Selamat Hari Guru..

Mei..bulan yang indah..minggu lepas kita menyambut hari ibu pada tanggal 10hb dan pada tanggal 16 Mei pula, sambutan untuk para guru...mengimbau zaman persekolahan dari sekolah tadika, sekolah rendah dan sehinggalah sekolah menengah, jasa para cikgu yang telah mendidik saya amatlah besar dan tak dapat saya membalasnya..


Ilmu yang cetek dan pengalaman hanya sebentar sebagai guru ganti dan guru sandaran cukup menjadikan saya mengerti pengorbanan seorang guru itu amatlah besar untuk mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna..Alangkah bangga seorang guru melihat anak didiknya berjaya menjadi manusia berguna. Dan amat lah sedih hati guru itu pabila melihat anak didik nya menjadi manusia yang hina dan layak digelar sampah masyarakat... Adakah wujud kepincangan dalam mereka mendidik atau salah ibu bapa yang melahirkan? atau itu salah anak-anak bangsa itu sendiri kerana memilih jalan yang sesat???


Walaupun, suatu ketika saya dan kawan2 pernah dimarah, didenda, dirotan, dan membenci guru namun, akhirnya kami sedar kerana hukuman itulah kami mendapat kesedaran untuk menjadi manusia berguna, kami mendapat semangat dari guru jua untuk belajar bersungguh-sungguh dan maafkan kami kerana suatu ketika dulu pernah mengutuk cikgu..


Buat cikgu-cikgu yang sudah tiada, semoga Allah merahmati anda semua di alam sana dan sesungguhnya ilmu yang bermanfaat yang tercurah kepada anak bangsa dan mengalir satu generasi ke generasi yang lain sesungguhnya akan diberikan Allah ganjaran yang besar di akhirat kelak...


Sempena hari guru ini, saya ingin memetik pertama kali nama2 guru yang banyak berjasa kepada saya...terlalu ramai,maaf hanya menyebut sebahagiannya sahaja:D


Cikgu Maina (1983,Tadika Dong), Cikgu Suhana, Cikgu Sabri(GB), Cikgu Amri, Cikgu Tan See, Mr.Wong, Ustazah Khadijah, Ustaz Mohd, Cikgu Rj.Norita, Cikgu Zaleha, dll(1984-89 SKMJ Dong), Cikgu Sharuddin, Cikgu Norhayati, Cikgu Zakaria dan isteri, Cikgu Amin, Cikgu Hawalit, Ustazah Salina, Ustazah Fazidah, Ustazah Hasnah, Ustazah Zaiti(arwah), Ustaz Mat Aris dll(1990-1995 SMADRa)-banyak lupa daa, tp muka still ingat! Tak lupa, buat mak/pak/tok sedara yang bekerja sbg guru..mak ngah, ay ngah kat neg9, tok we, tok cik, dan akak ipar serta sepupu sepapat yang juga seorang cikgu...Kawan-kawan baik, Syafarina, K-ri(angah), Mama(Hasniza), Wita, Ana dll. Again, selamat hari guru buat korang dan terimalah sajak dari Sasterawan negara, Usman Awang khas buat semua...


Guru Oh Guru- Osman Awang (1979)
Berguru padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat ‘cikgu’ terpahat
Menjadi kenagan ke akhir hayat...


Mei bulan yang indah, hari istimewa juga sempena hari lahir insan-insan tersayang dan kawan-kawan rapat yang banyak jatuh dalam bulan Mei ini...Anakku Almustofa 10hb,Wa 15hb,Lala 16hb,Nopai 21hb,aku 27hb,CT dan Chu 28hb,Nurul dan Haikal(anak sedare)31hb...ada ramai lg tp lupe daa..Selamat Hari jadi buat semua ok..semoga usia yang bertambah itu dikurniakan Allah dengan redha-Nya, rahmat-Nya dan keberkatan di dunia hingga akhirat...Amin

0 comments: