakit itu menular ke kita pula....Soalnya, cukupkah dengan bantuan tersebut? Pasti kita jawab tak. Namun kita berharap pihak lain akan bertanggungujawab mengutip golongan jalanan ini dan ditempatkan di rumah kebajikan yang lebih menjamin masa depan...Kita yakin memang ada bantuan dan usaha murni yang dijalankan membantu kelompok ini..

Ok itu sedikit situasi. Sebenarnya di manakah agaknya mereka tinggal sebaik habis 'tugasan' harian mereka tersebut? Di lorong gelap tidur beralaskan kotak? atau tidur kesejukan di bawah jambatan. Adakah mereka tidak punya rumahtangga? atau setidaknya miliki saudara mara untuk menumpang berteduh? Mungkin juga mereka ini orang terbuang...kesian, mereka orang buangan....Bayangkan, sedihnya  hidup dalam kemelaratan begitu sedangkan akal mereka waras dan punya hati untuk memiliki kesenangan dan juga bermimpi untuk bahagia. Seandainya mereka itu gila tidak waras, sesungguhnya mereka juga layak dilayan sepatutnya sebagai manusia dan berhak mendapat manfaat sebagai rakyat Malaysia.

Tajuk di atas dirujuk. Saya ingin memetik kata-kata Dr. MAZA;
Saya ingin menyentuh tentang orang-orang Islam yang hadir ke majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka. Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa ‘jatuh hati’ dan ‘terhutang budi’. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;................ [baca selanjutnya di Minda Tajdid]
Kalau korang klik link dan membaca tulisan MAZA, kita pasti dapat memahami bahawa isu ini bukan isu terpencil yang membuatkan kita hanya pejam mata atau pekakkan sahaja telinga dan butakan hati untuk memahami kenapa ianya terjadi.

Di sebalik bantuan yang kita telah hulurkan, bantuan yang telah kerajaan dan pihak berkuasa berikan dan bantuan kebajikan dari NGO(s) yang baik hati rupa-rupanya masih belum cukup dan ada ramai lagi yang memerlukan pertolongan. Kenapa ek? kenapa kita terlepas pandang hal ini. Sehingga akhirnya ada pihak luar yang masuk jalan dan cucuk jarum. Hasil yang dituai mereka juga sangat menjadi..???Salah siapa? Salah siapa sebenarnya? Siapa nak bertanggungjawab? Siapa? tolong jawab...

Aku yang cuai

*Salam Sejahtera*

Semenjak kehilangan henfon minggu sebelum puasa tu, sampai sekarang masih belum dijumpai. Haih, ralat sangat sebenarnya sebab kerap sangat bermasalah dengan henfon. Rosak la..hilang la...rosak la...betul...tak tipu!

Aku yang cuai?

Ya, saya sedar henfon tu bukan barang mainan. Tapi bila tengok anak seronok main games di dalam tu dari nak marah bertukar jadi suka pulak sebab kecik-kecik dah pandai tekan cari  menu 'Games'...Hmmmm hamek kau, bila anak terdail nombor orang mana-mana baru padan muka. Bila anak rosakkan, dabel padan muka. Bila hilang pulak, dabel triple padan muka haku ler!

Aku yang cuai?

Semalam baca entri di blog Puan seksiritari. Siapa lagi kalau bukan Puan Mas Saari. Dia tulis pasal burger yang dia beli kat Mc D kurang 1. Dah balik baru kesedaran. Bila nak tuntut semula tak dapat...Baca sini>>Kecuaian sendiri atau pelayan tu?

Orang mintak sedekah: Peluang kita tambah pahala

*Salam Sejahtera*

Hari ni hari kedua saya mengayuh basikal ke sekolah. Adalah dalam jarak 3km kot pegi balik. Naseb basikal tu menggunakan bateri. Untung jugaklah. Kaki malas mengayuh, press je 'minyak' (macam motor) terus dia lajak kedepan. Steady ko! Haku merempit tak hengat! Haha..

Habis urusan kat SKTS, singgah bank. Melilau kejap cari tempat parking yang sesuai untuk basikal. Hurrmmmm at last, park dekat Giant. Situ ada tiang kat tempat troli yang boleh lekatkan mangga. Siap! 

On the way ke bank, ada booth Maxis. Depa promot BB dengan free modem.

"Kak..kak nak tak..."tanya sorang promoter lelaki.

"Hemmm taknaklah saya dah guna streamyx"

"Ni untuk kegunaan kat luar rumah kak.." pujuknya lagi...sambil berjalan je kami berborak.

"Hemm tak naklah ni lagi slow..." budak tu wat muka sedeh sebab telah direject. 


