Dilarang masuk, jangan degil!!

gambar mstar online

 Mahkamah Halang Penganjur, Orang Awam Memasuki Dataran Merdeka 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret telah mengeluarkan perintah menghalang penganjur Bersih 3.0 dan orang ramai daripada memasuki Dataran Merdeka pada hari Sabtu. 
Majistret Zaki Asyraf Zubir telah membuat perintah itu pada kira-kira pukul 8.30 malam, Khamis, berikutan permohonan oleh pihak polis. 
Ketua Polis Kuala Lumpur, Timbalan Komisioner, Datuk Mohamad Salleh berkata pihak polis mendapatkan perintah tersebut bagi mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam.
Perintah mahkamah yang dikeluarkan itu melarang penganjur dan orang awam daripada berhimpun di Dataran Merdeka bermula tengah malam Jumaat hingga 1 Mei, katanya pada sidang media di sini, Jumaat. 
"Sesiapa yang ingkar perintah mahkamah akan ditangkap dan didakwa di bawah Seksyen 188 Kanun Jenayah yang mebawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-dua jika disabit kesalahan," katanya kepada pemberita. 
Selain daripada Dataran Merdeka, kawasan lain yang termasuk dalam perintah mahkamah tersebut ialah Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja and Jalan Kelab. Ini kerana jalan-jalan tersebut menghala ke Dataran Merdeka. 
"Tidak semua jalan yang menghala ke Datarab Merdeka akan ditutup sepenuhnya pada Sabtu, melainkan keadaan memaksa kami berbuat demikian," katanya


DBKL bertegas Dataran Merdeka tidak boleh jadi lokasi perhimpunan haram 
KUALA LUMPUR 27 April - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak berganjak dengan pendirian tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan sebagai lokasi mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 esok. 
Datuk Bandar DBKL, Datuk Ahmad Fuad Ismail berkata, keputusan tersebut adalah sejajar dengan Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan 1992 yang memperuntukkan bahawa Dataran Merdeka tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti menunjuk perasaan atau melakukan bantahan. 
“Kita konsisten dengan apa yang telah diperuntukan oleh undang-undang atas dasar Dataran Merdeka mempunyai nilai sejarah kepada negara. 
“Sebelum ini, penganjur seni silat, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan penyokong aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mengemukakan permohonan seumpamanya turut ditolak. 
“Begitu juga dengan perhimpunan Bersih 3.0 tidak dibenarkan diadakan di Dataran Merdeka," katanya pada sidang akhbar di Menara DBKL di sini hari ini. - UTUSAN


p/s

Esok tak boleh merendek ke KL. Adik-adikku yang nak jalan-jalan ke Jalan TAR, Masjid India dan kawasan yang berdekatan dengannya terpaksa tangguh dulu hasrat mereka. Alolo...PWTC yang sedang menjalankan pameran dan pesta buku pun, bermula hari ini sehingga 6 Mei. So, ada banyak masa lagi nak pergi dan 1 Mei nanti kan cuti. Jom, gegarkan pwtc hari tersebut.

Kalau ada yang keluar juga, hati-hati di jalan ye. Kalau jatuh bangun sendiri :)



0 comments: