Ciri-ciri Lelaki BAIK dan lelaki JAHAT


Nak berdiet mengikut jenis darah?

Wow, info menarik di blog Pn.Stoberi! Tentang diet yang sesuai mengikut jenis darah kita. 

Anda tahu jenis darah anda? Sila cucuk jari dan keluarkan darah tu, nanti anda tahulah jenisnya. No, itu salah! Anda tak boleh meng'test' sendiri. Sila buat pemeriksaan di klinik atau hospital. Lebih bagus, pergi menderma darah dan ketika itu anda akan ketahui jenis darah anda. Jenis darah kita samada A, B, AB dan O...Nak info lengkap, nanti semasa pemeriksaan silalah interview doktor, pembantu doktor, misi(nurse) atau pihak yang berkaitan okeh.

Berbalik tentang diri saya, saya jenis darah kumpulan B+. Hemm...dalam 4 orang anak saya, Luqman sahaja yang komfem darah sama jenis. Kalau tak silap, hubby pun jenis kumpulan B juga. Jadi anak-anak B lah kot semuanya. Kalau sekeluarga dah sama, senanglah nak menyediakan hidangan diet. Seperti perumpamaan, 1 saiz sesuai untuk semua orang. Hehe..

Jom baca ini dengan SERIUS. Bukan hanya untuk mereka yang NAK KURUS, tetapi juga untuk menJAGA keSIHATan.

Keluarga felda dapat durian runtuh

Hari ini memang hari yang ditunggu oleh warga felda. Alhamdulillah PM kita DS Najib Razak dah umumkan...Siaran langsung di kaca tv kami tonton bersama pagi tadi sambil melayan Luqman menyiapkan kerja sekolahnya.

Suami tersenyum lebar bila pengumuman telah dibuat.

"Ibu, Aman dapat jugak ke?" Ibu gelak besar dengar soalan Luqman.

"Aki dan nenek dapat. Aman tak..."jawab saya.

Luqman dah generasi ke 3, dan lagi kita bukan duduk di felda nak oi...Apapun, tahniah buat semua warga felda yang meraih durian runtuh dan durian gugur...Durian yang runtuh bak bunyi motokar 'bruuuummm' kata DS Najib. Haha...suka juga tengok dia berseloroh dengan rakyat (kecualikan bab politik). Memang beruntung orang felda dan orang Pahang bila PM kita orang negeri kita. Tapi kata DS Najib, yang penting ialah sebab felda diasaskan oleh almarhum ayahandanya Tun Abdul Razak dan pertama kalinya tanah yang diteroka ialah Felda Lurah Bilut di Bentong Pahang.

Moga rezeki kurniaan Allah itu dapat dimanfaatkan bersama. Selepas ini mana-mana anak peneroka yang berada rasa sudah lama tak balik kampung dapat lebih buka mata untuk menghargai tanah tumpah darah mereka terutama ibu bapa kalau berasa sudah lama tak dijenguk. Emm...jangan hanya nak balik untuk tuntut durian runtuh ya....

Jasa dan pengorbanan peneroka serta jerit perih mereka pada 30-50 tahun kebelakang di mana peneroka generasi pertama membangunkan tanah rancangan perlu kita hargai. Mungkin orang bukan peneroka dan bukan kakitangan felda terasa sedikit iri hati dek apa yang mereka dapat ini, namun berbanding kesusahan mereka dahulu mungkin kita boleh katakan ianya berbaloi! 

Saya masih ingat sewaktu kecil suka melawat mak saudara yang juga orang felda. Rumah di sana tak besar dan kehidupan tak mewah hari ini. Berbanding, anak-anak mereka yang ramai dan pendapatan mereka ketika itu tidak setinggi sekarang. Syukur hari ini kalau kita masuk ke felda, rumah-rumah sudah besar dan kalau masuk ke dalamnya pula terasa limpahan rezeki yang mereka telah dapat. Namun, generasi pertama felda kebanyakannya sudah tiada hari ini. Dalam kegembiraan ini mari sama-sama kita sedekahkan Alfatihah, semoga ada limpahan 'nikmat' juga buat mereka di alam sana. Walaupun, tidak dapat merasai untung dunia, moga ada saham akhirat atas pengorbanan mereka dahulu.

Insha Allah.

Jangan Tidur Lagi - Iwan (ex-Dangdut) & Nazrey (ex-Raihan)


Aidil dan Najwa kembali lagi??

Selepas beberapa siri, ingatkan adik cilik berdua tu, Najwa dan Aidil sudah 'pencen' tapi akhirnya mereka akan kembali beraksi malam ini di program lewat malam @TV3, Jangan Tidur Lagi.