Ayoyo berlagak betol saya ni kan? Kalau tak nak cakap jelah tak nak.  Adush....rasa guilty pulak dalam hati! Kat depan pintu bank ada pulak 2 budak lelaki remaja tengah tegur orang untuk minta derma. Adoii...malasnya nak melayan! Saya cepat-cepat jalan masuk bank. Nasib ada orang lain kena terjah, so saya selamat...

Masa kat dalam bank saya terfikir pasal budak kutip derma tu....bukan kali pertama orang mengutip derma tunggu depan bank. Mentang-mentang situ lubuk wang tapi bukan semua orang keluar duit untuk berjoli katak. Keluar duit pon cukup-cukup untuk beli keperluan. Untuk kehendak memang tak de. Bukan semua ke bank nak bawak keluar duit. Selesai urusan saya keluar. Kebetulan ada orang lain pulak diterjah kat situ. Sekali lagi saya selamat...Fuhhh lega.....

Masa nak balik, saya melintasi booth budak Maxis tadi. Alhamdulillah ada beberapa orang pelanggan yang berminat nampaknya. Lega..saya tumpang gembira...moga-moga dia untung banyak hasil komisen hari ini. Saya bukan berniat nak berlagak tadi. Kekadang mulut tadek insurans ni suka cakap lepas jek tapi dalam hati tak berniat sikit pon kecitkan hati orang...

Kemudian, saya tuju ke Giant. Sebab dah sampai, singgahlah kejap tengok apa yang menarik. Nak beli banyak pun beg tak bawak. Bakul basikal pun kecit je....Kebetulan juga, kat depan pintu masuk ada seorang remaja lelaki mintak derma menanti kat situ. Alahai, hari ni memang diorang port kat sini kot...Saya pon buat-buat tak nampak. Kebetulan ada orang lain kena terjah, buat kali ke3nya saya terselamat! Yiihaaaa...

Korang rasa akak teruk tak? Yelah beberapa kali saya try elak dari kena terjah dengan peminta derma. Yelah mana tahu kot diorang ni bebudak sindiket ke...orang tak baik ker...dll.Cuba baca keratan news ni..

Izinkan aku poyo sekejap

*Salam Sejahtera*


Akhirnya dapat jugak. Terima kasih Encik Nuff di atas pemberian tak seberapa seketul BE yang comel. Hehe...tak boleh tahan nak poyo citer kat orang kampung. Hahaha...jangan muntah key

Tapi kan....kan...

5 perkara tak berdosa tapi orang mengata macam kita dah buat dosa besar - pt2

sambungan dari episod 1


3. Bersosial/bermasyarakat

Bersosial dan bercampur dengan orang menjadikan masyarakat bersatu dalam kumpulan. Kalau anda susah, ada orang boleh membantu. Kalau orang lain susah kita pun turut membantu. Kalau hidup di bawah tempurung masing-masing seperti katak, kelak ada kesusahan malu pulak nak terhegeh-hegeh jumpa orang nak mintak bantuan. Silap-silap kita mati sorang-sorang dimakan ulat, dah berbau baru orang sedar....Nauzubillah.

Bila bermasyarakat...kenalah ambil berat satu sama lain kan:)

"Apsal mak cik sibuk nak jaga tepi kain saya ni?mak saya pun tak heran saya lepak kat sini sampai lewat malam tau"

"Aku tak pernah amik tahu hal rumahtangga ko, ko jangan sibuk nak masuk campur hal rumahtangga aku"

Kekadang bukan nak ambil tahu, tapi dalam bermasyarakat kalau ada kepincangan depan mata apa salahnya kita saling tegur menegur, dan menasihati. Tegur secara baik tapi tetap disalahertikan. Berdosakah kalau masuk campur? Kalau jadi kes dera, mati dll di rumah jiran, kita jugak disoal siasat polis kan.


Betul kita mati kubur lain-lain, tapi jika kita pejam mata melihat kemungkaran depan mata akhirnya nanti seluruh masyarakat juga yang akan turut sama terpalit masalahnya. Contoh, kalau 'bala' datang, agak-agak 'bala' tu jatuh atas kepala individu tu je ker???

Bila tak bercampur orang...gelaran untuk orang macam ni ialah kera sumbang. Ke pemalu???heeeeee..

"kau meh lah join grup aku....nanti banyak aktiviti jalan-jalan, tapi sponsor sendiri maa"

"janganlah geng dengan dia tu. Dia tu kan...bla bla bla"


"usrah kami minggu ni dekat rumah Ustazah A, marilah join sekali"

Dalam masyarakat juga ada berpuak-puak. Kekadang puak-puak ni wujud mengikut parti politik, darjat seseorang, atau ajk mesyuarat tingkap yang berkumpul semata untuk mengumpat, bergossip dan menjaja cerita dan gossip jiran lain. 


