Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Peraduan Filem Seram

Info lanjut kat sini. Nak jawab soalan di sini

Sedikit sinopsis filem Ghastly:

Synopsis
Seo-Ni (Han Eun-Jung) raises an orphan named Bin. Seo-Ni then becomes involved in a horrifying mystery and discovers a shocking secret. 
It all begins when Ka-hee (Hwang Ji-hyeon), an emotionally and psychologically damaged woman, finds a spirit medium to help her address her troubles. Her inability to give birth to a child had long tortured her, and now she will do anything to cheat that fate. 
She ends up burying an orphan in a large traditional pot used to burry kimchi underground during the winter and killing him. What she gains for this merciless act is a child of her own. Ka-hee eventually gives birth to a son she names Bin, but Ka-hee soon meets a brutal death.



Titanic kembali belayar


"Titanic kembali belayar" , menjadi tajuk muka depan akhbar sisipan Utusan Malaysia hari ini...
Biarpun sudah 15 tahun berlalu, ramai yang terus memperkatakan tentang Titanic yang kini berada dalam kelompok filem-filem berstatus klasik seperti Gone With The Wind (1939) danCasablanca (1942). 
Cukup menyedari Titanic sebuah naskhah agung James Cameron dan pencinta sinema dunia, maka itu, dia dan sahabatnya yang juga penerbit filem tersebut, Jon Landau kembali melayarkan Titanic ke pawagam. 
Lebih mengagumkan apabila karya itu diterbitkan semula dalam versi tiga dimensi (3D) yang kini menjadi satu budaya popular dalam pembikinan filem di dunia.
Mungkinkah filem ini kembali mewujudkan fenomena seperti 15 tahun lalu? Sampai ada penonton yang lebih 10 kali menontonnya tanpa jemu dan setiap kali itulah mereka menangis......

Hakikat bagi diri Kak Aina, 4 kali menonton, 4 kali itu jugalah 'pengsan' di tengan jalan... haha sangat mengantuk untuk menunggu cd terakhir. Sebab nak menonton kesudahannya maka jadi 4 kali menonton. Itupun menerusi cd cetak rompak milik kawan semasa zaman kolej dahulu....

Pelik juga, kenapa ada yang mampu feeling jiwa-jiwa menonton filem ni. Mungkinkah membayangkan diri mereka adalah Rose kot...hoho

"you jump, i jump!"

KAK AINA: No way!!

LIBAS mengangkat sukan sepak raga?

*Salam Sejahtera*

Pagi tadi akak sempat menonton sedikit preview filem Libas di program TV9 Nasi Lemak Kopi O. Hero Malaya, Rosyam dan Bob pelakon filem Libas muncul mempromosikan filem tersebut yang sudah pun ditayangkan dipawagam seluruh negara. Jujurnya, itulah pertama kali menonton trailer Libas. Ermmm...nampak sangat akak ni jarang menonton tv dan tak sempat juga nak membaca preview Libas di Internet.

Di dalam program itu tadi, kemunculan Rosyam dan Bob sambil bermain sepak raga bersama-sama pengacara Fizzo, Wak AG dan sorang lagi tu tak kenal. Lama betul tak menonton Nasi Lemak Kopi O pada hari Ahad sebab selalunya anak-anak monopoli tv menonton kartun.

"kita hendak menggalakkan semua orang untuk bermain takraw" kata Rosyam.

Itulah intipati sebenarnya filem Libas yang mahu mengangkat sukan sepak raga atau nama glemernya sepak takraw. Sepak raga dan takraw sama ke lain?


Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Ia telah wujud sejak 600 tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15 M. Ia bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah.[1] Pada masa ini sepak raga dimainkan apabila ketiadaan jaring. Sepak raga dimainkan dalam bulatan.
Sepak raga juga telah digantikan dengan bola lain sekiranya ketiadaan bola takraw, dikenali sebagai menimang bola dalam bulatan. 
Sepak takraw atau sepaktakraw merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik. 

Filem Karak: Tengok jer...jangan kerek

*Salam sejahtera*


Cerita hantu mana tak mengarut??? Ce cite ce cite kat akak ni! Jadi bila menonton cerita hantu, kita tak boleh percaya pada segala unsur-unsur tahyul dan jangan  terpengaruh pada unsur khurafat yang ada di dalamnya. Sebab itu mana-mana cerita seram wajib diletakkan klasifikasi sama ada 18 SG, 18 PL, U dsb. [rujukan]. Lepas tu mesti ada mesej sama ada di awal atau akhir cerita memberitahu kisah ini cerita tahyul/dongeng semata dan tidak ada kena mengena sama ada dengan yang masih hidup atau mati..Kalau citer tahyul mesti mesej bagitahu setiap syirik tu dosa dan wajib bertaubat kepada Allah Taala. Tapi ramai gak yang menyesal dan rasa tak berbaloi menonton citer hantu sebab ia mengarut, nonsense, ridiculous dan macam-macam perkataan korang sebut yang sewaktu dengannya. Kerek sungguh deme ni kan? Tapi biasalah kita, nak tengok jugak dan kalau tak tengok sendiri mana tahu kan?

