*Salam Sejahtera*
Pagi tadi akak sempat menonton sedikit preview filem Libas di program TV9 Nasi Lemak Kopi O. Hero Malaya, Rosyam dan Bob pelakon filem Libas muncul mempromosikan filem tersebut yang sudah pun ditayangkan dipawagam seluruh negara. Jujurnya, itulah pertama kali menonton trailer Libas. Ermmm...nampak sangat akak ni jarang menonton tv dan tak sempat juga nak membaca preview Libas di Internet.
Di dalam program itu tadi, kemunculan Rosyam dan Bob sambil bermain sepak raga bersama-sama pengacara Fizzo, Wak AG dan sorang lagi tu tak kenal. Lama betul tak menonton Nasi Lemak Kopi O pada hari Ahad sebab selalunya anak-anak monopoli tv menonton kartun.
"kita hendak menggalakkan semua orang untuk bermain takraw" kata Rosyam.
Itulah intipati sebenarnya filem Libas yang mahu mengangkat sukan sepak raga atau nama glemernya sepak takraw. Sepak raga dan takraw sama ke lain?
Menurut ensiklopedia Wiki:
Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Ia telah wujud sejak 600 tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15 M. Ia bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah.[1] Pada masa ini sepak raga dimainkan apabila ketiadaan jaring. Sepak raga dimainkan dalam bulatan.
Sepak raga juga telah digantikan dengan bola lain sekiranya ketiadaan bola takraw, dikenali sebagai menimang bola dalam bulatan.
Sepak takraw atau sepaktakraw merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik.