Showing posts with label myC6. Show all posts
Showing posts with label myC6. Show all posts

Kuntum nan sepi

Seandainya kita tinggal bersendirian di tempat yang asing, pasti sunyi dan sepi kan?  Semasa saya berjalan-jalan di tepi taman permainan di kawasan kediaman kami, saya terpandang sekuntum bunga putih yang cantik. Sayangnya hanya ada sekuntum. 
Apakah nama mu wahai kuntum

Puisi buat bunga raya

 
 

Begitu jugalah kita, yang bergelar makhluk ciptaan-NYA - ada expiry date. 
Tapi tida bertanda di dahi.

Bunga apa ni?

Sambil berriadah dengan anak-anak pagi tadi, kami menenangkan diri menikmati keindahan alam sekitar. Biarpun kawasan taman tak seindah mana, tapi kehijauan daun-daun cukup memberikan terapi yang segar untuk minda.

Ada juga bunga yang sedang berkembang mekar di tepi pagar. Saya tanya pada anak-anak bunga apakah ini?

Inilah bunga kebangsaan Malaysia

Cantik kan?



"Bunga raya" Ha...bagus, pandai anak-anak ibu.
"Kenapa namanya raya ibu?"
"Entah" saya pun tak tahu.
"Mungkin sebab hari-hari dia beraya kot" kata Almustofa.

Apada...:)

Wordless Wednesday: Langit nan biru


Wordless Wednesday: Si 'jambu', penyeri tepian pagar


Wordless Wednesday: Jendela Senja





photo effect

Just for U, teacher!

Eksplorasi flora dan fauna

Eksplorasi bermula dekat hutan ni..
Hiii...apa tu??

Lomo efek @Tuxpi.coM

ORIGINAL
LOMO

Keindahan 'hutan' padang bola

Kini sudah menjadi minat, sambil menemankan anak-anak di padang bola tangan ini akan 'menembak' sasaran yang menarik menggunakan c6 kuasa 5.0. Memandangkan cuaca petang ini agak suram, pemandangan langit kebiruan dan awan-awan nano yang berselerakan tidak dapat dilihat. Maka, sasaran beralih arah..
Langit tak selalunya indah dan cerah....
Tetap ceria....kegembiraan itu bermukim di hati bukan dicongak dari langit
Bila mendongak ke langit, jangan lupa rumput di bumi. Jika langit cantik kebiruan, rumput yang menghijau pula umpama permaidani yang sangat elok buatannya. Allahu akbar!
Inilah 'hutan' belukar di tepian padang tempat anak-anak akademi berlatih bola sepak

Langit lagi...



Roti kaya

Sebut 'rotikaya' apa yang anda fikirkan?

Sekeping roti yang lembut, dan disapu dengan jem kaya yang manis, lemak berkrim, dan pastinya digemari ramai!

........atau.........

rotikaya yang hot dan kontroversi itu??? heeewww....

Pastinya yang lebih berkhasiat itu lebih manfaatnya untuk fizikal tubuh. Makan pun sambil tersenyum manis.

Setuju??

Bersih 4.0: Jom berhimpun di Book Fair 2012, PWTC

Ya, Book Fair datang lagi!

Jika semalam tertunda niat-niat disebabkan demostrasi jalanan, hari ini dengan keadaan yang aman damai dan suasana harmoni ramai kaki novel, ulat buku dan peminat hobi membaca membanjiri pwtc untuk sapu bersih semua buku, majalah dan novel yang dijual oleh pelbagai pengedar buku dengan harga diskaun.

Selain jualan buku, setiap galeri dan booth menjadi tumpuan dengan kehadiran selebriti, artis, kartunis, novelis, penulis buku, ustaz, dll. Pastinya, hari ini antara yang menjadi tumpuan ialah jutawan bola sepak negara, Safee Sali. Selain itu, calon angkasawan negara Mejar Dr. Faiz Khaleed juga hadir untuk menyertai aktiviti yang dijalankan di galeri Karangkraf. Khabarnya, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Hasrizal juga hadir, tetapi tidak pula bertemu mereka.

