Suka SBPA mansuh?


Kabornya ramai yang suker hati bila PM umumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Sebagai orang yang tak bekerja dan suami pun bukan kakitangan kerajaan kami tak pernah pun bincang terbuka tentang isu ini. Seolah hidup mati SBPA tak kena mengena dengan kami. Cuma dok intai-intai ajelah dicelah celah tingkap nengok-nengok apa orang duk cerita kan...
"Saya berdoa ke hadrat Allah SWT agar keputusan yang dibuat ini mudah-mudahan menjadi penyelesaian terbaik bagi manfaat seluruh penjawat awam," katanya. [perdana menteri malaysia]
Semua ada pro dan kontra. Bila mansuh ada juga yang tak suka. PM pun tak boleh nak puaskan hati semua pihak 100%. Ikuti berita dan kenyataan penuh Dato' Seri Najib di sini

Sebagai bukan kumpulan yang terlibat dengan SBPA, apapun imbuhan kerajaan berikan kepada kakitangan awam itu diharapkan dapat menjana kualiti kerja yang lebih baik lagi. Bukan itu sahaja, etika dan budaya kerja mesti berubah ke takuk yang lebih positif. Oleh itu, barulah manfaatnya terbias kepada kami yang bukan kakitangan awam ni haaaaa...

0 comments: