Rupa-rupanya sudah 100 tahun usia Nestle. Dari zaman penjajah sampai alaf baru, Nestle terus kukuh di hati 1 Malaysia. Tahniah!
Jika toleh ke belakang, rupanya zaman tok nek moyang kita mereka sudah terdahulu merasa produk-produk Nestle yang hebat. Dengan kemajuan teknologi dan peredaran zaman, setiap keluaran ditambah baik supaya lebih berkualiti dan menepati citarasa semasa. Lihat aja produk Maggi, kalau dahulu hanya ada perisa Ayam dan Kari, kini sudah Tomyam, Asam Laksa dan Mi Goreng. Milo juga sudah dipelbagaikan dalam pek 3 in 1 dan kotak minuman yang senang diminum.
Sebagai ibu bapa yang mementingkan kebaikan anak-anak, produk berkualiti dan berkhasiat pastinya menjadi pilihan utama. Pilihan saya, pastinya juga pilihan seisi keluarga. Bukan hanya untuk anak-anak, ibu dan abah pun boleh hadap sama! Haha..
| Rasanya ini yang TERBAEK, sebab mudah, cepat dan mengenyangkan. Pastinya berkhasiat. Membantu saat kemalasan melanda atau pening fikir apa nak masak untuk sarapan pagi. Hehe...membantu bukan? |