Langit #5

Langit petang #4





Langit petang #3


Subhanallah,
Maha Suci Allah Yang Maha Esa.

Ya, sungguh cantikkk. Tiada yang lebih unggul melainkan apa yang diciptakan oleh Allah Taala.

Kebelakangan ini, Kak Aina suka mengambil gambar pemandangan di langit. Tatkala menemani anak-anak berlatih bola  di padang, sambil itulah tangan ini akan mengetik tiap sudut yang menarik perhatian.


Kata orang, bila melihat ke langit, jangan lupakan rumput di bumi. Perumpamaan yang menyuruh manusia agar tidak lupa akan asal usul dan harus melihat kekurangan orang lain supaya sentiasa bersyukur dengan kurniaan-Nya...

A022

Wordless wednesday: Langit petang #2



Wordless wednesday: Langit petang



Char Kue Teow paling best di Pasar malam AU2 (Sabtu)





Naga terbang?

 
Naga terbang = dragon fly.

Typo error. Ejaan yang betul ialah dragonfly yang bermaksud pepatung atau sibur-sibur. [rujuk]

Masa zaman Kak Aina usia dalam lingkungan 7-9 tahun, antara aktiviti yang suka dilakukan ialah menangkap sibur-sibur. Kalau cekap, tangkap guna tangan pun boleh. Masa itu, akak tinggal dengan  Wan di kuaters JKR di sebuah kampung dalam daerah Raub. Dekat kawasan rumput tinggi tak jauh dari rumah Wan banyak sibur-sibur dan kupu-kupu kecil hidup meliar.

Alatan menangkap yang digunakan ialah sekadar plastik saiz kecil atau sederhana yang diikat pada hujung batang kayu. Kemudian gunakan secara terbuka untuk memerangkap serangga di dalamnya. Memang menyeronokkan. Kadang-kadang tanpa hiraukan cuaca panas, akak berkejaran mengejar pepatung yang pelbagai jenis yang warna dan saiz. 

Haiwan yang sangat unik dan cute

Sayapnya mudah terkoyak dan patah. Hati-hati memegangnya...

Aik, macam jinak dibiarkan hinggap di tangan...

Sangkakan ia lemah, tetapi akhirnya ia terbang laju dan pergi 


Sibur-sibur di atas, telah secara tiba-tiba melekat di jeans Kak Aina sewaktu di kampung baru-baru ini. Lalu, akak pegang elok-elok dan tunjukkan kepada anak-anak.

"kenapa dia macam patung ibu?"

Mungkin disebabkan itulah ia dipanggil juga sebagai pepatung kot. Sesekali bila sayapnya berkibas, anak-anak menjerit kerana terkejut. Dalam takut masing-masing seronok untuk mencuba mengusap Sang sibur-sibur.

Bila mengenang masa lampau, membandingkan usia anak dan saat akak sebaya mereka, begitu berbeza sekali alam pembesarannya. Banyak kekurangan masa, ruang dan peluang untuk mereka melakukan aktiviti seperti ibu mereka ini dahulu. Beredarnya masa dan zaman, bukan hanya usia yang bertukar, malah persekitaran juga menyaksikan serangga yang dahulunya hidup banyak di depan mata sudah jarang-jarang sekali kelihatan di depan kita...

Masa itu juga, zaman kanak-kanak riang akak begitu bebas tanpa dibelenggu rasa takut untuk ke mana-mana. Ibu bapa dan nenek juga senang hati melepaskan kami menjalani aktiviti harian bersama kawan-kawan. Walaupun ke hujung sungai, ke dalam paya atau semak belukar, kami bebas meneroka. Begitulah hidup seorang anak kampung kan?

Syukur pada-Mu Ya Allah.