Showing posts with label borak kosong. Show all posts
Showing posts with label borak kosong. Show all posts

Apa khabar kawan-kawan blogger semua?

Salam sejahtera pagi Sabtu,
Moga kita ceria selalu...

Hehe, pantun dua kerat. Sila balas. 

Lama tidak bersiaran di alam maya. Rindu hendak menulis dan memecah idea untuk mengarang entri yang bermanfaat dan santai untuk para pembaca. Semua orang ada kesibukkan masing-masing. Itu bukanlah alasan untuk menghadkan penglibatan diri dalam sesuatu yang merupakan minat dan hobi. Harus ada usaha dan semangat untuk mengorak langkah.

Ini entri pertama pada 2014. Sudah 2 bulan tahun baru ini berlalu. Cepat tanpa kita sedari. Sedar tapi macam baru semalam kita berumur muda. Tpi, hari ini sudah genap atau hampir senja usia kita. Namun, Alhamdulillah syukur pada-NYA kerana kita masih di sini. Di dunia fana untuk meneruskan sisa hidup. Di manakah landasan kita hari ini? Ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat? Atau kecemerlangan dunia sahaja? 

Saya berdoa semoga entri seterusnya akan menyusul. Kasihan blog merah jambu saya. Sunyi dan sepi tanpa entri terkini. Moga kawan-kawan terus menyokong saya untuk terus bersama anda di persada maya. Terima kasih. 

Operator pergi mana tak angkat phone?

 
Telefon berbunyi ring ,   ring , ring tut..tu..tut
 Ku dial tak dengar suara
Telefon berbunyi tut..tut..tut
Kenapa tak ade suara....
 [sila nyanyi ikut lagu telefon berbunyi ring3]

Huhu sakit betul hati. Kenapa agaknya telefon di hospital ABC*kerajaan* tu susah nak diangkat??
Nak kata salah dial, betul dah itu nombornya pada kad temujanji. Dah check kat website pun sama jugak..Itulah nombornya.
Alkisahnya, nak call untuk tukar waktu temujanji aje. Banyak kali call di masa berbeza masih tak ada siapa jawab panggilan.
Ini bukan kali pertama, sebelum ini pun macam tu juga.
Adoi, wahai operator tolonglah angkat walaupun sekejap.
Kesianlah pada hamba Allah yang serba memerlukan ini....iskkk:D

Pening

  
 Pening kepala.... Pandai-pandai sangat 'gode-gode' sana sini kod html terus jadi error. So, malas nak pening-pening kepala terus aja tukar layout. Ahha..kepada pengunjung yang biasa terjah ke sini, jangan terkujat pula ye. Kalau ada sesiapa yang pening juga membaca entri kerana font yang kecik, besor dll nanti akak perbetulkan kemudian....pening kan?

Alhamdulillah hari ni ada khabar berita dari kampung. Adik akak telah dirisik oleh jejaka pilihan hatinya. Harap-harap adelah 'masjid' baru akan terbina dalam keluarga kami. Insha Allah.

Bagaimana cuaca di tempat anda? Cuaca hari ni sangat mendung. Semalam anak bermandi hujan bermain bola di padang. So, tengah duk fikir sama ada mahu hantar dia bermain atau tidak hari ni....nasib baik juga anti-bodinya kuat, tak demam...nak ponteng sayang juga. Kalau setakat berlatih 'bodo-bodo' tak kisah sangat tetapi setiap sesi pelatih diajar dengan ilmu cara bermain bola sepak dengan betul...

Korang pun pening? jom sama-sama makan penadol. Nanti jumpa lagi ok :)