Showing posts with label Profesor Dr. Muhaya Mohamad. Show all posts
Showing posts with label Profesor Dr. Muhaya Mohamad. Show all posts

Inspirasi deko - Dapur Prof. Muhaya

Salam,

Kalau ada rezeki lebih, ruangan dalaman rumah yang terlebih dahulu saya akan ubahsuai ialah dapur! Tiada tema tertentu dan warna yang ingin dipilih. Asalkan cantik mata memandang dan berpatutan dengan bajet yang ada.

Saya tinggal di apartment yang mempunyai ruang dapur kecil dan agak sempit. Jika barang banyak, memang nampak serabut dan bersepah. Segan jika tetamu datang masuk ke dapur nak basuh tangan. Baru-baru ni sinki di dapur menghadapi masalah. Nampaknya itu 'hint' awal bahawa urgent  bahagian dapur perlu dikemaskini!

Haha, nak hantar proposal kepada Mr. Husband lah camni... sambil tu berangan dulu dan cari ilham dengan melihat dapur orang lain. Jom lihat dapur Prof. Muhaya nak? Cantik woo...mesti setanding fulusnya juga. Rezeki masing-masing.

Dr. Muhaya Mengubah suai Dapurnya Dari Jenis Klasik Kepada Sebuah Dapur Berkonsepkan Moden



Lagi banyak gambar dekat sini


Jangan berkira

Secebis perkongsian...

Dalam satu siri motivasi oleh Dr. Muhaya (maaf saya lupa tajuknya, dan dalam program apa), dia pernah menyebut ayahnya pernah berpesan supaya jangan tawar-menawar dengan peniaga kecil. Saya cuba memahami maksudnya ialah kita dalam sesetengah keadaan perlu bertoleransi dan tidak terlampau berkira dengan orang lain. Peniaga kecil juga mencari makan dengan keuntungan yang tidak seberapa. Kalau boleh jangan berkira sangat. 

Kita pula sebagai pembeli, memang hak kita untuk menawar harga beli yang sehabis murah yang mungkin. Saya pernah menawar harga pada barang yang harganya boleh dikatakan berpatutan. Fikir saya ketika itu, jika dapat lebih murah lagi bagus. Penjual tersebut menjawab, "Alahai dik, sewa lagi nak kena bayar, harga ni pun bukan saya ambil untung banyak. Sikit aje dik. Ni dah kira murah dah...". 

Saya hanya tersenyum. 'Saja je nak test. Aku ada hak untuk bertawar menawar apa...'. Biarpun tidak dapat harga lagi murah, Sekurang-kurangnya saya dah mencuba bertanya. Nanti tak delah rasa menyesal selepas membeli. Hard feeling? Adalah sikit kot masa tu sebab permintaan ditolak, kan?

Siapa Profesor Dr. Muhaya Mohamad?

Jom kenali lebih dekat siapakah sebenarnya Prof. Muhaya... Artikel ini ditulis wartawan Kosmo dan dipapar secara online di sini.

RENCANA UTAMA

Mohamad perancang kejayaan Muhaya




JIKA tangan seorang ibu yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia, ketegasan seorang bapa pula mampu membentuk negara. Kalau syurga terletak di telapak kaki ibu, reda golongan ayah juga tiada tandingnya.
Sekeras manapun hati seorang bapa, mereka tidak pernah rela menyaksikan kegagalan anak-anak. Riak tenang pada wajah mereka sebenarnya menanggung seribu perit demi membimbing zuriat ke tempat tertinggi.
Hal itu disedari Profesor Dr. Muhaya Mohamad, 54, sejak beliau kecil. Arwah bapanya, Mohamad Busu, diibaratkan sebagai perancang kepada keseluruhan kejayaannya hari ini. Selaku seorang askar berpangkat leftenan, bapa Muhaya mengawal ketat setiap pergerakan anak-anak.
"Setiap hari, saya dan adik-beradik hanya dibenarkan bermain di luar rumah sehingga pukul 6 petang. Tiba waktu itu, kami semua wajib mandi dan siap sedia untuk solat Maghrib berjemaah.
"Siapa ingkar pasti tidak terlepas daripada dirotan ayah. Saya sendiri pernah beberapa kali dihukum tetapi disebabkan bijak memberi alasan, saya kerap terlepas," imbau Muhaya yang memanggil bapanya dengan gelaran bak.
Tambah pakar mata yang bertugas di Pusat Mata dan Lasik, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur itu: "Walaupun dipukul dengan tali pinggang, namun ayah hanya memukul anak-anaknya di bawah lutut. Sewaktu hukuman itu, dia tidak henti-henti menyatakan bahawa dia hanya memukul perangai kami. Lama-kelamaan, saya mengerti apa yang dimaksudkannya."