Sebelum ini banyak komen dan kritik mengatakan ketidaksuaian gandingan pasangan kanak-kanak di dalam rancangan temubual tersebut untuk menemuramah jemputan dengan soalan-soalan hangat dan berbisa. Hemmm kecik-kecik udah pandai, udah besar nanti gimana pulak eaa??? oopppps

Mungkin....mungkin selepas postmortem dan kajian semula terhadap kehadiran pasangan itu, harap-harap ada penambahbaikan terhadap skrip dan penampilan mereka dalam menemubual artis dan figura yang dijemput. Kita pun faham, umum sukakan kepetahan Najwa dan Aidil, namun jangan diabaikan aspek budaya kita di mana anak-anak harus berbudi bahasa, dan bercakap sopan santun dengan mereka yang lebih dewasa. Kalau bukan kita yang dewasa memberikan contoh teladan yang baik, pastinya anak-anak akan terdidik mengikut apa yang diajar dan dilihat depan mata mereka.

Saksikan aksi Najwa dan Aidil menemubual Iwan, Nazrey dan siapa tah ada sorang lagi(perempuan). Pastinya diteraju utama oleh Adlin Aman Ramli, rancangan bermula 11 malam @TV3.

KAK AINA: Nak tengok Aidil dan Najwa temubual artis nasyid....Iwan dulu dikenali 'Iwan dangdut' tapi hari ini dah berhijrah sebagai penyanyi lagu-lagu ketuhanan...best jugak lagu dia. Selalu dengar di corong IKIM.Fm

Pesta Buku, jom heboh heboh kat sana

Sharing pemandangan hari semalam.....meskipun orang ramai, tetap ada ruang kosong nak berjalan. Rasanya, hari ini dan esok (last day) mungkin lebih sesak memandangkan hari-hari terakhir untuk tahun ini...
barisan peminat RAM

Bubur guli


Inilah guli-guli yang dibuat daripada campuran tepung ubi, tepung beras dan tepung pulut. Campuran tepung-tepung tersebut dijadikan doh dan dibahagikan kepada 3 bahagian mengikut warna. Kemudian masak guli di dalam air panas dan tunggung hingga terapung/timbul. Selepas timbul boleh angkat ke tepi.

Sunan Musafir

Alhamdulillah...

Syukur, dapat memiliki buku terlaris hari ini di Grup Buku Karangkraf, Sunan Musafir. Wah, memang laris sungguh tadi.  Sekejap aje, habis novel itu direbut orang. Tambahan dengan kehadiran sang penulis iaitu Ramli Awang Mursyid,  pastinya para peminat tidak melepaskan peluang untuk membeli dan mendapatkan  tandatangan beliau. Untungnya, belian pada hari ini boleh didapatkan  pada harga diskaun, RM33 (asal RM35 sebab berkulit tebal).

Untuk makluman, buku Sunan Musafir ini adalah cetakan kali pertama dan bakal dirasmikan esok di pentas PBKL. Insha Allah. Jadi kepada peminat beliau yang berhajat mendapatkan naskah Sunan Musafir, boleh hadir esok kerana menurut informer di Grup Buku Karangkraf mungkin cetakan sebanyak 300 buah akan diedarkan. Memandangkan esok hari cuti, sesi sign autograf dan bergambar mungkin tidak diadakan bagi mengelakkan kesesakan dek kebanjiran pengunjung yang ramai. Namun, siapa tahu kan, kot kot tetiba adaaa....so, jommmm heboh beramai-ramai :)

edisi hard cover 


Senarai 49 orang yang dicari polis kerana Bersih 3.0

Sajak Oh Melayuku.
**** Mohon renungan dan fikiran. Bukan mencemuh siapa-siapa.  Andai kau fikir  jalanmu itu  benar, aku jua fikir jalan yang kupilih ini benar. Pujangga mengatakan, 'berani kerana benar' tetapi, meletakkan keberanian pada jalan yang salah tidak akan menjadikan kita orang yang benar. Akhirnya kita juga 2x5 dengan mereka. Kelak, waspadalah bila melangkah, hati-hati bila bercakap dan fikir sebelum bertindak. Wahai melayuku!

Sebelum hujan ribut...



Dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.....Kalam-Nya dari Surah Annur, ayat 43&44:
A043
Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.(An-Nuur 24:43) A044
Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik matahatinya berfikir.(An-Nuur 24:44)
 
 Benarlah firman Allah Yang Maha Besar!