Tahukah anda bagaimana nak melupuskan Alquran lama, yang tersalah cetak dll? berikut adalah tindakan yang dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwalk Agama Islam Terengganu.
Sekadar perkongsian untuk pengetahuan bersama supaya Alquran, ayatnya, cebisannya tidak sewenangnya kita biar bersepah atau dibuang merata. Hatta jadi abu sekalipun harus dijaga kemuliaannya sebagai kitab suci kalamullah.
220kg abu al-Quran dibuang ke laut
KUALA TERENGGANU - Lebih 200 kilogram (kg) abu al-Quran dan bahan-bahan bercetak yang mengandungi teks ayat-ayat suci itu dibuang di tengah laut di sini semalam sebagai satu cara pelupusan naskhah suci tersebut.
Acara pelupusan itu dilakukan pada tepat pukul 10.37 pagi di perairan Kuala Terengganu yang terletak kira-kira sembilan batu nautika dari jeti Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur dekat sini.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh berkata, pelupusan abu al-Quran itu dengan cara membuangnya ke tengah laut merupakan pendekatan terbaik untuk menjaga kesuciannya.
Menurut beliau, usaha tersebut telah dilakukan sejak empat tahun lalu oleh bahagian penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) bermula dengan proses mengumpul al-Quran yang telah rosak dan salah cetak sehinggalah kepada proses membakar serta membuangnya ke laut.
"Kita biasa mendengar orang melupuskan al-Quran dengan cara menanamnya ke tanah selepas dibakar tetapi ramai yang tidak tahu bahawa melupuskan naskhah suci itu dengan membuangnya ke tengah laut adalah lebih baik," katanya selepas mengetuai rombongan JHEAT dan media pada acara pelupusan itu di sini semalam. [sumber]
1 comments:
"Hadiah dari Allah.".
Post a Comment