Nayati selamat!


NAYATI

Susulan kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun minggu lepas. Laporan sini.

Syukur kerana beliau, Nayati telah selamat ditemui. Pihak keluarganya menyerahkan kepada pihak polis untuk meneruskan siasatan selanjutnya. Satu sidang akhbar akan dilakukan kemudian.
Laporan Sinar Harian sebentar tadi:

Roti kaya

Sebut 'rotikaya' apa yang anda fikirkan?

Sekeping roti yang lembut, dan disapu dengan jem kaya yang manis, lemak berkrim, dan pastinya digemari ramai!

........atau.........

rotikaya yang hot dan kontroversi itu??? heeewww....

Pastinya yang lebih berkhasiat itu lebih manfaatnya untuk fizikal tubuh. Makan pun sambil tersenyum manis.

Setuju??

Wordless Wednesday: Tidur seorang pemimpin

Kenapa pemimpin?

~ berkerut sebab berfikir masalah negara dan rakyat jelata. 
Hehe...Ameen.

p/s
Kalau Danish nak jadi pemimpin, jadilah pemimpin yang adil, telus, bijak, amanah dan taat pada perintah agama ok ...

Danish: "Orait Mak Ngah...."

Wordless Wednesday: Kek Batik




Beriyani Bario

Tempoh hari semasa adik Kak Aina balik ke Sarikei, dia bawa balik beras bario hasil tuaian ibu mertuanya. Beras bukit tersebut agak halus berbanding beras biasa. Memandangkan masih ada berbaki 2 pot yang belum dimasak, terfikir idea untuk membuat beriyani.



Rendang Kambing Derhaka. Haa 'derhaka' sebab tak letak rempah kari paket dan digantikan dengan pelbagai rempah ratus yang ditumbuk sendiri. Hemm oklah juga. Hubby ingat beli dari kedai yuuuu...Bagi mereka yang tak minat dan tak makan gulai kari boleh cuba ya...resepi sama je kalau google. Bezanya jangan letak rempah kari tapi buat sendiri (kisar) rempah ratus yang ada tu...
Sebab tak de stok timun dan nenas untuk buat acar, saya ganti dengan kerabu taugeh. Tak sesuai? Haha...hentam sajalah labooo... 
 p/s

Resepi sila google. Mana-mana sama aje...yang penting hasil. Rasa boleh diubah-ubah depends tekak masing-masing. Heeee...

Kami anak abi wa ummi





Wordless Wednesday: Ramai giler orang nak amik gambar kami berdua


p/s
Super SS

Safee Sali
Salahuddin Saufi aka Saladin

Rindu dia

Gelagat Alfatih yang dimms oleh chu untuk tatapan ibu.....
Sudah hampir 3 minggu Adik di Jengka....Huk..hukk..

100 tahun Nestle di sisimu

Rupa-rupanya sudah 100 tahun usia Nestle. Dari zaman penjajah sampai alaf baru, Nestle terus kukuh di hati 1 Malaysia. Tahniah!

Jika toleh ke belakang, rupanya zaman  tok nek moyang kita mereka sudah terdahulu merasa produk-produk Nestle yang hebat. Dengan kemajuan teknologi dan peredaran zaman, setiap keluaran ditambah baik supaya lebih berkualiti dan menepati citarasa semasa. Lihat aja produk Maggi, kalau dahulu hanya ada perisa Ayam dan Kari, kini sudah Tomyam, Asam Laksa dan Mi Goreng. Milo juga sudah dipelbagaikan dalam pek 3 in 1 dan kotak minuman yang senang diminum.

Sebagai ibu bapa yang mementingkan kebaikan anak-anak, produk berkualiti dan berkhasiat pastinya menjadi pilihan utama. Pilihan saya, pastinya juga pilihan seisi keluarga. Bukan hanya untuk anak-anak, ibu dan abah pun boleh hadap sama! Haha..
Rasanya ini yang TERBAEK, sebab mudah, cepat dan mengenyangkan. Pastinya berkhasiat. Membantu  saat kemalasan melanda atau pening fikir apa nak masak untuk sarapan pagi. Hehe...membantu bukan?