Dalam Islam kita mengaku bahawa ada syaitan dan jin yang akan menyesatkan manusia. Dengan imaginasi dan fantasi, golongan ini yang juga makhluk Allah kita gambarkan ke dalam dunia kita dengan pelbagai bentuk dan rupa menyeramkan. Tak tahulah macam mana rupa sebenar jin dan syaitan ini dan bagi mereka yang pernah melihat dengan mata sendiri tahulah kot. Huh hu...

Ini yang dilakukan oleh KRU bila membawa rombongan 'adik beradik jin dan syaitan' ke dalam movie Karak. Cerita-cerita lagenda hantu urban di laluan Karak ditampilkan secara kreatif. Walaupun tahap keseramannya tidak 100% namun jangan kata tiada satupun babak yang menyeramkan. Kerek sungguh deme weh :P . Efek CGI yang mantop tidak boleh dinafikan lagi. Dah tahu KRU guna CGI, sangat kelakar (LOL) bila ada yang cakap "nampak sangat guna cgi.." Namun, di sebalik yang tersurat di pandangan kita, banyak babak yang bikin penonton tertanya-tanya...kompius. Kalau semua tersurat tak best jugak kan. Bila filem buat kita fikir mendalam, pon jadi tak best. Ke kita ni malas berfikir??

"Lu jangan kerek sama gua"

 Lirik lagu Kerek - Bandi Amuk (OST Karak)

Lama sudah perasan
Lagak lu yang berangan
Terpacak hidung tinggi
Mata jadi jelik

Bukan nak bikin kecoh
Tapi lu perlu tunduk
Pada pailang yang mula bertapa di sini


Gua pantas berlari
Lu masih merangkak lagi


Lu jangan kerek sama gua
Nanti lu sendiri yang susah


Lu kena respek sama gua
Nanti lu menyesal tak sudah
Kalau nak bikin gempak
Jangan sampai bikin kerek sama gua


Lagu Kerek ini ciptaan Edry KRU untuk filem Karak. Minggu lepas saya dah menonton dengan 'boypren' saya dan pada pendapat saya citernya best dan kreatif. Mungkin sebab saya dah membaca analisis dan review ramai bloggers sebelum menonton jadi, ia sangat membantu dalam memahami jalan cerita yang penuh mesej tersirat.. Ini berbeza dengan pandangan boypren saya yang menonton sambil menahan mengantuk. Katanya takde lah best sangat - sama dengan pendapat kebanyakan bloggers dalam review mereka. Mungkin sebab dia nak menonton Kung Fu Panda tapi bini dia ni amik tiket citer melayu. Hehe...:)

I will always remember.."Remember The Titans" :)


Movie ni tengah on air sekarang di TV2 RTM. Dah banyak kali main kat TV dan saya tak missed menontonnya lagi...tak boring... tak bosan mengulang menontonnya. Kisah permainan football dan isu kulit putih-hitam di Amerika.

Jangan lupa tonton filem NUR KASIH


Harap filem ni bakal meletops kat pawagam...

70 negara tayang Hikayat Merong Mahawangsa?

Sebagaimana tajuk di atas, begitulah khabarnya diberitakan di dalam Mstar Online hari ini.

Movie yang ditungu-tunggu....2010

Aku bukan pengkritik filem untuk menulis pasal filem. Aku menulis ini bukan juga untuk kritik dan menilai, tetapi saje nak kongsi perasaan teruja untuk filem (Malaysia) yang aku rasakan bagus untuk ditonton terutama bagi ibubapa bersama-sama anak mereka. Last year, aku tulis filem Geng Pengembaraan(Upin Ipin). The movie tat my kids like most. Tengok berulang kali pun tak pernah jemu. So do I. This Year, I like Magika...Sape nak belanja aku tengok wayang nih?? Alahai.. My Hubby tak minat wayang lah. Tak pernah sekali pun tengok wayang bersama-sama...*sob

Mengintai di KRUstudios, memang mengujakan. Itupun baru tengok secara 'maya' jer. Kagum dengan berita kutipan 1.3mil dalam 4 hari tayangan aku angkat 2 ibu jari kat Edry dan kru tyerlibat. Semestinya filem yang diilhamkan ketika dia membawa anak-anaknya menonton filem Inggeris, "Enchanted' telah berjaya mengangkat namanya sebagai pengarah box office.

Filem Magika terdiri dari barisan pelakon-pelakon hebat Malaysia dan bertaraf 5 bintang(di Malaysia jelah). Best kan dapat tengok macam-macam cerita dalam hanya 1 filem. Mana taknya ada cerita watak-watak dalam cerita dogeng Melayu seperti Badang, Pak Pandir, Nenek Kebayan dll. Sesiapa yang tak kenal terutama generasi baru (eg. anak-anak aku lah), elok pergi tonton filem ni. Nak tahu sinopsis sila baca sendiri ye. Jom layan posters...

magika_final_sheet_A_low_copy




Movie yang ditungu-tunggu....2009

Saya sengaja mengambil peluang untuk turut mempromosikan kartun animasi kesukaan anak-anak saya termasuk yang berumur 2 tahun tu..Hari ini pembukaan di pawagam seluruh negara. Tahniah buat semua krew produksi Les'Copaque atas produk kreatif ini..Sama-sama kita menyokong filem yang asli dan bukannya yang cetak rompak..Moga sasaran RM 10 juta mereka akan tercapai!

Kredit: http://gengmovie.blogspot.com/