Aku terima nikahnya.....dengan mas kahwin senaskah Alquran, tunai!


Akhirnya perkahwinan yang ditunggu-tunggu berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah...Tahniah  buat Datuk Malek Noor dan isteri, Datin Doktor Wan Asmah. Semoga perkahwinan kekal sampai syurga....

Barakallahu lakuma....

PETALING JAYA: Hanya dengan sekali lafaz, bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail. 
Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad,87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi, Isnin.
Dr Wan Asma,52, bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu manakala Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamaed Noor,56, kelihatan berseri-seri dengan pakaian sedondon berwarna putih gading. 
Menariknya pada perkahwinan tersebut pengantin lelaki hanya memberikan senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan. [sambung baca]
KAK AINA: Dalam suka ada duka....TAKZIAH buat keluarga adik Nurul Nadirah Abdullah (Dirang) yang dilaporkan hilang sebelum ini di Johor, rupa-rupanya adalah mayat rentung yang dijumpai 8 Mac lalu dekat Nusa Jaya di sana...

0 comments: