Supplement masa mengandung

Baru-baru ni semasa chatting dengan seorang teman lama, terkeluar citer bab supplement yang diambil semasa mengandung. Kalau masa first trimester saya memberitahunya saya mengambil folic acid dan trimester kedua dan akhir hanya mengambil obimin...kemudian die beritahu saya pula yang dia tidak mengambil obimin kerana takut anak besar.Jadinya, ubat yang diberikan doktor tidak dimakan dan dibiarkan begitu sahaja. Alhamdulillah dia tiada sebarang masalah semasa mengandung dan melahirkan anak..Anak yang dilahirkan juga comel dan sihat walafiat..Kemudian masuk pula bab makan penadol(paracetamol) semasa mengandung.Ini kerana saya kerap mengambil paracetamol apabila pening kepala.Teman saya tersebut memberitahu dia tidak berani mengambil penadol kerana ibunya pernah berpesan takut mengalami keguguran.Memandangkan dia mengandung sulung, maka dia mengelakkan makan penadol.

Obimin
Saya terlupa pula untuk bertanya details dengan Doktor Wan masa last checkup. Saya cuba google dan dari pembacaan beberapa laman web menunjukkan tiada bukti obimin akan menyebabkan anak akan besar. Malah faktor anak dilahirkan besar biasanya disebabkan ibu yang mempunyai masalah kencing manis(kandungan gula tinggi dalam darah)..mungkin ada kes berkecuali, anak besar tapi ibu dan anak tiada masalah.Obimin ialah makanan tambahan kepada ibu untuk kebaikan anak yang dikandung. Sepertimana folic asid penting untuk anak, ibu mengandung juga tidak patut meninggalkan obimin..baru-baru ini Doktor Wan memperkenalkan obimin baru iaitu Obimin Pluz;mengandungi khasiat tambahan di antaranya seperti EPA dan DHA..tapi saya hanya mengambil selama sebulan sahaja sebelum bertukar kepada obimin biasa..tak tahan rasa nak muntah lepas makannya..

Paracetamol
Pengambilan paracetamol semasa mengandung dibenarkan untuk menghilangkan sakit kepala,demam dll.Dahulu saya juga risau untuk mengambil penadol kerana takut ada kesan buruk terhadap kehamilan.Namun, ada kawan yang beritahu tidak mengapa..dia cakap lagi, doktor dia yang beritahu.So, baru saya berani makan.Rupa-rupa nya ada juga yang berpendapat selainnya...
Badan manusia ni lain-lain kekuatan antibodinya..mungkin ada yang elok dan sesuai untuk saya belom tentu elok juga untuk orang lain.. Pengalaman tumpah darah sewaktu melahirkan anak yang ketiga membuatkan saya berhati-hati untuk mengambil sebarang supplement. Hari ini terlalu banyak produk makanan tambahan untuk para ibu dari sebelum mengandung hingga berpantang...Walaupun saya tidak pernah mengambil makanan tambahan selain yang diberikan doktor, nurse sempat juga bertanya sama ada saya mengambil produk *** sebab tumpah darah tersebut.Kepada kawan-kawan sekalian sila dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba apa-apa produk dan mengambil makanan tambahan.Kadang kita teruja dengan iklan-iklan produk untuk mendapat anak yang pintar dan comel.Saya memetik kata-kata Doktor Wan "Tak makan ubat ***,baca Al Quran pon boleh buat anak jadi cerdik".

Rujukan >>>>

Cuti-cuti Malaysia #2

lagi-lagi gambar...






Cuti-cuti Malaysia..

Etceli ni pics masa cuti sekolah yang lepas..terlewat upload atas sebab masalah teknikal...hehe keluarga mertua datang KL dan kami berkesempatan melawat ke Taman Burung.. anak dan anak-anak saudara lah paling seronok sebab dapat bermain dan berjalan..tak lupa acara memberi makan burung dan melihat aksi burung di pentas pertunjukan..



Kenaikan Berat Badan dan Suntikan Hepatitis B

Hari ini check up ... Alhamdulillah darah dah back to normal dan berat naik 0.5 kg lg..ahaha seronok giler sbb tak naik banyak..Doktor Wan po cakap kalau macam nilah senang keje die..ahaks:D kenapa pulak? dia cakap kalau ibu mengandung naik berat badan lebih 2 kg..maka kene banyak benda perlu diambil perhatian...

