Showing posts with label Cikgu. Show all posts
Showing posts with label Cikgu. Show all posts

"Cikgu cakap, kalau tak datang pun tak pe"



Hari ini ada sekolah ganti sempena CNY yang lalu. Anak akak si Luqman tak nak ke sekolah sebab katanya cikgu cakap "kalau tak datang pun tak pe". Sebab kedua, dia sebenarnya nak ikuti sesi latihan bola sepak petang ni.

Biar apapun sebab dia, Luqman WAJIB HADIR ke sekolah petang ini. 

Tadi bersms dengan Mas, ibu kawan 1 sekolah Luqman, Dina namanya. Dina juga tidak mahu ke sekolah sebab cikgunya beritahu "kalau ibu bapa ada hal lain, tak nak datang pun tak pe". Wah.. apa lagi, ia menjadi alasan Dina untuk membodek ibunya supaya dia tidak perlu pergi ke sekolah.

Point kat sini, kami sebagai ibu cukup tak berpuas hati sebab seorang guru boleh meluahkan kata-kata sebegitu kepada anak murid. Sepatutnya mereka menggalakkan anak-anak rajin ke sekolah lebih-lebih lagi pada hari bersekolah ganti. Hal sebaliknya, saya dan Mas terpaksa memujuk anak-anak kami ke sekolah hari ini.

Untuk pengetahuan, Luqman dan Dina kelas lain-lain. Jadi, 2 orang cikgu yang bercakap demikian. Cikgu di kelas lain tak tahulah cakap ke tak benda yang sama. Seolah-olah mereka malas nak mengajar dan terpaksa rela diri hadir pada hari Sabtu untuk sekolah ganti.

KAK AINA: Cikgu pun manusia biasa. Kalau malas sekalipun janganlah cakap dengan murid-murid, kan?

Terima Kasih Cikgu

*Salam sejahtera*

Selamat hari guru kepada para guru di seluruh negara pada hari ini. Moga hari ini para guru tersenyum gembira dan berbahagia dalam sambutan yang diadakan di sekolah-sekolah. Hari ini di sekolah anak saya pun berlangsungnya sambutan hari guru. Dia siap minta dibawa hadiah lagi untuk diberikan kepada cikgunya. Emmm maka terpaksalah ibu membuat kad ucapan dan bagi hadiah pada setiap cikgu mereka.

Hari ini Perdana Menteri mengumumkan berita gembira untuk warga pendidik. Ini berita dari Utusan Malaysia Online:

Wonderful May!

Selamat bertemu di bulan Mei....bulan yang penuh makna, banyak peristiwa menarik dan bakal dirai, Insya Allah.

Kita pasti tidak akan lupakan sambutan untuk para guru dan juga mereka yang bergelar ibu! Terdahulu pada 1 Mei kita sudah menyambut Hari Pekerja. Semoga dengan adanya sambutan dan penganugerahan pada setiap tahun ia menjadi satu motivasi untuk semua orang untuk meningkatkan prestasi diri dan kualiti kerja. Bukan sahaja sebagai pekerja, malah sebagai majikan. Sambutan menandakan kita tidak lupa jasa-jasa orang di sekeliling yang bekerja sebagai tukang sapu, pekerja majlis bandaran, pemandu bas, lebih-lebih guru di sekolah dan ibu yang menguruskan rumahtangga menjadi tonggak keluarga.

Untuk tahun ini, macam-macam perancangan terbit dalam kotak fikiran. Errmm...biasalah aku dan selalunya mesti ada je aral melintang di jalan. Nak buat cemana kan...Apa pun kalau tiada sambutan istimewa pun tak kisah lah asalkan ucapan untuk bonda-bonda tercinta akan dilafazkan. Semoga tahun ini lebih bermakna daripa tahun-tahun yang telah lepas.





Selamat Hari Guru..

Mei..bulan yang indah..minggu lepas kita menyambut hari ibu pada tanggal 10hb dan pada tanggal 16 Mei pula, sambutan untuk para guru...mengimbau zaman persekolahan dari sekolah tadika, sekolah rendah dan sehinggalah sekolah menengah, jasa para cikgu yang telah mendidik saya amatlah besar dan tak dapat saya membalasnya..


Ilmu yang cetek dan pengalaman hanya sebentar sebagai guru ganti dan guru sandaran cukup menjadikan saya mengerti pengorbanan seorang guru itu amatlah besar untuk mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna..Alangkah bangga seorang guru melihat anak didiknya berjaya menjadi manusia berguna. Dan amat lah sedih hati guru itu pabila melihat anak didik nya menjadi manusia yang hina dan layak digelar sampah masyarakat... Adakah wujud kepincangan dalam mereka mendidik atau salah ibu bapa yang melahirkan? atau itu salah anak-anak bangsa itu sendiri kerana memilih jalan yang sesat???


Walaupun, suatu ketika saya dan kawan2 pernah dimarah, didenda, dirotan, dan membenci guru namun, akhirnya kami sedar kerana hukuman itulah kami mendapat kesedaran untuk menjadi manusia berguna, kami mendapat semangat dari guru jua untuk belajar bersungguh-sungguh dan maafkan kami kerana suatu ketika dulu pernah mengutuk cikgu..


Buat cikgu-cikgu yang sudah tiada, semoga Allah merahmati anda semua di alam sana dan sesungguhnya ilmu yang bermanfaat yang tercurah kepada anak bangsa dan mengalir satu generasi ke generasi yang lain sesungguhnya akan diberikan Allah ganjaran yang besar di akhirat kelak...