Salah ke kalau tak follow grup tertentu yang matlamatnya untuk memecah belah sesama sendiri? Silap haribulan, hari ni kita bercakap dengan A, esok si B mula tak nak tegur kita dah.....Ada kumpulan yang elok seperti kelas mengaji, usrah dll tak nak pulak ikut serta.

5 perkara tak berdosa tapi orang mengata macam kita dah buat dosa besar - pt1

1. Duit/harta

Rezeki Allah beri kepada setiap orang tidak sama. Apa yang penting ialah bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup. Namun ada yang menyalahkan takdir dan Tuhan mereka bahawa tidak adil dalam pemberian rezeki dan taraf hidup.

Bila lihat orang berharta, kita kata

"pergh harta banyak tapi hidup tak bahagia buat apa" 


"Huh orang kaya tu berlagak nak mampos!!" - kes tak senyum

- bagaimana kita tahu dia tak bahagia. Kalau dia tak bahagia sekalipun adakah dia mengacau hidup kita? Kalau dia menganggu sekalipun tak bolehkah kita bimbing dan nasihat elok-elok. 

- bukan salah dan berdosa jika lahirnya berduit banyak dan berharta. Tak perlulah kita dengki sampai nak jatuhkan dan buruk-burukkan member hanya kerana ada orang kaya yang suka berpoya-poya dan kerek untuk bercampur gaul dengan orang tak kaya.

Bila orang tu miskin/sederhana dan tak sekaya kita, kita kata pula

Dari mana dapat nombor telefon saya????

*Salam sejahtera*

Pernah tak seseorang yang tidak dikenali menefon dan mengajak berbual? Tambahan pula ia menelefon untuk membisikkan ayat-ayat cinta dan ingin berkenalan. Ermmm seandainya pemanggil orang yang dikenali atau secret admire korang yang menelefon buat pertama kali, mesti sukalah tuh kan....hehe

Apa yang senang di dunia ini?

Apa yang senang untuk dimiliki di dunia ini?

Apa yang senang?

Semua benda nak dapat harus bersusah dahulu barulah dapat bersenang lenang di akhirnya. Ada juga yang terus-terusan bersusah payah sepanjang hidup mereka. Sesungguhnya bukan senang nak senang tetapi sangat senang untuk menjadi orang yang susah...

Jadi, apa benda yang senang di dunia ini? 

Makan tido...makan tido..makan tido....senang je kan? pejam mata atau sorongkan bantal terus tidur. Hulur makanan, suap ke mulut, telan dan kenyang. Semudah 123 dan ABC. Kacang sungguh kan?


Hikayat Aku dan Henfon-henfon Aku

*Salam sejahtera*

Telefon bimbit sudah menjadi satu keperluan penting untuk setiap orang pada masa kini. Telefon rumah sudah jarang digunakan berbanding telefon bimbit kerana ia mudah dibawa kemana-mana. Tanpa wayar dan mempunyai pelbagai aplikasi dan kegunaan membuatkan semua orang harus memilikinya dan teringin memiliki yang paling canggih di pasaran (kalau mampu).

Bagi saya seorang suri rumah, apalah sangat telefon bimbit pada saya. Duduk di rumah, telefon rumah kan ada...



Tapi saya tetap perlukan HP!

Cabaran dan ujian di mana-mana

*Salam sejahtera*
Pagi-pagi lagi hati dah berasa sayu bila membaca entry seorang blogger. Beliau mengambil keputusan untuk menutup blog kesayangannya setelah 5 tahun bersama. Ooooo blogging pun ada masalah???

Alhamdulillah

Hari ini penat sikit. Dari malam tadi bertungkus lumus update rumah. Hehe letak meja ke arah timur, letak kerusi mengadap barat, tv tukar ke tepi tingkap dll. Cewah rajin gamaknya saya kan. Sebenarnya saya bukan rajin. Itulah yang saya akan buat di saat bosan dan kemalasan melanda. Bila dah buat satu mesti terpaksa habiskan sampai akhir...haha

J.E.M or J.A.M ??

Jem atau jam? Bukan jem makan atau jam dinding yaaa...itu jalan yang jem lah!!! Bagi kita yang duduk KL, situasi begini seakan sudah biasa dilalui. Pada waktu prime time, masa nak ke ofis di waktu pagi dan balik kerja di waktu petang pastinya keadaan yang tidak dapat dielakkan. Jika