5 Panduan untuk ke Pesta Buku PWTC

Akak nak share beberapa tips untuk mereka yang hendak berkunjung ke Pesta Buku yang masih berbaki 6 hari. Hopefully bergunalah kan;)

1- Harga makan/minum LEBIH dari biasa
"Mak aih, milo 4 ringgit???Nasi lemak 5ringgit???"

Itu adalah keluhan seorang budak sekolah sewaktu kami berbaris untuk membeli air yang dijual di dalam PWTC. Memanglah mahal dik, tengoklah tempat tu di mana kan. Pusat Dagangan Dunia Putra...Akak dahulu kejutan juga. Pertama kali baca menu di Riverside, roti canai RM4.....memang terkejut giler. Setiap kali lalu, pandang ajelah. Hanya mampu makan di gerai riverside luar jer. Kalau tak pun silalah makan di The Mall. Kalau malas nak ke TM sila bawa sendiri air dan makanan. Jimat duit anda!

Setuju?

2 - Beratur panjang dekat ATM
Oh ye, hanya ada atm CIMB. Itu yang akak jumpalah. Kunjungan sebelum ini, akak tak sempat nak keluarkan cash, jadi terpaksa beratur panjang. Rugi masa. Bagi pengguna kad kredit atau debit, tidak semua kuanter bayaran hanya terima cash, contohnya di Grup Karangkraf, kita boleh menggunakan kad untuk membuat bayaran. Mudahnya....tapi, still nak gunakan cash untuk pembelian yang sedikit.

Suka?

3 - Aktiviti MENARIK
Sila check aktiviti / jadual menarik sepanjang hari. Oleh kerana kekangan masa, kita kekadang tak cukup waktu nak terjah semua booth dan galeri buku. Untuk pengetahuan, tingkat atas pun ada booth dibuka. Seandainya kita tahu jadual dan apakah antiviti/event menarik sepanjang hari tersebut mungkin kita boleh merancang masa supaya dapat berkunjung ke semua tempat dan pada masa yang sama tidak ketinggalan mengikuti event menarik yang disediakan.

Nak check di mana jadual? mmmm entahlah, tapi anda boleh like fanpage Pesta Buku dan di sana biasanya ada sedikit info menarik untuk hari itu.Sila update diri anda selalu :)

OK?

4 - Buat BELANJAWAN sendiri

Ada yang mengeluh kerana mahu ke Book Fair 2012, tetapi ada buku yang dibeli tika Book Fair 2011/10 masih ada yang belum sempat dibaca. Kak Aina sendiri perasan, adik akak yang kaki buku itupun masih ada buku yang masih belum dibuka balutannya...Tak sempat bacalah tu.

Saat pesta begini kita sering buta mata. Nampak ada diskaun terus nak beli. Ada juga buku yang tiada diskaun yang mungkin ada boleh belinya di kedai luar. Jadi anda boleh bajet mana yang patut diberikan keutamaan. Memang betul, anda ada kemampuan membelimemborong, tetapi beli sesajapun tiada maknanya jika tidak dibaca.

Betul tak?

5 - Jika bawa ANAK KECIL
Ada sesiapa kehilangan anak di Pesta Buku????

Sebagai langkah berjaga-jaga, elok jika memberi amaran dan nasihat kepada anak-anak supaya sentiasalah bersama ibu bapa dan jangan terlepas pandang apabila berada di celahan orang ramai. Elok juga kalau anda berpakaian sedondon kan? Kalau nak cari, senang.

"Mak cik, Pak cik....saya hilang mummy/daddy saya....dia pakai baju t-shirt, sebijik macam saya pakai ni ha."

"Kak..abang...tolong telefon papa saya supaya amik saya boleh tak? nombornya 019...."

Haaa....ajar anak-anak. Ini akan memudahkan juga untuk orang lain membantu kita.

Okeylah 5 panduan ini sekadar pendapat peribadi sahaja. Anda mungkin ada pendapat lain dan kalau tak bersetuju tidak mengapa. Jika kita sependapat, moga ia berguna hendaknya.


War, warkan, boleh?
TERIMA KASIH