Pernah terjadi patient dia pregnant 4 bulan naik berat 5kg mendadak. So, terus dia refer ke hospital. malangnya, patient itu tak mengambil berat masalah dan sering ponteng checkup doktor. Semasa kandungannya 6 bulan, baby meninggal di dalam kandungan..Mungkin sudah suratan, dan wanita tersebut mungkin tak menyangka kelalaiannya akan menyebabkan kejadian tersebut berlaku..Ini 1 dari peristiwa.Mungkin ada penjelasan lain yang kita tidak tahu..

Kenaikan berat badan sewaktu mengandung perlu diambil perhatian. Jika terlalu banyak ada beberapa kemungkinan yang boleh dijangka kan berlaku. Sama ada si ibu mengalami tanda-tanda darah tinggi atau menghidap kencing manis..semuanya perlukan pemeriksaan yang lebih lanjut dan rapi.sebagai ibu mengandung kita sendiri perlu prihatin dan mendengar nasihat doktor.Ada sesetengah doktor memberikan nasihat yang membuat kita rasa kurang pasti atau tidak yakin. Jangan malu untuk mendapatkan second opinion dari doktor yang lain..yang penting kita memperoleh info yang tepat!!

Bulan lepas saya diambil darah untuk diuji.Alhamdulillah ok...cuma, doktor mengesan yang saya tidak pernah mengambil suntikan hepatitis B sebelum ini.Suntikan ini perlu diambil sebelum mengandung.Alamak doktor wan ada sedikit membebel sebab dah nak masuk 4 anak tapi saya masih lupa..dia cakap dia dah tulis dan bagitahu banyak kali tapi still lupa lagi...hehe ye ker?? aku memang tak hingat langsung. Dia cakap adalah bahaya jika aku pembawa, nanti anak yang dikandung akan mendapat virus tersebut.Nauzubillah..Insya Allah lepas ini aku akan ingat. Lagi pun hari ini hubby berkesempatan menemankan ke klinik.Harap-harap dia pon tak lupa untuk mengingatkan aku kemudian nanti:D


Tekanan Darah Rendah

Salam..

Lama betul saya tidak update blog ini..sedar tak sedar sekarang sudah masuk 2nd trimester..Keadaan badan semakin membaik tetapi kadang-kadang pening-pening dan mual-mual juga..lepas checkup bulan lepas, doktor memberitahu tekanan darah saya sedikit rendah....100/60. Walaupun begitu kesihatan saya tak lah seteruk kawan yang mengalami tekanan darah rendah sehingga masuk wad.

Ini first time kene darah rendah semasa mengandung. Kalau ikut family saya, mak dan adik ada darah tinggi.Beza dengan darah rendah, darah tinggi lebih tinggi risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti buah pinggang yang turut dihidapi oleh emak dan adik saya. Antara tanda-tanda darah rendah seperti rasa pening macam nak pitam, rasa loya/mual,pernafasan pendek dan cepat lelah dan kulit dingin/lembab..Ada setengah orang menyangka diri menghidap migrain tetapi bukan rupanya setelah bertemu doktor.

Petua orang, untuk darah rendah elok makan bayam dan banyakkan minum air masak. Anemia juga sering dikaitkan dengan tekanan darah rendah. Namun, sebenarnya berbeza kerana anemia disebabkan kekurangan sel darah merah di dalam badan. Walau pun gejala keduanya hampir sama, seorang mengidap anemia lebih pucat muka dan tangannya dan jika lebih teruk langsung susah nak bernafas....

Puas jugak mencari info untuk darah rendah ni..akhirnya jumpa satu artikel yang menarik untuk di kongsi. Selamat membaca!

Kanak-kanak dan susu (kalsium)

Baru-baru ini saya ditegur oleh kakak ipar tentang pengambilan susu di kalangan anak-anak saya. Katanya jangan biarkan anak-anak tak minum susu sebab nanti bila dah besar tulang mereka menjadi tidak kuat seperti yang terjadi kepada anak muridnya. Cerita beliau yang juga seorang guru sekolah menengah, kebanyakan anak muridnya mudah retak tulang bila aktif bersukan terutama bola sepak. Ini merumitkan.

Pada sesi pertemuan dengan Dr. Wan baru-baru ini saya sempat bertanya. Memandangkan anak bongsu saya yang berusia 2 tahun sudah bercerai susu badan, akhir-akhir ini dia seakan-akan merajuk untuk 'neneng' hatta di dalam botol susunya. Bila seorang tidak menyusu botol, maka abang-abangnya juga tidak meminta. Bagaimana pun anak-anak saya masih minum susu (dugro 3+ perisa coklat) untuk cicah biskut atau minum susu segar untuk makan bersama cereal...


