Pening kepala.... Pandai-pandai sangat 'gode-gode' sana sini kod html terus jadi error. So, malas nak pening-pening kepala terus aja tukar layout. Ahha..kepada pengunjung yang biasa terjah ke sini, jangan terkujat pula ye. Kalau ada sesiapa yang pening juga membaca entri kerana font yang kecik, besor dll nanti akak perbetulkan kemudian....pening kan?
Alhamdulillah hari ni ada khabar berita dari kampung. Adik akak telah dirisik oleh jejaka pilihan hatinya. Harap-harap adelah 'masjid' baru akan terbina dalam keluarga kami. Insha Allah.
Bagaimana cuaca di tempat anda? Cuaca hari ni sangat mendung. Semalam anak bermandi hujan bermain bola di padang. So, tengah duk fikir sama ada mahu hantar dia bermain atau tidak hari ni....nasib baik juga anti-bodinya kuat, tak demam...nak ponteng sayang juga. Kalau setakat berlatih 'bodo-bodo' tak kisah sangat tetapi setiap sesi pelatih diajar dengan ilmu cara bermain bola sepak dengan betul...
Korang pun pening? jom sama-sama makan penadol. Nanti jumpa lagi ok :)
Korang pun pening? jom sama-sama makan penadol. Nanti jumpa lagi ok :)
0 comments:
Post a Comment