All the best

Bermula hari ini anak-anak menghadapi peperiksaan di sekolah. Macam biasa, akak akan meleter mereka untuk study sikit-sikit supaya mudah menjawab kertas soalan esok. Meleter orang bukan suatu perkara yang susah. Cakap aje apa yang patut dan kesudahannya pendengar akan muak. Apa yang didengar masuk di telingan kanan akan keluar melalui telinga kiri.

Memandangkan usia anak yang semakin membesar dan pemikiran mereka juga semakin matang, cara dan pendekatan meleter itu seakan satu hal yang mengjengkelkan sama apabila kita yang dewasa bosan mendengar orang meleteri kita. Mungkin usia muda ini tidak dapat dibalas dengan pemberontakan fizikal jadi, pencegahan awal diperlukan supaya anak tidak membentak ibubapa kerana bosan dileteri. Setiap arahan kepada anak tidak sewenangnya keluar di telinga kiri tetapi mengalir terus ke sanubari mereka....

Kali ini akak suruh Luqman tuliskan kata-kata motivasi dan keinginannya di dalam sekeping nota berwarna kuning. Dengan mengunakan pen berwarna warni dia menitipkan kata semangat untuk diri sendiri dan kemudian ditampalkan di dalam bilik tidurnya. Ini supaya setiap kali masuk dan keluar bilik dia boleh nampak dan membaca apa yang dia tulis tanpa ibu memberitahu setiap masa. Jadi, tak payahlah ibu nak cakap lagi banyak kali (berleter)..

SAYA INGIN BERJAYA

SAYA AKAN DENGAR CIKGU CAKAP

SAYA SUKA MAIN BOLA

SAYA SOLAT 5 WAKTU

LONDON

Itu di antara ayat dan perkataan yang dia tulis untuk dirinya. Setiap hari ibu hanya perlu mengingatkan kembali apa yang dia tulis. Mudah kan?

Hahaha sekarang ni Kak Aina nak bertukar menjadi pakar motivasi pulak. Semoga ada perubahan positif dalam diri anakku!

Insha Allah:)

KAK AINA:  Hari tu, dah penat membebel kat sini.

0 comments: