*Salam Sejahtera*
Masih memikir nak masak apa petang ni. Sambil-sambil cari resepi blogwalking jap dan singgah di rumah Tuan Mazidul. Entri terbaru beliau mengenai pendedahan muslihat pengemis PATI atau pendatang tanpa izin di negara kita. Kemeriahan bazar Ramadhan ini seolah tercemar dengan penipuan mereka yang cuba mengambil kesempatan di sebalik kemurahan hati rakyat Malaysia dan sifat ingin bersedekah kebanyakan orang di bulan mulia ini.
Sebelum ini saya ada menulis entri 'Orang mintak sedekah: Peluang kita tambah pahala'. Saya cuba menolak perasaan wasangka dan skeptikal terhadap golongan pengemis dan peminta derma. Saya cuma berniat hendak menolong dan jika mereka menipu itu adalah persoalan mereka dengan Tuhan. Jadi jika ramai yang berfikiran sedemikian mungkin inilah yang mendorong kes-kes penipuan ini berleluasa dan dilakukan tanpa rasa takut dan bersalah.
Apabila membaca entri beliau, hati saya mulah tergugat balik. Manakan tidak, bila masuk part pendatang dan menipu pulak atas tiket agama memang sakit hati saya! Nampaknya bukan tak boleh nak menderma atau bersedekah tetapi kalau betul nak menyalurkan duit pun kita kenalah berikan kepada yang betul-betul memerlukan. Bukan saya kata mereka tidak memerlukan tetapi masih ramai rayat Malaysia dan umat Islam lain yang memerlukan bantuan. Kalau umat Islam tolong umat Islam lain barulah orang agama lain tak ambil kesempatan di atas keutuhan hubungan sesama kita kan?
Apapun korang boleh baca pendedahan Tuan Mazidul di blog ini. Korang boleh buat kesimpulan sendiri. Tapi kalau jumpa orang-orang tersebut, janganlah pula kita hina-hinakan mereka kerana kedhaifan di negara sendiri menyebabkan mereka terpaksa melarat di negara kita yang serba aman dan murah rezeki ini....Alhamdulillah syukur kan kita sebab tinggal di Malaysia?? Walaupun niat baik nak mencari rezeki, Islam tidak pernah menghalalkan cara!

Baca kisah mereka di sini ....SUMBER