Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali
PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.
"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya ketika dihubungi The Star.
Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.
"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek. [Mstar Online]
Alamak, seram jugak dengar amaran ni. Tapi biasanya kita ni sekali dua je gerun lepas tu buat semula. Alasannya 'sayang nak buang'. Akak memang tak pakai sekali. Biasanya, 3 kali baru buang. Kalau sekali dah nampak kotor, mestilah buang terus.
Pasal minyak masak 1 kg tu, orang di kampung kebanyakkannya guna kot. Kalau mak-mak akak kat kampung memang itulah brand yang digunakan sebab senang didapati di kedai runcit. Alasannya murah. Akak pula kalau membeli suka brand Saji atau Alif. Kekadang jenama Giant. Beli terus yang 5kg. Boleh pakai sebulan lebih.
Ada baiknya kita ambil perhatian serius pasal benda ni. Ini bertepatan dengan statistik yang diwar-warkan oleh pihak Kementerian Kesihatan hari ini.