Sempena hari guru ini, saya ingin memetik pertama kali nama2 guru yang banyak berjasa kepada saya...terlalu ramai,maaf hanya menyebut sebahagiannya sahaja:D


Cikgu Maina (1983,Tadika Dong), Cikgu Suhana, Cikgu Sabri(GB), Cikgu Amri, Cikgu Tan See, Mr.Wong, Ustazah Khadijah, Ustaz Mohd, Cikgu Rj.Norita, Cikgu Zaleha, dll(1984-89 SKMJ Dong), Cikgu Sharuddin, Cikgu Norhayati, Cikgu Zakaria dan isteri, Cikgu Amin, Cikgu Hawalit, Ustazah Salina, Ustazah Fazidah, Ustazah Hasnah, Ustazah Zaiti(arwah), Ustaz Mat Aris dll(1990-1995 SMADRa)-banyak lupa daa, tp muka still ingat! Tak lupa, buat mak/pak/tok sedara yang bekerja sbg guru..mak ngah, ay ngah kat neg9, tok we, tok cik, dan akak ipar serta sepupu sepapat yang juga seorang cikgu...Kawan-kawan baik, Syafarina, K-ri(angah), Mama(Hasniza), Wita, Ana dll. Again, selamat hari guru buat korang dan terimalah sajak dari Sasterawan negara, Usman Awang khas buat semua...


Guru Oh Guru- Osman Awang (1979)
Berguru padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat ‘cikgu’ terpahat
Menjadi kenagan ke akhir hayat...


Mei bulan yang indah, hari istimewa juga sempena hari lahir insan-insan tersayang dan kawan-kawan rapat yang banyak jatuh dalam bulan Mei ini...Anakku Almustofa 10hb,Wa 15hb,Lala 16hb,Nopai 21hb,aku 27hb,CT dan Chu 28hb,Nurul dan Haikal(anak sedare)31hb...ada ramai lg tp lupe daa..Selamat Hari jadi buat semua ok..semoga usia yang bertambah itu dikurniakan Allah dengan redha-Nya, rahmat-Nya dan keberkatan di dunia hingga akhirat...Amin

Selamat Hari Guru

Dahulu selepas mendapat keputusan SPM aliran pendidikan bukanlah menjadi pilihan utama.Kononya nak masuk aliran yang membolehkan mendapat kerjaya di bidang korporat, duduk ofis bilik hawa dingin dll.....Namun selepas grad barulah tahu betapa susahnya nak mendapat pekerjaan yang diingini lebih2 lagi kalau result tak cemerlang gemilang.Tetapi Alhamdulillah saya amat bertuah kerana mendapat peluang bekerja di syarikat tempat saya membuat praktikal. Saya bekerja di situ selama lebih 2 tahun setengah dengan gaji hari.

Walau gaji tak segah mana tapi ilmu dan pengalaman yang di kutip dari situ amat bermakna.Sehingga satu saat saya mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan lain dan memilih profesyen sebagai guru. Bukan guru sebenar pun, masa tu hanya sebagai GSTT dan kalau nak jadi guru bertauliah kena masuk KPLI. 

Semua orang mesti fikir yang kerja cikgu ni senang dan mudah. Menjadi guru bukan setakat mengajar dan balik bilik guru goyang kaki dan bersembang. Menjadi guru rupa-rupanya bukan setakat bekerja setengah hari dan balik ke rumah tepat pada waktunya dan boleh rilek tidur. Seorang guru memikul tanggungjawab yang amat berat.Guru memegang amanah yang amat besar iaitu untuk mendidik anak bangsa tanpa mengira kaum dan agama. Mandat professionalisme perguruan mesti digalas dengan jujur dan ikhlas.OOOhh...alangkah mulianya tugas seorang guru!.

Pernah suatu ketika dibangku sekolah, saya didenda oleh cikgu. Pernah dulu saya kutuk2 cikgu yang cakap tak serupa bikin..Pernah dulu tak buat kerja sekolah dan menipu cikgu yang buku tinggal di rumah. Alahai...maafkan saya cikgu. Bila dah jadi seorang guru barulah saya tahu betapa susahnya menjadi guru.Berdepan dengan anak-anak murid yang tak nak mendengar arahan, suka melawan, lemah dalam pembelajaran dsb. Semua ini sangat-sangat mencabar kesabaran dan kecekalan. 

Alangkah bahagia bila melihat anak-anak didik berjaya dalam peperiksaan. Lebih bangga bila mereka menjejakkan kaki di menara gading. Saya pernah menghadiri konvo adik saya dan terserempak dengan bekas anak-anak murid saya. Salah seorang ialah murid yang pernah saya denda kerana kenakalannya. Alhamdulillah...Tumpang gembira saya melihat kejayaan mereka. Ada pula yang menegur sama ada masih kenal pada mereka. Ooop..masa saya mengajar mereka, ketika itu belum baligh pun. Rupa pun dah berubah. 

Apa-apa pun semoga kerjaya guru ini terus dihormati dan dipandang tinggi bukan oleh para  anak murid sahaja malah semua lapisan masyarakat kerana seorang polis, seorang raja, seorang perdana menteri malah seorang guru itu asalnya seorang anak yang tiada ilmu tetapi dipenuhi dadanya dengan curahan ilmu oleh seorang bergelar 'cikgu'.

SELAMAT HARI GURU!