Showing posts with label Kementerian Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kementerian Kesihatan. Show all posts

Perang besar-besaran


Kerana kawasan perumahan kami sudah menjadi kawasan 'panas', maka seminggu ni boleh dikatakan hari-hari semburan asap dilakukan. Kakitangan bertugas juga menziarah hampir keseluruhan rumah untuk membuat spot check dan mengedarkan 'buah tangan' dari Kementerian Kesihatan.

Ubat untuk si aedes

Shieldtox pun menyumbang bakti

Hari ini dapat lagi bekalan ubatan

Lampiran flyers


Jumlah kes setakat ini...

Marilah sama-sama kita memerangi aedes....Jagalah kawasan rumah kita untuk keselamatan bersama.... Ingat, nyamuk aedes tu terbang. Kalau membiaknya di rumah kita, mungkin menyerang di rumah orang  lain kan? siapa tahu...

Kalau ada bukti, silakan...








Hari ini ada lagi kes bayi meninggal disebabkan tersedak susu. Takziah kepada keluarga mangsa dan harap mereka bersabar. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Lebih-lebih ibu yang mengandung 9 bulan bayi tersebut.

Ok, kes terbaru berlaku di Johor dan dikhabarkan ibu bapa malang itu mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak hospital. 

Cassindra berkata bayinya itu lahir sebulan lebih awal pada 4 Feb dan tidak mengalami sebarang komplikasi selama empat hari selepas itu. 
"Bagaimanapun, doktor memberitahu oleh kerana anak kami lahir pramatang, dia perlu diletakkan di bawah perhatian hospital. "Apabila melawat anak kami pada 8 Feb kami dapati ada kesan susu kering pada bibirnya dan mukanya kelihatan pucat," katanya ketika ditemui di rumah mereka di Taman Nusajaya pada Sabtu. 
Beliau mendakwa jururawat menggunakan cawan kecil untuk menyusukan bayinya dan bukan botol susu. Bayi itu juga tidak diletakkan dalam inkubator walaupun lahir pramatang.
"Angel diletakkan hanya semeter daripada kaunter jururawat, bagaimana mereka tidak perasan anak saya tersedak susu. Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Rabu lepas kerana menghadapi masalah pernafasan," katanya. 
Angel meninggal dunia pada pukul 4.20 petang Khamis dan keluarganya dimaklumkan 25 minit selepas itu. 
Cassindra berkata tindakan undang-undang itu dibuat bagi mencari kebenaran di sebalik kematian anaknya itu. 
Pengarah Kesihatan Johor Dr Khairy Yaakob ketika dihubungi berkata satu jawatankuasa khas akan ditubuh untuk menyiasat kejadian itu. [MSTAR Online]

Eloklah, pasukan penyiasat juga sudah ditubuhkan. Siasatlah betul-betul dan kalau ada bukti kesilapan dan kecuaian manusia, silakanlah saman. Semoga jawatankuasa penyiasat telus dan jujur dalam siasatan mereka.

Saman-dapat duit, ini bukan hal suka-suka hati tapi satu pengajaran kepada semua pihak. Namun, duit tidak dapat menggantikan kehilangan yang tiada ternilai dengan harta dan wang berjuta. 

Walaupun isu saman menyaman banyak dilakukan, tapi masih juga terjadi kes-kes yang tidak diingini. Sesungguhnya tiada siapa yang mahu perkara demikian terjadi. Ada ibu bapa yang redha menerima sebagai qada' dan qadar. Ada ibu bapa yang kecewa, tidak dapat menerimanya hatta juga keputusan akhir yang tidak memihak mereka.

Semoga keputusan akhir kelak diterima semua pihak dengan ikhlas walaupun pahit ditelan....

KAK AINA: Buat adik-adik akak yang ramai bekerja di bidang perubatan ni, diharapkan sentiasa berhati-hati dalam bertugas. Banyakkan berdoa supaya Allah memelihara demeh dari melakukan sebarang kecuaian dan kesilapan yang memudaratkan pihak lain. Insha Allah.

AMARAN dari Pusat Racun Negara

Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali

PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.
"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya ketika dihubungi The Star.
Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.
"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek. [Mstar Online]
Alamak, seram jugak dengar amaran ni. Tapi biasanya kita ni sekali dua je gerun lepas tu buat semula. Alasannya 'sayang nak buang'. Akak memang tak pakai sekali. Biasanya, 3 kali baru buang. Kalau sekali dah nampak kotor, mestilah buang terus.

Pasal minyak masak 1 kg tu, orang di kampung kebanyakkannya guna kot. Kalau mak-mak akak kat kampung memang itulah brand yang digunakan sebab senang didapati di kedai runcit. Alasannya murah. Akak pula kalau membeli suka brand Saji atau Alif. Kekadang jenama Giant. Beli terus yang 5kg. Boleh pakai sebulan lebih.

Ada baiknya kita ambil perhatian serius pasal benda ni. Ini bertepatan dengan statistik yang diwar-warkan oleh pihak Kementerian Kesihatan hari ini.