Menurut Dr.Wan pengambilan susu sekurang-kurangnya 2 gelas sehari sudah mencukupi. Jika anak-anak kurang berminat dengan susu, gantikan dengan yougart, cheese (dimakan dengan roti) atau minuman soya. Susu segar pelbagai perisa yang dipek di dalam kotak kecil juga sesuai diberikan kepada anak-anak. Selain menarik minat mereka, ia juga tahan lama biar pun disimpan di luar peti sejuk.

Berikut petikan artikel bertajuk "Usah abaikan susu" yang ditulis oleh Rahayu Mohd Salleh di dalam Harian Metro:

“Bagi kanak-kanak pula, apabila mereka sudah tidak mengambil susu daripada botol, biasanya mereka akan terus berhenti minum susu,” kata Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari. Keperluan kalsium untuk wanita berbeza sepanjang hayat mereka. Jika wanita dewasa perlukan kira-kira 800 mg sehari, keperluannya lebih tinggi di kalangan wanita hamil dan wanita yang menyusukan bayi.

“Bagi wanita hamil dan menyusukan bayi, disarankan supaya pengambilan kalsium dipertingkatkan iaitu antara 1,200 hingga 1,500 mg sehari. Ini kerana bayi dalam kandungan akan menarik kalsium daripada ibunya dan jika ibu hamil itu tidak meningkatkan pengambilannya, ia boleh memberi kesan kepada ibu terutama dari segi kesihatan gigi. Kata orang dulu-dulu, setiap kali mengandung, setiap kali itulah gigi patah sebatang. Sebenarnya, ia disebabkan kekurangan kalsium dalam tubuh ibu yang hamil. Menerusi pengalaman saya di bidang sakit puan, masalah gigi di kalangan wanita hamil masih berlaku. Mungkin mereka tidak mengalami masalah teruk hingga menyebabkan gigi patah tetapi boleh dikatakan di kalangan 20 wanita hamil, ada seorang yang mengalami masalah gigi. Sesetengahnya tidak pernah mengalami masalah gigi tetapi ia hanya berlaku ketika hamil misalnya gigi berlubang, tampalan pada gigi tertanggal, gigi terhakis dan serpihan pada gigi,” katanya. Apapun, menurutnya, kesedaran terhadap pengambilan kalsium tidak seharusnya tertumpu ketika seseorang wanita itu hamil atau menyusukan bayi kerana kepentingannya harus bermula sejak kecil lagi.


Kekurangan kalsium tidak memperlihatkan kesan yang drastik misalnya boleh menyebabkan serangan penyakit tertentu. Mungkin atas alasan ini, ramai yang tidak begitu endah pada kepentingan kalsium.Namun, ia seharusnya diberi perhatian untuk membolehkan seseorang itu mempunyai simpanan kalsium yang mencukupi sepanjang hayat mereka bagi mengelakkan masalah osteoporosis yang lazimnya berlaku ketika wanita berada di peringkat usia menopaus. Apatah lagi kini, jangka hayat untuk wanita dan lelaki kian meningkat.

Bagi wanita, jangka hayat mereka boleh menjangkau sehingga usia 80 tahun lantas bekalan khasiat dalam tubuh sebegini memang penting supaya mereka mempunyai simpanan kalsium mencukupi sekali gus membantu mereka memperoleh taraf kehidupan yang lebih berkualiti pada usia sedemikian,” katanya. Tidak perlu menanti hingga masalah osteoporosis menjengah malah di kalangan wanita muda, antara petanda yang menunjukkan kekurangan kalsium dalam tubuh adalah apabila mereka sering mengalami masalah kejang kaki khususnya pada bahagian betis. Lantas, budaya pemakanan sihat harus dipupuk sejak kecil terutama membabitkan pengambilan kalsium.

Jika anak tidak lagi minum susu daripada botol, galakkan mereka supaya minum susu daripada cawan. Di kalangan wanita yang tidak tahan dengan bau makanan atau minuman hasil tenusu seperti telur, keju dan dadih, ada pelbagai pilihan makanan bukan hasil tenusu yang dapat membekalkan kalsium. Antaranya adalah sayur-sayuran hijau seperti brokoli serta makanan lain termasuk kekacang dan sardin. Selain itu, sumber makanan lain yang diperkayakan dengan kalsium juga kian banyak di pasaran termasuk roti, jus dan biskut.

