Showing posts with label kecuaian. Show all posts
Showing posts with label kecuaian. Show all posts

Rumah terbakar lagi..

"Ibu...ibu..tadi kawan cakap ada rumah terbakar...." cerita anak Kak Aina Almustofa semasa balik sekolah kafa.

"Yeke?" tanya akak seperti tidak percaya. Masakan tidak, tiada orang menjerit atau bunyi siren bomba pun.

Selepas seminggu dari hari kejadian itu, barulah geng mesyuarat tingkap Kak Aina bercerita. Itupun setelah ada seorang geng yang buka mulut bercerita.

"eh tau tak rumah sape yang terbakar haritu?" geng no 1 mula bercerita.

"haaa rumah sape?"tanya geng no 2.

Kak Aina terpinga-pinga mendengar sebab tak tahu hujung pangkal kisah kejadiannya. Geng 1, 2, 3 saling bertukar-tukar skrip cerita mereka.

"katanya, punca dari api dapur..."kata geng no 1 lagi..

Ini kali ke 3 kejadian rumah terbakar di perumahan kami. Blok C, E dan F pernah terbakar dan paling teruk ialah kebakaran di blok akak pada tahu lepas. Ingatkan itulah satu-satunya kejadian kebakaran pernah terjadi di sini.

Ooooo...begitu rupanya. Kusangkakan tak teruk ....baca sini....

KAK AINA: 'Geng mesyuarat tingkap' gelaran untuk kumpulan mak cik-mak cik yang hantar anak ke sekolah pagi-pagi. Sambil menunggu van sekolah sampai, kami menyembang la...hahaha :D

Kalau ada bukti, silakan...








Hari ini ada lagi kes bayi meninggal disebabkan tersedak susu. Takziah kepada keluarga mangsa dan harap mereka bersabar. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Lebih-lebih ibu yang mengandung 9 bulan bayi tersebut.

Ok, kes terbaru berlaku di Johor dan dikhabarkan ibu bapa malang itu mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak hospital. 

Cassindra berkata bayinya itu lahir sebulan lebih awal pada 4 Feb dan tidak mengalami sebarang komplikasi selama empat hari selepas itu. 
"Bagaimanapun, doktor memberitahu oleh kerana anak kami lahir pramatang, dia perlu diletakkan di bawah perhatian hospital. "Apabila melawat anak kami pada 8 Feb kami dapati ada kesan susu kering pada bibirnya dan mukanya kelihatan pucat," katanya ketika ditemui di rumah mereka di Taman Nusajaya pada Sabtu. 
Beliau mendakwa jururawat menggunakan cawan kecil untuk menyusukan bayinya dan bukan botol susu. Bayi itu juga tidak diletakkan dalam inkubator walaupun lahir pramatang.
"Angel diletakkan hanya semeter daripada kaunter jururawat, bagaimana mereka tidak perasan anak saya tersedak susu. Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Rabu lepas kerana menghadapi masalah pernafasan," katanya. 
Angel meninggal dunia pada pukul 4.20 petang Khamis dan keluarganya dimaklumkan 25 minit selepas itu. 
Cassindra berkata tindakan undang-undang itu dibuat bagi mencari kebenaran di sebalik kematian anaknya itu. 
Pengarah Kesihatan Johor Dr Khairy Yaakob ketika dihubungi berkata satu jawatankuasa khas akan ditubuh untuk menyiasat kejadian itu. [MSTAR Online]

Eloklah, pasukan penyiasat juga sudah ditubuhkan. Siasatlah betul-betul dan kalau ada bukti kesilapan dan kecuaian manusia, silakanlah saman. Semoga jawatankuasa penyiasat telus dan jujur dalam siasatan mereka.

Saman-dapat duit, ini bukan hal suka-suka hati tapi satu pengajaran kepada semua pihak. Namun, duit tidak dapat menggantikan kehilangan yang tiada ternilai dengan harta dan wang berjuta. 

Walaupun isu saman menyaman banyak dilakukan, tapi masih juga terjadi kes-kes yang tidak diingini. Sesungguhnya tiada siapa yang mahu perkara demikian terjadi. Ada ibu bapa yang redha menerima sebagai qada' dan qadar. Ada ibu bapa yang kecewa, tidak dapat menerimanya hatta juga keputusan akhir yang tidak memihak mereka.

Semoga keputusan akhir kelak diterima semua pihak dengan ikhlas walaupun pahit ditelan....

KAK AINA: Buat adik-adik akak yang ramai bekerja di bidang perubatan ni, diharapkan sentiasa berhati-hati dalam bertugas. Banyakkan berdoa supaya Allah memelihara demeh dari melakukan sebarang kecuaian dan kesilapan yang memudaratkan pihak lain. Insha Allah.