InfoHasil tenusu (kandungan kalsium dalam mg):
Segelas susu - 240 mg
150 gram dadih rendah lemak - 225 mg
2 cedok kecil ais krim - 120 mg

Bukan hasil tenusu (kandungan kalsium dalam mg):
2 keping roti putih - 83 mg
1 keping capati - 42 mg
Separuh keping roti naan - 137 mg

Menu ringkas untuk menambah kalsium:
- Nikmati bijirin yang dicampur bersama susu segar ketika barbarian
- Nikmati dadih buah-buahan rendah lemak sebelum makan tengah hari
- Jika memilih sandwic untuk makan tengah hari, sertakan keju dalam hidangan
- Brokoli bersama lobak merah dan kentang juga enak jika dijadikan hidangan sampingan ketika memanggang ayam

Movie yang ditungu-tunggu....2009

Saya sengaja mengambil peluang untuk turut mempromosikan kartun animasi kesukaan anak-anak saya termasuk yang berumur 2 tahun tu..Hari ini pembukaan di pawagam seluruh negara. Tahniah buat semua krew produksi Les'Copaque atas produk kreatif ini..Sama-sama kita menyokong filem yang asli dan bukannya yang cetak rompak..Moga sasaran RM 10 juta mereka akan tercapai!

Kredit: http://gengmovie.blogspot.com/

Pengambilan asid folik semasa mengandung

Saya ingin berkongsi sedikit info berkenaan asid folik yang diambil (makan) semasa trimester pertama oleh wanita mengandung.

Baru-baru ni semasa berkunjung ke klinik saya sempat bertanya kepada doktor Wan Kamariah (Klinik Famili Setiawangsa) sama ada benarkah jika seorang wanita mengandung yang tidak mengalami sebarang alahan dia tidak perlu mengambil asid folik? Ini kerana adik saya yang juga mengandung tidak mengambil sebarang vitamin/ubat semasa trimester pertama. Doktor yang memeriksanya memberi alasan bahawa dia sihat. Jawapan yang diberikan oleh Dr. Wan adalah sebaliknya kerana kepentingan asid folik bukan untuk si ibu tetapi anak yang dikandungnya...mungkin doktor tersebut kurang pengetahuan atau apa jua sebabnya kita tak tahu. Malah, Dr.Wan menyarankan saya menasihati adik saya untuk makan asid folik. Namun, kini kandungan adik saya sudah memasuki trimester kedua. Insya Allah Aini akan melahirkan anak sulungnya pada bulan Mei nanti. Insya Allah kandungan sihat dan kami doakan dia melahirkan dengan selamat.


Mungkin ada yang berkata, nenek moyang kita zaman dulu tak makan ubat pon anak lahir ok jer! Apa-apa lah...tapi kepada ibu-ibu mengandung di luar sana elok lah mengambil asid folik ini untuk kebaikan baby anda. Kalau rajin google lah kepentingan asid folik untuk mendapat info penting.

Jika anda ingin mengambil sebarang supplement sebagai makanan tambahan sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Banyak sangat iklan yang menarik perhatian kita masa kini. Lebih-lebih lagi jika bagaimana hendak mendapat anak yang pintar..anak yang sihat dan ..bla..bla..bla..Even testimonee menunjukkan keberkesanan yang memberangsangkan, kita still memerlukan nasihat doktor supaya tidak berlaku hal yang tidak diingini. Lain orang lain kesannya. So, jangan menyesal di kemudian hari....

Tahun baru baby baru!

Memang dah plan dengan hubby nak tambah anak lagi tahun baru ni. Alhamdulillah, masuk Januari je aku dah start morning sickness. Mula tu tak sangka juga lah sebab period memang selalu datang lewat. Kadang sampai sebulan lebih lambatnya. Nasib baik ada rasa-rasa mual dan tak berminat dengan bau masakan serta bau perfume membuat rasa ragu-ragu dan akhirnya melakukan test sendiri di rumah. Alhamdulillah positif! Selepas tu baru berjumpa doktor di klinik untuk memastikan kandungan itu benar-benar wujud atau sebaliknya..Hasil scan doktor mengesahkan baby betul-betul berada di dalam rahim...Due pada 18 September 2009...eemm bulan puasa tu. Beberapa hari nak menjelang Aidil Fitri. Semoga semuanya akan berjalan lancar seperti sebelumnya...doakan sama ye...

Aktiviti Hujung Minggu # 6



Pemandangan-pemandangan ini saya petik di Taman Metropolitan Kepong...Biasanya anak-anak suka bermain layang-layang, tapi, pada hari itu mereka hanya bermain di taman dan kemudian menaiki tren..Memang seronok!